Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all 9417 articles
Browse latest View live

Video Samseng UMNO panjat Pacuan Empat Roda untuk cederakan YDP PAS didedah!!

$
0
0

Ini adalah rakaman video yang memaparkan seorang Samseng UMNO yang telah meluru ke atas kenderaan Pacuan Empat Roda ketika YDP Pas Kawasan Kuala Pilah, Tuan Zaharudin Othman sedang berucap.

Samseng tersebut bagaimanapun telah berjaya dikawal keganasannya oleh seorang petugas PAS yang telah turut serta dalam Konvoi Oren ke Negeri Sembilan baru-baru ini..

Sebelum itu sila dengar apa Arman (Panglima Ludah) berpesan kepada penyokong Pakatan Rakyat setelah Aktivis 'R' dihalang dari menyerahkan memorandum kepada perwakilan Umno Kelantan di PWTC semasa PAU baru-baru ini..

Katanya “saya nak bagitau kat puak-puak Pakatan di luar sana.. sila hormati budaya Melayu, sila hormati tatasusila, sila hormati majlis orang.. jangan datang ke majlis orang untuk membuat kacau…”



Dah tengok?.. betul ke kata dia tu?.. nak tahu betul atau tidak sila saksikan video dibawah ini..

Selain dari menganggu dan mengancam YDP Pas Kawasan Kuala Pilah yang sedang berucap, seorang lagi Samseng UMNO menganggu dengan membuat bising menggunakan motorsikal hinga menenggelamkan suara YDP PAS dari pembesar suara...


Inikah Kroni yang bakal mengaut keuntungan dari Rebat RM200 untuk Smartphone itu?

$
0
0

Aku sangkakan tak ada smart phone yang berharga di bawah RM500, rupa-rupanya ada dan ianya telah dilancarkan Februari lalu di Kuala Lumpur.

Ianya di bangun dan dipasang sepenuhnya dinegara ini oleh sebuah syarikat telekomunikasi tempatan, DMD Mobile Sdn. Bhd.

Telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai  M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

M3 Communicator adalah telefon pintar yang pertama dibangunkan di Malaysia.

Sasaran penjualan M3 Communicator sebanyak 5000 unit diseluruh negara pada April lalu dan merancang untuk mengeluarkan 2 hingga 3 model pada tahun ini dengan harga sekitar RM 500.

Dan lebih menarik lagi.. korang sila lihat dan baca apa yang tertera pada image di bawah ini..


Kata Pengerusi Eksekutif DMD Mobile Sdn. Bhd., Datuk Dr. Mohammed M. Daud, pelancaran produk itu bagi memberi peluang kepada ahli masyarakat untuk berkomunikasi dan berhubung secara lebih mudah dengan kos yang minimum.

Oooo...  Pengerusi Eksekutifnya Datuk Dr. Mohammed M.Daud....

Siapa agaknya dia yang begitu berani menceburi perniagaan yang pesaingnya terdiri dari syarikat-syarikat gergasi yang ternama?

Cuba lihat image di bawah...

Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan rupanya dia..

21 Februari 2012 Pelancaran produk keluaran syarikatnya  telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.. Telefon pintar mampu milik yang dikenali sebagai  M3 Communicator bakal dijual dengan harga tidak melebihi RM500.

28 September 2012 Najib  mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun.

26 Disember 2012 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan dalam lamanwebnya bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500. Syarat-syarat lain yang perlu dipenuhi untuk mendapat rebat RM200 itu sila lihat di ( SINI )

Adakah ini suratan, kebetulan atau hadiah untuk persaraan?

Kroni siapa agaknya dia ni?

Untung sungguh nasib dirinya.. bersara pun masih boleh buat duit lagi.. dari RM300Juta yang disediakan sebagai rebat untuk 1.3 Juta belia tu.. korang agak berapa peratus akan dihalakan kepada syarikatnya?

Itulah yang membezakan antara Kroni Pemimpin UMNO dan Pencacai Pemimpin UMNO..

Kroni walau dah bersara tak akan dibiar menyewa di flat100.. ops silap.. maksud aku di Flat yang disewakan dengan kadar RM100 sebulan untuk golongan miskin seperti yang ada di Ampang Jajar tu..

Pencacai walau berhujah bermati-matian mempertahankan pemimpin UMNO yang ada.. empat atau lima tahun sekali dapatlah sehelai kain batik atau kain pelikat, beras sekampit, susu dua atau tiga tin..


APA?? Ketua Pemuda UMNO hutang berjuta RM tak bayar?

$
0
0

Menurut Chegu Bard beliau memperolehi dokumen yang membuktikan bahawa Ketua Pemuda UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau yang juga menantu Pak Lah telah tidak membayar hutangnya..

Hutang yang bernilai jutaan Ringgit itu diperolehi dari Bank Pertanian dan ianya masih tertunggak hingga ke hari ini..

Betulkah Khairy? sila jawab ya..

Sebenarnya untuk pengetahuan semua bukan Ketua Pemuda UMNO ini saja yang liat untuk membayar hutang malah ramai lagi Pemimpin UMNO yang bersikap demikian.

