Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all 9417 articles
Browse latest View live

Bila Pencacai UMNO mabuk air ketum menulis di FB nya... inilah hasilnya..

$
0
0
Inilah hasilnya bila seorang yang dipercayai sebagai Pencacai Tegar UMNO menulis di laman FaceBooknya ketika beliau dipercayai sedang mabuk air ketum..

Diluar kesedarannya atau mungkin juga ketika sedar sekalipun beliau gagal menyedari siapakah sebenarnya individu yang ditulis olehnya.

Beliau mendakwa bahawa sokongan terhadap UMNO kini telah berubah, ramai yang telah kembali menyokong UMNO dan BN.. termasuklah Ustaz Azhar Idrus..

Lantaran itu beliau mengharapkan agar dengan sokongan Ustaz Azhar Idrus ini akan memastikan kemenangan Barisan Nasiaonal pada PRU13 nanti..



Kesiannya kat UMNO Selangor... bawa penyanyi Hindustan pun tak ramai yang hadir.. (Video Inside)

$
0
0

Kasihan benar dengan UMNO/BN Selangor.. meskipun mereka telah menghabiskan ribuan RM untuk memastikan Karnival Sayangi Selangor mereka di i-City semalam berjaya menyaingi program kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam namun hasilnya mengecewakan.

Hakikatnya ini membuktikan UMNO/BN masih gagal untuk memenangi hati rakyat Selangor yang sedar akan penipuan oleh mereka ketika memerintah Selangor sebelum ini..

Biarpun mereka telah mengundang khas seorang artis dari Chennai sebagai daya penarik program mereka ianya gagal menyaingi program anjuran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor yang menampilkan Ustaz Azhar Idrus..


Lebih dari 100,000 orang dilaporkan telah hadir dalam program anjuran Pakatan Rakyat.. yang hadir program anjuran UMNO Selangor tu sila kira sendiri dari gambar-gambar kat bawah ni..

Muhyiddin Yassin Sedang Berucap Di Depan
belakang sikit
belakang lagi
lagi kebelakang
lagi lagi kebelakang
Ini lah dia jumlah kehadiran yang di anggarkan berjumlah 400 ribu orang.
kata pemuda Barisan Nasional di bawah ini
Warga indonesia bersama BN ketika temubual tim era pasca di ICT Malam tadi.
Sumber gambar di atas dari @tiewnama

Dan berikut pula adalah gambar dari program Pakatan Rakyat Selangor..

Bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus bersama Datuk Malek Nor - Foto Busuk.org
Bersiap untuk solat Isyak berjamaah sambil menunggu detik 12 malam - Foto Busuk.org
Umpama perhimpunan keluarga di Dataran Shah Alam - Foto Busuk.org
Ada yang mendakwa 120,000 menyertai himpunan ini - Foto Busuk.org
Kiralah sendiri berapa orang yang hadir tu...

Ni video dari Harakahdaily.. Ustaz Azhar Idrus dan dua orang pelakon..

 

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus rancangan paling popular di Astro Oasis..

$
0
0

Sebelum itu,, tentu ramai yang tertanya-tanya mendenya kemah keming nih? bunyi macam bahasa dari Ganu saje...

Menurut seorang sahabat yang merupakan anak negeri Terengganu, kemah keming ini membawa maksud teratur,cantik,teguh dan kemas atau terbaik.

Laporan mengenai pencapaian program kemah-keming di bawah ini aku petik dari FB Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus

Sumber2 dari Astro Oasis (AO) memaklumkan bahawa rancangan paling popular di Astro Oasis sekarang ini ialah Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus.

Penonton tetapnya adalah 700 ribu orang dan siaran ulangannya juga tinggi iaitu 600 ribu orang.

Jauh mengalahkan rancangan Astro yang lain termasuk Maharaja Lawak.

Allahuakbar... Islam semakin bersinar di Bumi ku Ya Allah.Terima kasih banyak2 Astro Oasis kerana bagi peluang kepada UAI ke udara.

Syukur Alhamdullilah.

Ni video Ustaz Azhar Idrus semasa Countdown 2013 semalam yang menyaksikan lebih dari 100,000 dari pelbagai lapisan usia hadir membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena ambang 2013 di sini malam tadi...

Aminkanlah doanya...


Tahun Baru 2013 -6

Tahun Baru 2013 -10

Tahun Baru 2013 -1

Tahun Baru 2013 -2

Gambar-gambar program UMNO Selangor yang bawa penyanyi Hindustan tapi tak dapat sambutan sebegini meriah sila lihat di ( SINI )

Kecoh sambutan 2013 UMNO/BN di i-City tu rupanya.. 6 ditahan Polis..

$
0
0

Laporan dari Bernama ini menyatakan enam lelaki telah ditahan kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City semalam tetapi tidak menyatakan siapa penganjurnya.

Jadi korang faham-fahamlah.. sambutan diambang 2013 itu dianjurkan oleh UMNO/BN, manakala Pakatan Rakyat Selangor menganjurkannya di Dataran Shah Alam..

Tetapi di program anjuran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mencatatkan kehadiran yang jauh lebih besar tiada sebarang kekecohandilaporkan..

Jangan pulak korang hairan pasal apa... kan dah banyak keganasan yang dilakukan oleh pencacai UMNO kita saksikan...