Info dari seorang sahabat mengatakan ramai lagi.. mereka tidak takut untuk tidak membayar hutang kerana biasanya mereka membawa surat dari sokongan dari pimpinan tertinggi UMNO untuk mendapatkan pinjaman.

Hanya surat sokongan, jadi tiada cagaran diperlukan.. oleh itu tak bayar pun tak ada hal sebab pihak Bank tak boleh nak buat apa pun..

Dulu ada sebuah Bank dah lingkup pasal perkara macam ni..

Ini adalah kenyataan dari Chegu Bard..

MOHON PENJELASAN KHAIRY JAMALUDDIN MENGENAI PINJAMAN BANK PERTANIAN BERNILAI JUTAAN RINGGIT BERDASARKAN REKOD YANG MASIH TERTUNGGAK

Kami mendapat maklumat dokumen yang setelah diperiksa balas diyakini sahih menyatakan Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin pernah mendapat kemudahan pinjaman membawa nilai jutaan ringgit dari Bank Pertanian Malaysia Berhad.

Kemudahan pinjaman ini diperolehi ketika bapa mertuanya Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Juga berdasarkan rekod data yang diperolehi pinjaman tersebut masih tertunggak (tidak berbayar).

Ketika terlalu ramai mereka yang terlibat dalam bidang pertanian bermasalah untuk mendapat kemudahan pinjaman, persoalanya kini bagaimana pinjaman bernilai jutaan ringgit tersebut boleh diperolehi dengan mudah?

Adakah pinjaman tersebut dikeluarkan dan digunakan berdasarkan syarat pinjaman Bank Pertanian ?

Mohon Khairy muncul dengan penjelasan mengenai perkara ini. Jika ini semua benar maka wajarlah pimpinan Bn bersungguh - sungguh mengelak untuk membuat pengistiharan awam harta milikan mereka dan keluarga.

Bagaimana pula rekod pembayaran kemudahan pinjaman ini, jika dalam keadaan biasa ramai dikejar kerana gagal membayar hutang.

Anak muda terpaksa suruk kereta hanya kerana 3 bulan gagal membuat bayaran, ramai anak muda muflis hanya puluhan ribu pinjaman tetapi bagaimana dengan pinjaman jutaan menantu (bekas) Perdana Menteri ini?

 Bagaimana dengan faedah pinjaman yang dikenakan pula ?

Mohon Khairy sendiri tampil menjawab.


che'GuBard
Ketua Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Ketua UMNO Bahagian Pandan dipenjara 8 tahun, denda hampir RM1 juta bersalah atas 10 tuduhan rasuah

$
0
0

Pada 8 Feb 2011 dulu ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail ni pengsan dalam kandang tertuduh..

Kemudiannya pada 28 June pula Ketua Umno Bahagian Pandan itu diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.. laporan penuh sila baca di ( SINI )

Dan hari ini.. Berita Harian melaporkan..

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail, dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.

Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi ~ Berita Harian

Baru pegang jawatan Ketua Bahagian pun dah boleh mentekedarah rasuah hampir RM200K.. kalau jadi Menteri agaknya berapa yang akan disapu...

Inilah UMNO.. dari pemimpin atasan sampai ke pemimpin bawahan, rasuah dah jadi budaya..

Selain dari mentekedarah rasuah untuk cepat kaya, pemimpin UMNO juga dikatakan membina kekayaan dengan meminjam wang dari Bank tapi tak bayar balik.. tak percaya sila baca di ( SINI )

Yang malangnya ialah pencacai yang bermati-matian mempertahankan mereka.. tinggal di Flat yang dikhaskan untuk golongan kurang berkemampuan dengan sewa RM100 sebulan pun tak apa...

Bila masa pulak PAS anjur Demo Bantahan Guna Nama Allah di Komtar ni?

$
0
0

Sebelum itu.. semalam seseorang telah bertanya kepada aku tentang gambar (gambar bawah) yang disertakannya dalam laman Twitter aku di sini ( @AnakSgDerhaka ) , adakah ianya benar atau tidak..

Oleh kerana aku tak tahu siapa tuan punya akaun Twitter yang bertanya kepada aku, jawab aku.. "Siapa punya lawak bodoh ni?"..


Dan hari ini.. selepas solat Jumaat tadi sekumpulan pemuda yang mendakwa mereka adalah Ahli PAS dan mewakili beberapa NGO kononnya telah mengadakan satu demonstrasi di Masjid simpang 6 berhampiran Komtar, Pulau Pinang.


Tujuan demo menurut mereka adalah sebagai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Berikut adalah laporan serta sedikit gambar dari Blog Penyokong UMNO yang dipercayai berada ditempat kejadian..

Sekarang ini sekumpulan umat Islam terdiri daripada Ahli PAS,Umno dan beberapa NGO mengadakan bantahan terhadap Lim Guan Eng yang menjadi pelampau meniup kebencian agama terhadap penganut agama Kristian.

Apa yang Pisau dapat lihat ketika ini hanya beberapa orang penyokong Ustaz Hafiz Nordin bekas ketua pemuda PAS dan para pengikutnya yang konsisten melawan Lim Guan Eng dalam isu nama Allah.

Yang berjawatan seperti Ketua Pemuda PAS Negeri Yusni Mat Piah seperti biasa akan mendiamkan diri kerana walaq kepada khalifah mereka.

Sebaik saja selesai solat Jumaat di Masjid simpang 6 berhampiran Komtar mereka berkumpul dan hampir 200 orang berarak ke Komtar ~ Pisau.Net




Benarkah apa yang dilaporkan oleh Blog Penyokong UMNO itu??..

Ini jawapan dari Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man..

PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.

"Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi .

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya lagi.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz ~ Harakahdaily

Artis Rock yang menyokong UMNO akui buka Kelab Malam yang jual arak..

$
0
0

Persoalan mengenai adakah benar Artis Rock yang menyokong UMNO ini telah membuka sebuah Kelab Malam yang menjual arak terjawab akhirnya..

Pengakuan itu telah dibuat oleh Awie ataupun nama sebenarnya Ahmad Azhar bin Othman dalam satu temubual oleh Kosmo! Online..

Dalam temubual tersebut Awie akui  memang membuka sebuah kelab di Ipoh dan Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka.

Berikut adalah sebahagian petikan dari temubual itu..

Baru-baru ini dapat berita yang Awie bergaduh lagi di Langkawi. Sejauh mana kebenaran cerita ini?

AWIE: Saya sekarang ni tak keluar kecuali mengadakan persembahan di Kelantan dan Ipoh. Pulau Langkawi sudah lama saya tidak jejak kerana tiada kesempatan. Malah anggota Wings yang lain ada mengajak saya ke sana tetapi saya tolak kerana sibuk.

Tapi bagaimana cerita sebegini boleh tersebar?

Saya kurang pasti kenapa orang masih nak kaitkan saya dengan cerita ini. Baru-baru ini di Ipoh, orang kata saya jual dadah, senjata api dan terlibat dengan pelacuran serta gangster.

Bagaimana cerita tersebut juga timbul?

Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah.

Jadi apa tindakan Awie?

Saya buat tidak tahu. Malah ada orang kata saya kini dalam pemerhatian. Pada saya, ini rezeki dan kerja saya. Hak manusialah mahu bercakap dan saya tidak boleh hentikan. Saya bersyukur orang masih mengingati saya dengan cara baik dan buruk. Maksudnya saya masih hero.

Temubual penuh sila baca di ( SINI )

Walaupun Awie tidak mempromosikan apa sebenarnya yang di niagakan di Kelab tersebut hasil carian Topeng Perak Unmasked di Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages  menemui beberapa pakej promosi "MENARIK":

Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012:

Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style"..  (PESTA BIKINI)

Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012:

Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... (PESTA ARAK MURAH)

Kesimpulannya.. dari laporan di atas telah mendedahkan kenapa Awie menyokong UMNO..

Yang bertegas mengatakan Awie menyokong UMNO bukan aku.. tapi pencacai UMNO sendiri.. sila baca di ( SINI )

Pencacai UMNO Kantoi lagi!! Kali ini Kafe dikata Kelab Malam di Shah Alam..

$
0
0

Sekali lagi Blog-blog Pencacai UMNO kantoi kerana kebodohan mereka, jika sebelum ini ada diantara mereka yang tak tahu membezakan antara Wali dan Jurunikah ( SINI ) kali ini mereka kantoi kerana tak tahu membezakan antara Kafe dan Kelab Malam pula..


Awal Disember lalu kebanyakkan Blog-blog Pencacai UMNO memainkan isu ini, kerana kononnya bagi mereka ini adalah kejayaan transformasi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Shah Alam telah ditransformasikan dari sebuah bandar yang bebas dari pusat-pusat maksiat kepada sebuah bandar yang penuh dengan pusat maksiat setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan selepas 2008, kata mereka kononnyalah..


Ada juga yang menulis seperti paparan di bawah, mendakwa Pakatan Rakyat memang mempunyai kepakaran dalam memutar belit dan membohongi rakyat.


Tetapi hakikat sebenarnya ialah...

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik (‘live band’).

Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti ‘live band’ tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti ‘live band’. “Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu,” tegas Shahrin sewaktu dihubungi .

Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007.

Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya.

Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang.

Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras.

“Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling,” ujar beliau.

Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12.

Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan.

Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu ~ Selangorku

Itulah... lain kali buat research dulu sikit kalau nak jadikannya sebagai itu.. ini tidak, main serbu membabi buta saja... kan nampak bangang..

Buat Blogger-blogger pencacai UMNO tu.. kalau korang dah ketandusan isu sangat yang nak di bawa, ini ada satu isu..

Isunya ialah seorang artis Melayu dan berugama Islam, telah disahkan membuka sebuah Kelab Malam yang menjual arak di utara Semenanjung, bukan saja menjual arak malah baru-baru ini telah mengadakan pertandingan bikini dalam premisnya itu..  lihat di ( SINI )

PANAS!! UMNO difitnah!!

$
0
0

Patutlah aku nampak lain macam saja gambar kat atas tu hari tu.. tangan diikat tapi kaki tak diikat, boleh pulak Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda tunggu kat situ.

Padahal kalau dia nak lari.. masih boleh lari.. tapi dok menganga lagi kat situ..

Rupa-rupanya laporan diatas adalah tidak benar sama sekali dan individu yang dilaporkan telah diikat itu telah melakukan penafian mengenai perkara di atas itu..