Antara keganasan pencacai UMNO.. korang boleh lihat di ( SINI )  dan ( SINI )

Polis menahan enam lelaki termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana menimbulkan kekecohan semasa berlangsungnya Konsert Ambang Tahun Baru di Karnival Sayangi Selangor di I-City di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata kesemua yang ditahan itu terdiri daripada lima warganegara asing berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang remaja lelaki tempatan.

"Kita menahan kesemua lelaki terbabit apabila mereka menimbulkan kekecohan dengan menolak orang ramai kerana mereka mahu menghampiri pentas utama.

"Pemeriksaan ke atas kumpulan lelaki yang berpakaian seperti 'band punk' itu, pihak polis menemui dua bilah parang daripada dua suspek.

"Manakala sebilah pedang samurai pula ditemui berhampiran tempat kejadian yang kita percaya sengaja dijatuhkan (ke tanah) oleh seorang daripada suspek bagi mengelakkan dia ditahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati kesemua lelaki asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah manakala remaja tempatan itu tidak membawa kad pengenalan bersamanya.

Kumpulan warga asing itu direman empat hari untuk siasatan lanjut manakala remaja itu dibebaskan setelah diambil keterangan, katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1963 kerana berada di negara ini tanpa permit sah. - Bernama

Bangsa asing pun ramai rupanya di program anjuran UMNO/BN ni... ha..ha..ha..patutlah ramai...

Tapi walau diimport bangsa asingpun UMNO/BN masih tidak dapat menandingi program anjuran Pakatan Rakyat..

Tengok Program anjuran Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang berlangsung dengan aman itu di ( SINI )

Runtuh Lagi di Terengganu.. kali ini bumbung Astaka pula..

$
0
0

Tirai 'runtuh' Tahun 2012 ditutup dengan insiden runtuhnya bumbung pentas Astaka di Taman Bandar Chukai, dekat sini, seolah-olah mengesahkan lagi gelaran Terengganu Darul runtuh!

Kejadian yang berlaku pada 30 Disember itu, bagai satu 'rentetan badi' yang 'merasuk' negeri ini sejak dirampas Umno-BN dari PAS pada tahun 2004.

Selepas malapetaka runtuhnya bumbung Dewan Syaidina Abu Bakar, Sekolah Menenengah Wakaf Tapai bernilai RM2 juta pada 12 April, 2008, sudah 15 bangunan atau binaan yang runtuh dan rosak di negeri ini.

Yang terakhir sebelum bumbung Astaka Chukai adalah bangunan dalam pembinaan di Padang Astaka Besut yang runtuh pada 21 Jun 2012! Tinjauan sekitar kejadian bumbung Astaka Chukai yang runtuh, mendapati sengkuap (awning) di pentas astaka berkenaan 'menyembah bumi' dipercayai strukturnya yang lemah serta reput.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, Hanafiah Mat menggesa agar siasatan perlu dibuat secara telus bagi memastikan punca sebenar sebahagian bumbung astaka itu runtuh.

Ini kerana, katanya kejadian runtuh, roboh dan tumbang banyak berlaku di negeri ini seolah-olah membenarkan jolokan gelaran ‘Terengganu Darul Runtuh’ yang memalukan.

“Saya minta minta berautoriti siasat kes (runtuh) ini dengan telus sebab banyak sangat kejadian yang runtuh-runtuh berlaku di Terengganu. Orang gelar ‘Terengganu Darul Runtuh’ dan ini memalukan kita.


“Nasib masih menyebelahi rakyat kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan itu. Bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, dewan sekolah runtuh dan banyak lagi sejak tahun 2009,” ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Taman Perumahan Fikri, Chukai, Kemaman.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada siri lawatannya di Dun Air Putih dan Dun Chukai, 31 Disember lalu.

Beliau menyifatkan ratusan ribu hingga jutaan ringgit wang rakyat ‘hangus’ angkara ketidakcekapan pengurusan mentadbir negeri ini.

Dimaklumkan, seorang Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman, Mohd Rofful Hamzah, 46, terkejut sebaik tiba di padang astaka kira-kira jam 3 petang melihat sebahagian bumbung astaka runtuh.

“Nasib baik sewaktu kejadian pekerja yang melakukan kerja di pentas dan padang astaka ini sedang berehat,” ujarnya.

Beliau dikatakan sedang melakukan kerja-kerja pemasangan lampu di khemah yang dibina di padang tersebut sejak beberapa hari sebelum kejadian sempena program sambutan Ambang Tahun Baru 2013 anjurkan Pejabat Daerah Kemaman.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPk), Mustafar Khalid mendakwa, awning yang dipasang di struktur asal bumbung pentas itu dipercayai runtuh ekoran strukturnya reput.

Kata beliau, awning pada struktur bumbung pentas berkenaan dibina pada 2006 dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut punca runtuhan itu terjadi.


“Dua tahun berturut-turut kita memohon kepada Jabatan Landskap Negara untuk menaik taraf Taman Bandar Chukai termasuk menaik taraf pentas astaka, laluan pejalan kaki, pondok wakaf dan landskap tetapi permohonan itu tidak diluluskan.

“Jadi jika permohonan tidak diluluskan juga tahun depan, kita akan usahakan untuk membina baru pentas astaka ini yang mana pentas asal yang sudah lama akan dirobohkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau membayangkan, pembinaan pentas baru yang bereka bentuk baru itu dijangka akan menelan belanja sebanyak RM400,000.

Taman Bandar Chukai termasuk pentas terbabit dirasmikan pada Ogos 1994 oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad bagi pelbagai aktiviti peringkat daerah setiap tahun.