Selalu sangat UMNO dan pencacainya menyebarkan fitnah, kali ini diaorang pulak yang kena fitnah.. kah..kah..kah..

Sesiapa atau Blog mana yang dah tolong sebar gambar di atas tu.. minta maaf lah ya... tapi kalau nak buat bodoh pun tak apa, sebabnya selama inipun UMNO dan Pencacainya bukan tahu nak minta maafpun walau terbukti apa yang disebarkan mereka itu adalah fitnah..

Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda menafikan laporan sebuah akhbar komuniti yang menyiarkan gambarnya didakwa ditahan dan diikat di sebuah pondok rehat semasa konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda di Pahang baru-baru ini.  
"Saya nafikan berita dan gambar diikat dan ditahan di pondok Felda Kg Awah itu. Gambar itu di luar skop program yang kemudiannya telah dimanipulasi oleh rakan-rakan Facebook hingga timbul salah faham pelbagai pihak," katanya ketika dihubungi Harakah, 28 Februari lalu. 
Beliau merujuk laporan Sinar Harian pada 25 Disember lalu yang turut menyertakan kenyataan pimpinan PAS Pahang.  
Laporan itu menyebut tindakan kepada Noraza itu bagi menghalangnya bersama-sama peserta konvoi lain memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor. 
~ Sumber dari ( SINI )

Tindakan Zahid Hamidi membuktikan dakwaan Deepak itu ada kebenarannya...

$
0
0

Pada 30 November 2012, Dato’ Seri Zahid Hamidi mengumumkan kepada wartawan dan Perhimpunan Agong Umno bahawa beliau akan menjawab dan mematahkan tuduhan Deepak yang mengaitkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai salahlaku.

Malangnya, keesokan harinya, pada 1 Disember 2012 beliau tidak mengotakan janjinya itu. Tuduhan-tuduhan Deepak kekal tidak dijawab oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Saya beranggapan itu strategi Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti.

Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato’ Seri Najib Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau. 

Oleh sebab itu, KEADILAN tidak memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut agar ia disiasat segera.

Ternyata anggapan saya itu tidak tepat.

Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Deepak dipandang serius dan dibuktikan benar-benar mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehingga tugas untuk menyelesaikan kemelut ini diserahkan kepada Dato’ Seri Zahid Hamidi.

Walaupun awalnya Dato’ Seri Zahid Hamidi mengelak dari memberi jawapan, jalan penyelesaian yang beliau laksanakan mengikut perintah Dato’ Seri Najib Tun Razak akhirnya terbongkar kepada umum pada 27 Disember 2012.

Urusniaga mengejut melibatkan pembayaran RM30 juta untuk membeli 80% saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd adalah satu salahguna kuasa oleh Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk menutup mulut Deepak dan menyelesaikan skandal ini yang kian merebak.

Urusniaga ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab memikul amanah ini, Dato’ Seri Zahid Hamidi haruslah berhati-hati dalam memastikan pelaburan yang dibuat oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd adalah pelaburan yang terbaik untuk kepentingan anggota tentera.

Sebab itu, sekiranya urusniaga ini diteliti, ia sudah tentu tidak menepati apa-apa garis panduan pelaburan baik berdasarkan perkara-perkara berikut:

1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (klik di sini SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod SSM);

2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan pertimbangan pelaburan komersil;

3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato’ Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd;

4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan yang dicapai di antara penjual dan pembeli;

5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan berhampiran (klik di sini untuk rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (klik di sini untuk rujuk laporan akhbar Utusan Malaysia );

6. Ini bermakna tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum dipindahmilik.

Jelas bahawa urusniaga ini bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.

Saya hanya boleh simpulkan bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini.

Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato’ Seri Zahid Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, saya akan mula meneliti dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya. KEADILAN akan mengadakan sidang media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai pendedahan ini.


RAFIZI RAMLI 
PENGARAH STRATEGI KEADILAN 
29 DISEMBER 2012

Abang ipar TKM Sabah ketuai 136 ahli Umno sertai KEADILAN

$
0
0

Abang ipar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin mengetuai 136 ahli Umno dari Dewan Undangan Negeri Petagas, menyertai KEADILAN.

Ahmad Yunin menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Ketua Umum KEADILAN itu berucap di pusat beli-belah Tanjung Aru Plaza di sini, malam tadi.

Ahmad adalah abang kepada Datin Seri Jouyah Yunin – isteri Yahya. Beliau yang juga Pengerusi Sukarelawan Petagas turut menyerahkan cek RM10,000 untuk misi bantuan di Gaza pada majlis itu.

Program anjuran Wanita KEADILAN Sabah yang dihadiri lebih 1,000 penduduk tempatan itu sebahagian daripada siri Jelajah Demi Rakyat di Sabah.

Keadilan Daily difahamkan, pidato Anwar itu adalah adalah pertama kali dijalankan dalam sesebuah pusat beli-belah di negeri berkenaan.

Sabah yang dianggap fixed deposit Umno BN, hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat pada PRU 13.

Ia berikutan ramai pemimpin berpengaruh di kalangan masyarakat Islam dan Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu mengisytihar sokongan kepada Pakatan, beberapa bulan lalu.


http://www.keadilandaily.com/?p=41940

Blogger Pro UMNO tak beretika Chua Soi Lek kata..

$
0
0

Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika.

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA.

“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan.

“Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan,” jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut.

“Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu,” tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini.

Soi Lek  bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini.

“Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA.

“Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno,” katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno.

“Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA,” tegasnya.

Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan “faktornya” untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau.

Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen.

“Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming,” kata Syed Akbar dalam blognya.

~ The Malaysian Insider

Rumah Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique antara yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Setiawangsa rupanya..

$
0
0

Menurut Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa Fauziah Jamaludin, dianggarkan 20 banglo terdapat di kawasan puncak bukit Setiawangsa yang runtuh baru-baru ini.

Dan ada sumber mendakwa kebanyakkan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu adalah milik Pemimpin-pemimpin UMNO.

Antaranya ialah bekas Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan bekas ketua Pemuda UMNO Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan.

Rumah Zulhasnan Rafique (kiri)

Selain itu Pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perdana Menteri juga tinggal di Taman Puncak Setiawangsa itu.

Bagaimanapun menurut Jamaludin Jarjis beliau seolah-olah merasakan sesuatu kejadian buruk bakal berlaku di kawasan itu lalu membuat persiapan awal dengan memindahkan barang ke rumah lain sejak tiga bulan lalu. baca di ( SINI )

Haa.. korang tengok betapa hebatnya pemimpin UMNO tinggal diatas puncak bukit, dalam Bungalo, nak jumpa pun susah pasal nak kena daki bukit..

Tapi yang bermati-matian mempertahankan mereka dan mengambil upah RM30 untuk memaki hamun pemimpin Pakatan Rakyat hanya tinggal di flat saja.. sedangkan Lembu yang diternak suami Sharizat pun tinggal di kondo.. ha..ha..ha..

Kenapa runtuh agaknya??

Baca laporan lebih lengkap di sini ( Kebanyakan Rumah Di Puncak Setiawangsa Rumah Orang Umno )

Asal usul isyarat jari '1Malaysia' Najib ditemui... lihatlah!!

$
0
0

Setelah diberikan mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009, beberapa bulan kemudiannya Najib memperkenalkan agenda 1Malaysia.

Rentetan dari itu segala program yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia akan diletakkan 1Malaysia tak kira sama di depan atau di belakang nama program itu..

Dan dalam setiap program yang dihadiri oleh Najib, bila menyebut ‘1Malaysia’ pasti akan disertai dengan isyarat jari telunjuk ditunjuk ke arah langit.

Pencacai-pencacai dan penjilat-penjilat Najib mendakwa isyarat jari telunjuk ditunjuk ke arah langit itu adalah idea Najib sendiri, kerana bagi mereka Najib adalah seorang individu yang sangat kreatif dan juga innovatif..

Benarkah begitu?.. benarkan isyarat jari telunjuk ditunjuk ke arah langit hasil idea Najib sendiri bukannya diciplak dari mana-mana seperti diciplaknya 1Israel yang dijadikan 1Malaysia?

Gambar-gambar di bawah memberikan jawapannya…

SAKSIKAN!!!

SAAAAATUUUU MALAYSIAAAAAAAA!!!





Kah.. Kah.. Kah... simbol pada batu nisan kubur Kristian la...

Apa maknanya isyarat jari telunjuk ditunjuk ke arah langit itu?

Wikipedia memberikan jawapannya...

Question: What does a right hand closed in a fist with the index finger pointing up mean on a tombstone?

Answer: There is one way, there is one God and Jesus is his son. The gesture was common in the 70's for the Christians often referred to as the "Jesus Freaks" akin to the hippies with a Christian bent.

Terjemahannya:  Ada satu cara, ada satu Tuhan dan Isa adalah anaknya. Isyarat ini adalah kebiasaaan bagi orang Kristian dalam tahun 70-an yang sering dirujuk sebagai "Yesus Freaks" serupa dengan hipi yang berhaluan Kristian.



Kubur-kubur di atas bukanlah milik orang-orang yang berugama Islam tapi penganut agama Kristian..

Yang peliknya simbol pada kubur Kristian digunakan dan digayakan dengan penuh bangga oleh sebuah parti di Malaysia yang kononnya sangat memperjuangkan Bangsa dan Agama Islam..


Siapa tiru siapa?.. takkan orang yang dah mati lama dah tu tiru isyarat Najib kot???

Inilah akibatnya meniru membabi buta... sampai isyarat dikuburpun dia tiru... kah..kah..kah..


Sumber info : Yong Suka Kuning

Wajarkah kita beli buku Rosmah?.. ini saranan Dr. Asri..

$
0
0

Awal Disember lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan majlis memperkenal dan melancarkan buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor di Hotel Grand Hyatt.

Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancarkan dan diedar untuk jualan bulan depan.

Dan menurut Tun Mahathir buku biografi Rosmah Mansor yang bakal berada di pasaran dalam waktu terdekat, merupakan wadah yang betul untuk beliau menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.

"Beliau (Rosmah) bukannya berprofil tinggi. Hanya orang-orang tertentu menjadikan beliau seorang individu berprofil tinggi dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan beliau berhak untuk menjawab.