Selain itu, katanya, bangunan-bangunan milik MPk yang lain terutama yang lama dan rosak juga akan diperiksa bagi mengelakkan kejadian sama berulang.


~ Buletine Online

Gara-gara kerakusan pemimpin UMNO/BN, 3 sekeluarga bunuh diri di Pengerang?

$
0
0

Gabungan NGO Pengerang (GNP) percaya kematian tiga ahli sekeluarga di Kampung Jawa akibat tekanan rampasan tanah di Pengerang.

Bendaharinya, Chua Peng Sin, berkata keluarga mangsa antara yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk pembangunan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid).

Katanya, keluarga mangsa yang rumahnya dibina atas tanah milik orang lain, antara penerima surat pengambilan tanah beberapa bulan lalu.

Merujuk identiti mangsa sebagai Pang, beliau pada kenyataan media bertarikh semalam, berkata keluarga itu hanya menerima pampasan RM20,000 sebagai pampasan.

“Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari parti politik pemerintah dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri.

Berikut adalah kenyataan media beliau..

Pagi ini, saya menerima maklumat bahawa sekeluarga Pang yang mempunyai 3 ahli keluarga di Kampung Jawa, didapati semua ahli keluarganya membunuh diri di tempat tinggal sendiri dengan membakar serpihan arang di bilik.

Gabungan NGO Pengerang (GNP) lalu pergi ke tempat tragedi tersebut, dan 3 mayat telah dihantar ke Hospital Kota Tinggi.

Melalui penduduk tempatan, Ahli Gabungan telah dimaklumkan bahawa keluarga Pang ini adalah keluarga miskin, dan isterinya adalah pesakit strok, dan anaknya yang berumur 20 tahun itu, merupakan orang kurang upaya yang mempunyai kecacatan akal.

Encik Pang yang berumur 50 -an bekerja sebagai pembantu restoran, akan tetapi baru-baru dia perlu menjaga isteri dan anaknya, dia terpaksa berhenti bekerja.

Beberapa bulan yang lalu, disebabkan oleh pembangunan RAPID, keluarga Pang telah menerima surat pengambilan tanah. Rumah kediaman keluarga Pang dibina di atas seorang tuan tanah lain.

Sehubungan itu keluarga Pang cuma menerima pampasan sebanyak RM20 ribu sahaja sebagai pampasan.

Selepas Pang menerima surat pengambilan tanah, dia pernah meminta pertolongan dari pihak parti politik pemerintah, dan pernah memberitahu pihak tersebut bahawa dia ingin membunuh diri. GNP berasa amat sedih terhadap tragedi yang berlaku, di mana keluarga miskin tidak dapat menahan tekanan hidup, hasil dari pengambilan tanah oleh pihak pemaju, dan akhirnya terpaksa membunuh diri.

Kami juga menyeru pihak kerajaan perlu mengambil berat terhadap apa yang telah berlaku, jika pihak berkenaan masih lagi berkeras untuk terus membuat pembangunan ini, dipercayai akan menyebabkan lebih banyak tragedi berlaku di Pengarang.

Chua Peng Sin
Bendahari Gabungan NGO Pengerang
1hb Januari 2013


Peringatan Penting! 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang

PANAS!! Awie yang dilantik sebagai Duta Persekutuan Seruan Islam Perak pakai rantai salib?

$
0
0

Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau dikenali sebagai Awie dilantik sebagai duta remaja Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) untuk menarik lebih ramai remaja supaya mengamalkan keperibadian mulia.

Pelantikan Awie yang kini berusia 43 tahun dianggap formula terbaik untuk mendekatkan golongan sasaran menerusi pengaruhnya sebagai artis yang sememangnya mempunyai peminat ramai terutama di kalangan remaja kata Yang Dipertua PSIP sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor.

Bagaimanpun artis Rock terkenal tanahair, Awie mencetuskan kontroversi apabila beliau dikatakan telah membuka sebuah Kelab Malam, Malai Rock Station Bistro (MRSB) di Ipoh yang dikatakan turut menjual arak - baca di ( SINI )

Dan hari ini sebuah laman Blog ( MiLo SuaM ) mendedahkan satu video yang menyerlahkan ketika menyampaikan sebuah lagu dalam satu konsert, Awie kelihatan memakai rantai yang berloket 'SALIB'..

Kebetulan ketika gua menjelajah video beliau di YouTube sebentar tadi, gua terkejut apabila melihat rakaman Awie sedang menyanyikan salah sebuah lagu rock beliau bertajuk "Ranggi Metropolis" dengan memakai rantai berbentuk salib.



Berulang kali gua pause, forward dan reverse video rakaman ini, memang sah dia pakai rantai salib. Cuba korang pulak check adakah mata gua yang kelabu atau memang betul Awie pakai rantai dengan loket salib?



Sila tonton sendiri video di bawah ini, lihat pada durasi seperti yang gua dah "highlight" dalam printscreen video di atas.

 


Peringatan Penting! 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka). 

-

Invois Deepak beli cincin, subang dan loket permata bernilai RM13 Juta untuk Rosmah didedahkan!!

$
0
0

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.

Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd. Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):

1. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di laman www.dehres.com;


2. Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);


3. Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;


4. Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;


5. Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;


6. Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;


7. Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);


8. Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;


9. Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;


10. Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan


11. Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).


Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.

Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013


Untuk paparan lebih jelas sila lihat di ( SINI )

Gara-gara nak pertahan Rosmah, PapaGomo menyerlahkan kebodohannya..