"Walaupun beliau adalah isteri perdana menteri, ini tidak bermakna yang beliau perlu berdiam diri terhadap pelbagai tuduhan," kata Dr Mahathir.

Itu kata Mahathir yang perlu membodek Rosmah untuk memastikan nama anaknya kekal sebagai calon dalam PRU13 nanti..

Dan ini pula adalah pendapat atau saranan Dr. Maza yang dipetik dari laman Twitter miliknya..

Peringatan penting! 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur. 

Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!

Woit! Kata mogok lapar.. apahal pulak pi makan ni?

$
0
0
alt

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Sekumpulan peserta yang menyertai 'Mogok Lapar 100 Jam Anti LYNAS' dikenalpasti telah menjamu selera di sebuah hotel berdekatan lokasi protes di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Menurut laporan MyNewsHub, beberapa peserta yang lain turut didakwa telah bertindak menjamu selera makanan di beberapa buah restoran berhampiran kurang dari 100 jam seperti yang ditetapkan.

alt

Tinjauan turut mendapati, jumlah para peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bukan sahaja semakin berkurangan, malah pihak penganjur dikatakan telah memberi bungkusan makanan kepada kesemua individu terlibat pada tempoh kurang dari 63 jam.

Mogok Lapar selama 100 jam yang bermula pada jam 8 malam hari Khamis lalu dilancarkan sebagai tanda protes terhadap beberapa isu yang mengancam alam sekitar di Negara ini.

Ianya merujuk bantahan terhadap Projek Loji Nadir Bumi LYNAS di Gebeng, Kuantan.

alt

Peserta Mogok Lapar anjuran Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH) itu hanya dibekalkan air botol mineral sepanjang tempoh protes itu berlangsung.

Ianya dirancang bakal berakhir pada Sambutan Tahun Baru 2013 ~ KLPos


Ceh!! kalau macam ni.. buka saja 100 hari tapi sejuta haripun boleh mogok lapar..

Rosmah Mansor lancar Roti 1Malaysia..

$
0
0

Setelah dilaporkan melancarkan sebuah Kapal Perang milik Tentera Laut Di Raja Malaysia, hari ini Isteri Perdana Menteri dilaporkan secara rasminya telah melancarkan Roti 1Malaysia pula.

Sebelum melancarkan Kapal Perang tersebut (baca di SINI ), Rosmah telah melancarkan buku mengenai dirinya bagi menangkis segala fitnah terhadap dirinya.. kononnya..

Malangnya ada pihak yang menyarankan rakyat Malaysia supaya jangan membazir RM150 untuk membeli buku yang tak berfaedah tu.. (baca di SINI )

Berbalik kepada Roti 1Malaysia tu... Pengerusi Roti 1Malaysia Datuk Anne Eu berkata program kebajikan berkenaan bertujuan membantu serta menyokong golongan kurang bernasib baik di Malaysia.

Beliau berharap program di bawah naungan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie boleh dipertingkat melalui penyertaan bakeri lain serta hotel.

Ni laporannya..