$
0
0

Setelah Rafizi mendedahkan beberapa beberapa dokumen yang mengaitkan hubungan baik Deepak dan Rosmah kepada umum.. maka kelam kabutlah Blogger Pro UMNO untuk memutarbelitkan fakta yang didedahkan itu.

Ianya dipercayai dimulakan oleh PapaGomo dan kemudiannya dicopy paste pula oleh beberapa blogger pro UMNO..

Beliau cuba untuk membuktikan bahawa dokumen yang didedahkan oleh Rafizi itu adalah bersandarkan kepada dokumen kosong yang kemudiannya telah di edit oleh Rafizi.

Ini bertujuan untuk menjadikannya satu cerita yang panas dan mendapat perhatian pembaca.. kononnya lah..

Ini apa yang dia tulis..

Apa pendapat anda semua? Bagaimana dengan dokumen dokumen diatas yang menyatakan nama Datin Seri Wan Azizah adalah individu yang dikaitkan dengan dokumen tersebut? Apakah anda tidak mempercayainya?

Gomo suka untuk memberikan anda semua peluang dalam memikirkan kebenaran dalam isu Fitnah Rafizi ramli ini kerana kita semua tahu dengan mewujudkan satu cerita bersandarkan dokumen dokumen kosong ianya boleh menjadi satu cerita yang panas dan mendapat perhatian pembaca.

Rafizi Ramli menggunakan taktik sedemikian dalam isu ini yang mana nama Datin Seri Rosmah Mansor dinyatakan dalam dokumen EDIT yang beliau lakukan dan Gomo telahpun membuat pekara yang sama iaitu menggantikan dengan nama Datin Seri Wan Azizah. Jadi anda mahu percaya cakap cakap kosong Rafizi Ramli?

Bagaimanapun dalam cuba untuk mempamirkan kehebatannya.. yang terserlah adalah kebodohannya…

Lihatlah hasil kerjanya di bawah ini…(sila klik pada image untuk paparan lebih jelas)


Kat atas tu tertulis "Attached please find a revised invoice for Datin Rosmah" tapi attachmmend pula tertera nama Wan Azizah..

Kononnya berdasarkan dokumen kosong dia boleh edit..tapi apa yang dia edit tu jelas sangat perbezaannya antara lettering tu..

Nak tunjuk pandai tapi kebodohan yang terserlah... kah..kah..kah..

Dokumen asal sila lihat di ( SINI )

Dan jangan lupa..   
Peringatan Penting! 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)
.

PANAS!! Bekas KSU ditahan bersama 36 GRO..

$
0
0

Kat atas tu ialah print screen dari sebuah blog penyokong UMNO yang tajuknya jelas menyerlahkan watak kurang cerdik yang ada dalam diri pemilik Blog itu..

Penyokong Tegar Pakatan soalnya.. jawapannya kepala hotak hang!!

Jawatan yang dipegang oleh Datuk yang ditahan bersama 36 GRO iaitu Ketua Setiausaha itu sendiri memberikan jawapan siapa yang beliau sokong..

Sikap besar kepala dan tak gentar untuk mencabar penguat kuasa Jawi untuk mengambil tindakan juga menyerlahkan lagi parti mana yang beliau sokong..

Dan ketika diserbu pada hampir masuk waktu Maghrib itu 'Datuk' tersebut dipercayai berada dalam keadaan mabuk..

Ini laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, ‘Datuk’ terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

“Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguat kuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

“Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya ~ myMetro

Tidak takut kepada Penguatkuasa.. Kebal dari undang-undang... Mabuk kerana Arak dan Perempuan ... pakej lengkap yang dimiliki oleh kebanyakkan mana??

Pemimpin mana lagi kalau bukan UMNO Baru dan Kroninya...

Dan jangan lupa....
Peringatan Penting! 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)

-

Ustaz Azhar Idrus di pentas Pakatan, Pencacai UMNO pun meroyan...

$
0
0

Artikel ini aku copy dari sebuah forum yang dikenali sebagai Forum Tempur Politik Maya Kumpulan Menyokong UMNO ataupun MyKMU.Net juga dikenali sebagan MyKemut oleh Forumer dari Tranung.kite..

Apa yang ditulisnya menyerlahkan perasaan benci dan sakit hati yang membara...

Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak)

Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka. Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.

Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar. Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat “nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.

Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk” hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan. Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.

Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka “loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak boleh masuklah.”

Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.

Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.

Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap dibiarkan berleluasa.

Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah datang ke negara ini suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, Ahmad Deedat mengangkta martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.

Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan Islam. Jawapannya – Rating. Ini kerana orang Melayu Islam suka mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.

Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut dengan lawak-lawak bodoh.

Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu, saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.

Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.

Dan jangan lupa....

Peringatan Penting! 
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) 

 -

Patutlah Najib tak berani jawab tuduhan Deepak tu.. tengoklah siapa di belakang Deepak ni...

$
0
0

Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO Baru yang diadakan di PWTC tidak lama dulu dan berterusan hingga ke hari ini, Ahli perniagaan Deepak Jaikishan telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Rosmah Mansor.

Pendedahan tersebut sememangnya  mencalarkan dan memburukkan lagi imej Rosmah ( kecuali dimata Pencacai UMNO) yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya..

Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib tercalar kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu..

Biarpun pendedahan berterusan selama berminggu-minggu telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataanpun keluar dari mulut Najib bagi membela isterinya itu sendiri.

Kecuali pencacai UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan dirinya sendiri bagi mempertahankan Rosmah ( baca di SINI ) tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain untuk mempertahankan Rosmah dan Najib..

Zahid Hamidi yang semasa Perhimpunan Agung UMNO Baru telah berjanji untuk menjawab dakwaan Deepak juga sanggup menjadikan dirinya munafik dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah dijanjikannya di ( SINI )

Kenapa dan mengapa agaknya?

Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej Najib?

Jika benar kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?

Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu mengapa Deepak masih bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..

Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..

Mungkinkah gambar dan laporan di bawah ini menyerlahkan siapa sebenarnya di belakang Deepak..


14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

The Star melaporkan seramai 230 tetamu telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.


Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..


Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Perka Kasur Datuk Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.

Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media ialah diantara 230 orang tetamu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah  Deepak Jaikishan..


Korang nampak tak siapa di belakang Deepak Jaikishan sekarang?? Kalau Anwar Ibrahim dah lama mamat ni masuk dalam...

By the way.. buat yang kata Rafizi dah kantoi bila Deepak nafikan dokumen yang Rafizi dah dedahkan tu.. cuba baca betul-betul dalam kenyataan media Rafizi itu di ( SINI ) atau di ( SINI )..

Ada atau tidak Rafizi sebutkan dari mana beliau perolehi dokumen yang didedahkannya itu?

Rafizi menyatakan.."Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor."

Dia tak nyatakan langsung dari mana dia dapat dokumen itu... siapa yang kantoi?? 


Dan jangan lupa....
Peringatan Penting! 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)

-

PANAS!! Sebab Rais Yatim batalkan 'Forum Amanat Hadi' terbongkar!!

$
0
0

Bersandarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 Menteri bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Sedangkan sebelum ini Rais yang bersungguh-sungguh mahu mengadakan forum tersebut dan menyatakan tokoh agama dan mufti akan turut dijemput untuk bersama dalam satu forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Ustaz Hadi bagi memperjelas amanatnya itu..

Jawapan yang diberikan Rais untuk tidak mengadakan forum tersebut hanyalah satu alasan untuk menyelamatkan keadaan sebenarnya kerana selama ini pemimpin UMNO sendiri jarang memperdulikan fatwa dari Mufti..

Jika mereka akur tentang fatwa dari Mufti.. Najib tidak akan menepung tawar van UMNO suatu masa dulu.. sila baca di ( SINI )

Isu 'Amanat Hadi' adalah isu yang penting buat UMNO pada masa ini bagi mengalihkan perhatian rakyat dari pendedahan-pendedahan yang dilakukan oleh Deepak dan Musa Hassan..

Baca info dari pihak UMNO ini...

Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.

“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,”.

Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa..

“Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.”

“Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. “ kata sumber itu.

Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, “Lu fikirlah sendiri.”

“Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa kini,” tambah sumber itu lagi.

Ditanya apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, “Apa lagi? Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang.”

Apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS. “Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno.
Umno selama ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS semula,” katanya.

Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, “Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari makan saya,” katanya sebelum beredar.

Siapa yang bertanya?.. sila lihat di ( SINI )

Papa Gomo punya pasal.. Zahid Hamidi di sapina ke mahkamah..

$
0
0

Kerana fitnah yang disiarkan oleh PapaGomo.. tak pasal-pasal Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi disapina agar datang ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu 6 Januari ini..

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar datang ke mahkamah 6 Januari ini.

Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo.

"Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam .

Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis.. baca kat bawah..

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian ~ Harakahdaily

Semalam si Papa Gomo ni dah buat kerja bodoh.. apa kerja bodoh yang dia buat tu.. sila lihat di ( SINI )

-

Ahli Politik ditahan kerana merogol.. (Video Inside)

$
0
0

Rakaman yang disiarkan menunjukkan seorang Ahli Politik dari Parti Kongress telah dibelasah dengan kayu, bajunya dikoyakkan dan mukannya telah ditampar berulang kali oleh penduduk tempatan.

Rakaman tersebut telah disiarkan oleh sebuah stesen televisyen di India dan ianya melibatkan seorang pemimpin dari Parti yang memerintah India.

Menurut Polis lelaki tersebut, Bikram Singh Brahma, dilaporkan telah melawat kampung Santipur di sempadan Bhutan, beliau didakwa memasuki rumah seorang wanita dan merogolnya pada kira-kira 2 pagi waktu tempatan (2030GMT Rabu).

'People raised an alarm late last night after Congress leader Bikram Singh Brahma allegedly raped a woman,' 
Chirang Superintendent of Police Kumar Sanjeev Krishna told the Deccan Chronicle. He is said to have been visiting the village of Santipur on the Bhutan border when he entered a woman's house and raped her.

Brahma, who is the Baksa district Congress Committee chairman and Congress coordinator of Bodoland Territorial Council, was then beaten up by men and women who ripped his clothes off. 
He was later handed over to the police who arrested him,Superintendent Krishna said. Chief Minister Tarun Gogoi, said anyone found guilty of the heinous crime 'would not be spared, whether he is Congressman or not.' 

Berikut adalah video tersebut..


Itu di India... tapi di Malaysia ni.. kalau ianya melibatkan pemimpin UMNO perkara sebegitu tak apa.. sebab diaorang kebal atau tidak tertakluk kepada undang-undang.. -

Ketua Wanita UMNO Selangor dibayar RM100Juta untuk projek yang entah dimana?