The Roti 1Malaysia Charity Programme (Persatuan Kebajikan Program Roti 1Malaysia) is officially launched today by Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, wife of the Prime Minister of Malaysia.
Roti 1Malaysia is a community project aimed to create a platform whereby individuals and the corporate sector could collaborate together to provide the underprivileged communities with good quality bread and pastries from five-star hotels and bakeries.
The programme is founded by Dato’ Anne Eu, the Chairman of the Eu Yan Sang Group with the support and patronage of Y. Bhg Datuk Heng Seng Kie, the Advisor to the Women, Family & Community Development Ministry and corporate friends who include Roti 1Malaysia’s Deputy Chairmen (Y. Bhg Puan Sri Cecilia Lim, Y. Bhg Puan Sri Susan Cheah, Y. Bhg Puan Sri Esther Tan and Y. Bhg Puan Sri Sandra Lee); Advisor (Puan Sri Maimon Patail) and Roti 1Malaysia’s brand ambassador Dato’ Jimmy Choo.
The programme undertook its trial run in August 2011, in which quality bread and pastries were collected from several participating hotels across the Klang Valley and volunteers from youth organizations and some corporations were mobilized to deliver the food to various homes for the underprivileged. The support received has been very encouraging.
In November 2011, Roti 1Malaysia received the official full endorsement and support by the Ministry of Women, Family & Community Development Malaysia. Registered as a charity non-governmental organisation, Roti 1Malaysia works in close collaboration with the private sector, hospitality industry and youth associations.
To-date, Roti 1Malaysia has the support of 14 participating hotels, including 3 big hotel groups namely the Genting Group, Berjaya Group and Sunway Group and 11 outlets of Bread Story, that contribute as bread sponsors to provide fresh bread and pastries daily from Monday to Friday to 60 charities, comprising old folks’ homes, orphanages, homes for the disabled, hospice, HIV shelter and refugee centres. Some of the hotels and bakery outlets have taken the initiative to increase their bread and pastry production to enable more homes to benefit from this programme.
The participating hotels in the Klang Valley include Berjaya Times Square, Cyberview Lodge Resorts & Spa, Dorsett Regency, Grand Dorsett Subang, Grand Millenium, G Tower, Parkroyal, Putrajaya Marriot, Renaissance, Resorts World Genting, Sunway Hotels & Resorts, Sime Darby Convention Center, Swiss-Garden, The Ritz-Carlton and Bread Story Group.
Other corporations that have extended their support include the Lau Gek Poh Foundation - which sponsored vehicles to Roti 1Malaysia, the Eu Yan Sang Group, the Boston Restaurants Group, Buddha’s Light International Association, Jia Teck Industries Sdn. Bhd, Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA) and Sunlight Taxi Group and Companies.
The programme targets another 10 hotels to join as bread sponsors. With more sponsor participation, Roti 1Malaysia aims to reach out to other parts of Malaysia and to widen the scope of its programme beneficiaries.
In her address at the launch, Dato’ Anne, who is also the Chairman of Roti 1Malaysia commented, “The merits of the Roti 1Malaysia Charity Programme is three-pronged. Firstly, it conveys care and brings joy to the underprivileged. For most of our beneficiaries who have never tasted a muffin or croissant before, a little sharing like this means so much.
The programme also helps to curb food wastage and defray running cost of the homes, which mostly are surviving based on public donations. Lastly, the programme is not just about charity but it is also about bringing Malaysians together. It creates a community of people who are willing to contribute their personal time and effort to doing something good for the benefit of the less fortunate.”
YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor in her speech congratulated the team, supporting partners and volunteers who have made Roti 1Malaysia possible.
She said, “The sharing of good quality bread and pastries facilitated by Roti 1Malaysia for the underprivileged in our society is truly a notable charity cause. While charity work is highly regarded, it is not always easy to set up a charity organisation. Roti 1Malaysia stands out as one that has successfully harnessed the strengths of its own resources right from the beginning of its formation.
I am pleased that the objectives of Roti 1Malaysia very much dovetail with the Government’s overarching mission and vision for social and community development, which is to promote social welfare and well being and to develop a caring society as the basis for the formation of a developed nation of distinction.
The way I see it, Roti 1Malaysia is not only about helping the underprivileged, but it is also about fostering unity among Malaysians. It creates communities of people through meaningful charity collaborations between individuals, the corporate sector and volunteering youth associations. ”
As the wife of the Prime Minister of Malaysia, Datin Paduka Seri Rosmah highlighted that the Government, in its support towards social and welfare development for Malaysians, had disbursed RM1.2 billion in 2010 to 424,526 beneficiaries, RM1.3 billion in 2011 to 473,928 beneficiaries and until November 2012, a total of RM1.4 billion has been given as aid to 497,624 beneficiaries under the Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia or KAR1SMA.
On the future of Roti 1Malaysia, Dato’ Anne beams optimism. She said, “We have successfully registered Roti 1Malaysia as a charity NGO, an endorsement of our Government’s support. Geographically, we have brought the programme to the state of Kedah, while in terms of scope of beneficiaries, we have expanded to include prison inmates. Recently we have brought our Roti 1Malaysia programme to Perak, starting with the towns of Gopeng and Tambun. We really look forward to grow this project to cover the whole nation, and we encourage everyone in the public who can volunteer time and effort to join us in this charitable project. This isn’t about raising millions; it’s about getting the community involved.”


- Media release




Banjirkan Kampung Padang Bual.. Projek Kerajaan Barisan Nasional?

$
0
0

Kampung Padang Bual yang terletak Besut, Terengganu ini tidak pernah dilanda banjir dakwa penduduk Kampung.

Bagaimanapun baru-baru ini ianya dilanda banjir "buatan manusia" apabila sebuah empangan yang masih dalam pembinaan berdekatan kampung mereka dipecahkan kerana gagal menampung air dan hampir pecah.



Empangan ini didawa punca kepada banjir di Kg Bual
    Di kampung ini seramai 230 rumah terlibat dengan banjir 'buatan manusia' dan kerugian dianggarkan RM5000 - RM10000 setiap rumah dan RM20000 - RM 30000 setiap premis perniagaan.

Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.

Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013.

Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42.

Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan ‘Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah’. Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan.

Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah).

Persoalannya di sini ialah..

1. Kenapa terdapat percanggahan di antara kenyataan Dato’ Ahmad Said dengan kenyataan jurutera KETARA, Ir Wee Yit Ming?

2. Kenapa tiada notis awal tidak dikeluarkan dan dimaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya benar dipecahkan?

3. Kenapa sekumpulan penduduk menghalang kerja-kerja pengorekan lencongan bagi mengelakkan limpahan air takungan keluar daripada empangan utama?

4. Mengapa boleh berlaku jurang yang sangat ketara di antara nilai projek sebenar yang dilaporkan CIDB iaitu RM166,549,799.42 dengan apa yang diumumkan oleh Kementerian dan juga Menteri Besar sendiri iaitu RM333 juta?

5. Kenapa projek sebesar ini tiada Emergency Response Plan bagi menangani isu-isu kecemasan seperti ini.

Semua persoalan tersebut di bangkitkan oleh Ketua Pemuda PAS di ( SINI )

Video Seks Anwar Ibrahim dah tersebar luas di Indonesia.. Zainuddin Maidin kata..