$
0
0

Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah mungkin sudah selesai dalam kes saman undang-undang beliau dan menjual tanah yang menjadi rebutan kepada Boustead Holdings Bhd (BHB), akan tetapi persoalan kekal sama ada firma ketua Wanita Umno Selangor itu sudah menyiapkan bangunan pendidikan pertahanan bernilai RM100 juta itu kepada kerajaan.

Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 tetapi lokasi sebenar bangunan masih kekal misteri, dengan titik di atas peta yang menunjukkan tempat letak kereta berhampiran Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 1, Putrajaya.

Puspahanas yang terbengkalai seakan-akan serupa dengan skandal awal melanda Ketua Wanita Umno Raja Ropiaah, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil apabila keluarga beliau dituduh menggunakan RM250 juta pinjaman mudah kerajaan untuk pelaburan peribadi dan bukannya untuk projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Tiada papan tanda jalan di Putrajaya bagi projek itu, yang syarikat pembangunan beliau Awan Megah Sdn Bhd bersetuju untuk bina pada tahun 2005 di atas pertukaran dengan kira-kira 80 hektar tanah di Bukit Raja, Selangor dan wang sebanyak RM27 juta.

Misteri lain adalah bagaimana BHB boleh membeli tanah Bukit Raja oleh kerana kerajaan telah ditetapkan tanah itu tidak boleh dijual oleh Awan Megah, yang sebelum ini diusahakan dengan perjanjian rumit dengan peniaga permaidani Deepak Jaikishan untuk membiayai pembinaan Puspahanas.

Pengusaha kontroversi tersebut telah membawa Raja Ropiaah ke mahkamah apabila perjanjian gagal dan Ketua Wanita Umno Selangor itu sebaliknya melakukan usahasama pembangunan dengan pembuat barangan plastik.

Pendedahan Deepak sebelum saman sivil, yang didengar pada masa sama dengan perhimpunan agung Umno tahunan lalu, kemudian membawa kepada penyelesaian dimana syarikat beliau, Astacanggih Sdn Bhd menjual 80 peratus saham syarikat kepada unit BHB dengan harga RM30 juta.

Satu lagi pandangan bakal tapak.

Astacanggih juga mencadangkan untuk membeli tanah Raja Ropiaah dengan RM130 juta, walaupun perjanjian itu tidak boleh dijamin sebelum ini berikutan sekatan daripada kerajaan, yang masih belum menerima kemudahan Puspahanas.

BHB semalam mengatakan meluaskan simpanan tanahnya sebagai sebab untuk membeli Astacanggih, sambil menambah ianya merupakan keputusan komersil semata-mata.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, BHB berkata skala ekonomi boleh dicapai dengan menggabungkan tanah dengan tanah 283,28 hektar bersebelahan dimiliki oleh Jendela Hikmat Sdn Bhd, dimana Kumpulan Boustead dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama-sama memegang 60 peratus faedah ekuiti.

Berdasarkan pengalaman, BHB berkata mereka yakin pengambilalihan tanah pembangunan akan dapat menjana pulangan ke atas kos pembangunan sebanyak 25 peratus daripada pelaburan RM160 juta.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad enggan mengulas semalam mengenai projek itu dengan mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai projek yang pertama kali diilhamkan pada tahun 1971 itu.

Pada majlis pecah tanah pada tahun 2008, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada ketika itu Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, ia juga akan menjadi pemangkin kepada hubungan pertahanan dan kerjasama di kalangan negara-negara di rantau ini dan di peringkat antarabangsa selaras dengan komitmen kerajaan kepada usaha memelihara keamanan serantau dan antarabangsa.

“Menyedari hakikat ini, kita menubuhkan Puspahanas dengan tujuan memberi kemudahan latihan yang lebih moden, berkualiti dan terancang kepada pegawai mengikuti latihan pengajian ketenteraan dan pertahanan negara,” katanya semasa majlis pecah projek tersebut di Presint 1 disini seperti dilaporkan oleh agensi berita negara, Bernama.

Tempat di mana Puspahanas akan di bina adalah tempat letak kereta di Presint 1, Putrajaya

Projek itu sepatutnya siap pada tahun 2011 dan juga menempatkan Maktab Pertahanan Nasional (MPN) dan Maktab Pemerintahan dan Turus Angkatan Tentera (MPTAT).

Terdahulu pada tahun 2006, timbalan pengerusi kebangsaan DAP pada ketika itu dan ahli parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw telah menggesa kerajaan untuk melaksanakan projek tersebut di tapak asal Templer Park.

“Janganlah kita dengan mudah memindahkan projek dari berhampiran Taman Templer, Rawang ke Putrajaya. Dengan berbuat demikian bermakna membatalkan perjanjian itu dan implikasi yang dahsyat, “ katanya dalam satu kenyataan pada ketika itu.

Dari tahun 1972 hingga 1985, kerajaan telah meneruskan dengan pengambilalihan tanah. Pada tahun 1980, Persidangan Angkatan Tentera meluluskan projek. Pada tahun 1993, Lembaga Maktab Pertahanan Angkatan Tentera memutuskan untuk diswastakan.

Pada tahun 1996, Kementerian Pertahanan memohon kepada Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk penswastaan.

Dr Tan berkata bahawa pada tahun 1997, Kabinet meluluskan secara prinsip penswastaan projek Puspahanas kepada Awan Megah sebagai pulangan bagi 223 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja yang akan dipindahkan kepada syarikat tersebut untuk pembangunan komersial.

Pada Ogos 1997, Panglima Angkatan Tentera pada ketika itu, Jeneral Tan Sri Ismail Omar berkata kerja-kerja pembinaan Puspahanas akan bermula pada akhir tahun 1997 dan dijangka akan siap pada tahun 2002.

Walaubagaimanapun, projek tersebut tidak berjalan kemudiannya. Projek Puspahanas pada asalnya bertujuan untuk dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelima dan kemudian ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Ketujuh disebabkan oleh beberapa masalah ~ The Malaysian Insider


Persoalannya di sini... Pencacai yang sibuk menyalak dalam Blog ini dapat apa??.. kalau setakat tinggal di flat yang sewanya RM100 atas dasar ehsan Kerajaan Negeri tu.. tak payah lebih-lebihlah pertahankan pemimpin-pemimpin UMNO ni..

_

Pelik tapi benar.. Najib lantik pengeluar berus gigi untuk bina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional

$
0
0

Presiden UMNO yang juga merupakan Perdana Menteri kesayangan ahli-ahli UMNO ini, tahun lalu pernah menggemparkan negara kerana telah melantik sebuah Syarikat pengeluar Meter Air yang langsung tiada pengalaman dalam pembinaan MRT untuk menjalankan projek tersebut.

Kali ini satu lagi pendedahan yang pelik tapi benar telah dilakukan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli iaitu Najib menganugerahkan projek pembinaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (“Puspahanas”) kepada Syarikat yang mengeluarkan berus gigi pula..

Lebih menarik lagi syarikat yang mengeluarkan berus gigi tersebut dilantik sebagai Ali Baba bagi melaksanakan projek PUSPAHANAS yang dianugerahkan kepada Ketua Wanita UMNO Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah.

Ini kerana Syarikat yang dikuasai oleh Ketua Wanita UMNO Selangor itu, iaitu Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan...

Dan ianya hanya mengambil untung atas angin..

HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!... kah..kah..kah...

Ini Kenyataan Media oleh Rafizi.. baca dan fahamkan...


Awan Megah Sdn Bhd (“Awan Megah”) dianugerahkan projek penswastaan pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (“Puspahanas”) milik Kementerian Pertahanan melalui satu perjanjian bertarikh 8 Jun 2005 yang disertakan bersama.

Projek penswastaan tersebut melibatkan kerja-kerja merekabentuk dan membina (design and build) sebuah kolej latihan tentera.

Sebagai balasan kepada kerja-kerja merekabentuk dan membina Puspahanas, Kementerian Pertahanan berjanji akan memindahkan tiga bidang tanah iaitu PT220 (seluas 96.825 ekar), Lot 1158 (seluas 45.420 ekar) dan PT216 (seluas 81.085 ekar).

Tanah-tanah seluas 223.33 ekar ini pada asalnya diambil oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan membina kem tentera.

Menteri Kewangan semasa kontrak ini dianugerahkan kepada Awan Megah adalah Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada keputusan untuk melantik Awan Megah. Awan Megah adalah syarikat yang dimiliki oleh Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua Wanita Umno Selangor.

ssm-am-1

Berdasarkan semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Awan Megah adalah sebuah syarikat yang tidak pernah mempunyai apa-apa aktiviti sejak ia ditubuhkan. Maklumat kewangan yang terakhir yang difailkan dengan SSM adalah bagi tahun kewangan 31 Disember 1993 yang menunjukkan syarikat itu tidak menjalankan apa-apa aktiviti.

ssm-awanmegah-page2

Sehingga kini, tidak ada sebarang aktiviti yang dijalankan oleh Awan Megah seperti mana rekod terkini SSM bertarikh 23 Mei 2012.

Ini bermakna, di antara tahun 1994 hinggalah sekarang, Awan Megah tidak mempunyai apa-apa transaksi dan kekal sebagai syarikat yang tidak aktif.

Ini juga bermakna, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Pertahanan telah melakukan penyelewengan dan salahlaku rasuah apabila beliau menganugerahkan projek penswastaan bernilai puluhan juta ringgit ini dalam tahun 2005 kepada Awan Megah, sedangkan jelas Awan Megah bukanlah sebuah syarikat pembinaan yang berkemampuan untuk menjalankan projek tersebut.

Awan Megah hanyalah syarikat Ali Baba yang dilantik Dato’ Seri Najib Tun Razak dan diberikan 223.33 ekar tanah lumayan. Oleh sebab itulah, Awan Megah terpaksa melantik sebuah syarikat lain sebagai “rakan kongsi” untuk membiayai dan menyiapkan sepenuhnya projek itu.

“Rakan kongsi” yang dipilih adalah sebuah syarikat bernama GuppyUnip Sdn Bhd. Syarikat ini hanya berjaya mendapatkan kemudahan kredit dari United Overseas Bank (UOB) yang diluluskan pada 21 Julai 2010, iaitu lima tahun selepas projek ini dianugerahkan kepada Awan Megah. Ini bermakna projek ini tergendala selama lima tahun gara-gara Awan Megah tidak mempunyai modal dan masih mencari-cari rakan kongsi.

Semakan dari surat kemudahan kredit GuppyUnip Sdn Bhd ini pula menunjukkan bahawa:

1. Keseluruhan modal sebanyak RM59.25 juta (iaitu pinjaman TL1 hingga TL4) adalah pembayaran bagi pihak Awan Megah

2. Pembayaran premium kepada Kerajaan Selangor bagi pindahmilik geran dan pertukaran status bagi tanah 223.33 ekar juga akan dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd

3. Kos bagi kerja-kerja penyediaan tapak untuk membangunkan tanah 223.33 ekar itu turut dibiayai oleh GuppyUnip Sdn Bhd


Seterusnya sila sambung bacaan anda di ( SINI )

Lawak jenis apa Utusan buat nih?.. buat malu negara saja..

$
0
0

Image ini adalah apa yang telah disiarkan di dalam tabloid ‘Mega' yang dikepilkan bersama Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia.

Tajuknya ialah 'fakta Menarik tentang Justin Bieber'.. tapi apa yang tertulis di bawahnya langsung tak ada kena mengena dengan Justin Bieber..

Ini laporan dari MSN News..

A tabloid pullout called Mega from the local Malay newspaper Utusan even quoted Justin Bieber as the ninth biggest country in the world.

Reader Firdaus Hassan captured a snapshot of a column that ran in a tabloid pullout named Mega from local Malay newspaper Utusan, which carried a short write-up entitled 'Interesting facts about Justin Bieber'.

The write-up was published today.

The snapshot went viral on Facebook today as the column showcased eight 'facts' about Bieber, as a country.

The first 'fact' read as Bieber was 'freed from the ruling of Communist Party of the Soviet Union on 16 December 1991', whilst the second 'fact' listed Bieber as 'the ninth biggest country in the world with a population of 16.6 million (as of the year 2011)'.

Another 'fact' read as there were 130 ethnic groups in Bieber country, including Kazakh, Russia, German and Ukraine. Many users find the error as amusing, calling it an 'epic typo' and that the editor must have been a 'Belieber'.


Kalau ada peminat Justin Bieber terjemah dan hantar kat dia.. tentu dia gelak berguling-guling..

Dan berkata bodoh sungguh Editor Lidah Rasmi UMNO nih..


Dan jangan lupa....

Peringatan Penting! 
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)

-

DAP sebar video mencemarkan imej Rosmah dan Najib.. laporan Polis dibuat! (Video Inside)

$
0
0

Satu laporan Polis telah dibuat terhadap DAP oleh Parti Progresif Rakyat (PPP) dan dua lagi NGO kerana menurut mereka DAP menyiar dan menyebarkan satu video yang mencemarkan imej pemimpin Negara.

NGO tersebut Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Lembaga Pembangunan Pengguna Malaysia (LPPM) mendakwa video yang dihasilkan oleh DAP itu menampilkan beberapa animasi kartun yang menyerupai pemimpin Malaysia.

Prihatinnya mereka ya.. tetapi yang menghairankan ialah bila Usahawan Kontroversi Deepak Jaikishan mendakwa Rosmah dan Najib adalah dalang utama dalam tindakan penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang menarik balik pengakuan berkanun (SD) pertamanya yang mengaikan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya pada tahun 2008 kenapa mereka diam sahaja?

Yang mana agaknya lebih mencemarkan Najib dan Rosmah, digambarkan sebagai kartun atau dituduh terlibat dalam kes yang melibatkan pembunuhan?

Ini laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR, Jan 4 — The People's Progressive Party (PPP) and two non-governmental organisations (NGOs) today lodged a police report against DAP for releasing a video clip which tarnishes the image of the country leaders.

The NGOs — Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) and the Malaysian Consumers Development Board (LPPM) — and PPP alleged that the video clip produced by the opposition parties featured several cartoon animations that resembled Malaysian leaders.

IRIM president Amir Amsaa Alla Pitchay said the video clip, which was uploaded by DAP on YouTube, insulted the leaders through comic characters doing the Gangnam Style dance.

“This is an insolent act which the people cannot accept and also an act which reflects their (opposition) arrogance,” he told reporters after lodging a report at the Dang Wangi Police Headquarters here.

He said action should be taken against those responsible for producing the video clip. — Bernama

Ini video yang dimaksudkan...



Apa yang PPP dan dua NGO di atas lakukan menjelaskan lagi sememangnya ada individu yang lebih berpengaruh dari Najib sendiri di belakang Deepak..

Siapa individu tersebut.. jawapannya sila lihat di ( SINI )

PANAS!! Buku "The Black Rose" kini disebar!! ..

$
0
0

The Black Rose - satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya muncul di ruang siber.

Siri pertama - Black Rose 1.0 - telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai 'Spirit of Altantuya'.

Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.

Buku ini mengandungi watak-watak yang dipaparkan menggunakan nama samaran tetapi jalan ceritanya mirip kepada kisah Depak.

Antara mereka termasuk Kapeed, Bijan, Black Rose, Popiah, Lala, Jim dan beberapa personaliti lain yang dikaitkannya atau dirujuk olehnya sewaktu 'berperang' dengan keluarga Najib.

Dari cerita Deepak mengenai hubungannya dengan keluarga Najib sehingga penglibatannya untuk menterbalikkan akuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian, P Balasubramaniam yang mengaitkan perdana menteri dengan Altantuya Shaariibuu, buku ini dilihat mencerminkan cerita tersebut, tetapi dikisahkan dalam bentuk ceritera.

Laporan di atas datangnya dari Malaysiakini.

Berikut adalah sebahagian dari apa yang terkandung dalam buku 'The Black Rose' itu... sila klik pada image untuk paparan yang lebih jelas..


Sepenuhnya sila Downloads dari ( SINI )


-
Viewing all 9417 articles
Browse latest View live