$
0
0

Menurut Zainuddin Maidin yang merupakan bekas Menteri Penerangan dan juga Ketua Pengarang Utusan Melayu di laman Blognya, Video seks Anwar Ibrahim dengan seorang wanita Cina kini tersebar meluas di Indonesia.

Ianya tersebar luas menerusi internet terutama BlackBerry menjelang lawatan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahimdan versi yang tersebar di Indonesia berbeza dari versi yang pernah tersebar di Malaysia.

Tambah beliau lagi Kelainannya adalah seperti yang diramalkan oleh Anwar Ibrahim sendiri iaitu "Dulu muka macam Anwar, tetapi perut buncit, tetapi sekarang muka macam Anwar, perut pun dah kempis."


Kemudiannya dia tulis pula.. Video lelaki mirip Anwar yang tersebar di Malaysia setelah disiarkan oleh PapaGomo dalam blog dia tu diterbitkan oleh PKR sendiri.

Kata Zainuddin Maidin lagi..sekarang lebih ramai orang yang mempercayai Video Sex Anwar itu oleh kerana penyebaran menerusi BlackBerry adalah lebih jelas wajah sebenar pelakonnya.

Komen beliau di akhir artikelnya.. "Soalnya, bagaimanakah Video Sex Anwar Ibrahim yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim masih direka-reka untuk fitnah oleh UMNO dan BN telah tersebar dengan meluas di Jakarta." 


Mesti sebab sakit hati dikutuk oleh banyak pihak kerana menghina BJ Habibie dengan gelaran Anjing Imperialis tak habis lagi ni..

Apa yang terserlah dari apa yang ditulis oleh bekas Pemimpin UMNO ini ialah kerana marah beliau telah menyerlahkan kebohonanya sendiri dan tidak menyedari bahawa internet kini menjangkau penggunaannya di seluruh dunia.

Dimana diakhir artikel beliau mempersoalkan bagaimanakah Video Sex lelaki mirip Anwar Ibrahim yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim masih direka-reka untuk fitnah oleh UMNO dan BN telah tersebar dengan meluas di Jakarta, sedangkan diawal artikelnya beliau telah memberikan jawapan bagaimana video tersebut telah tersebar di Indonesia.

Beliau juga cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang beliau sangkakan semuanya sebodoh pencacai UMNO dengan berkata Video lelaki mirip Anwar yang berperut bunci itu dipercayai adalah versi yang diterbitkan oleh PKR sedangkan video tersebut telah disiarkan oleh Blogger lucah belaan UMNO sendiri iaitu PapaGomo.

Selain itu kebodohannya juga terserlah bilamana beliau mendakwa penyebaran menerusi BlackBerry adalah lebih jelas wajah sebenar pelakonnya.. dia tahu atau tidak apa bendanya BlackBerry tu?

Besar mana agaknya screen BlackBerry yang dijual di Indonesia itu agaknya hingga paparannya lebih jelas dari video yang beredar sebelum ini di Malaysia?

Tapi... bagaimana pula Zainuddin Maidin ni boleh tahu video seks lelaki mirip Anwar itu tersebar di Indonesia??


Banglo Jamaluddin Jarjis dan Zulhasnan Rafique akan diruntuhkan..

$
0
0

Tentu luas dan besar kawasan banglo milik dua pemimpin UMNO ini hinggakan boleh diruntuhkan untuk dijadikan sebagai zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran..

Sudahlah banglonya besar, kawasannya pula luas ditambah pula berada di atas bukit.. tentu mahal kan.. berapa harga agaknya..

Kalau milik bussinesman aku tak kisah.. tapi ini milik Ahli Politik.. Ahli Politik dari UMNO pulak tu.. dari mana agaknya datang duit tu?

Dua banglo, masing-masing milik Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa, Bukit Setiawangsa berkemungkinan akan diroboh bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata, sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya.

Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama

Nak kasihankan mereka atau kata padan muka kepada mereka-meraka itu?

DAHSYATNYAA!!! Puluhan Ribu Hadir ceramah Ustaz Fathul Bari.. gambar sebagai bukti!!

$
0
0

30 Disember baru-baru ini satu ceramah umum oleh Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) yang tersohor iaitu Ustaz Fathul Bari bin Mat Jahya telah diadakan di Taman Mewah, Bandar Tun Razak.

Laporan dari berita antarabangsa tiewnama melaporkan puluhan ribu telah hadir, ini berikutan dengan promosi hebat yang dijalankan oleh petugas-petugas UMNO di kawasan tersebut.

Berikut adalah laporan dari tiewnama..

Kuala Lumpur, 31 Disember. Begitu menggemparkan Malaysia bilamana ulama muda umno yang mengadakan ceramah umum di bandar Tun Razak telah di hadiri hampir 30 ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum untuk hadir sambil mendengar alunan suara merdu Ulama Muda UMNO ini.  
Seorang saksi di tempat kejadian berkata, kehadiran fathulbari yang juga di kenali sebagai ulama tersohor mengkawarijkan Yusuf Al Qaradawi telah di sambut dengan sambutan yang sangat luar biasa, ternyata Ulama Muda UMNO ini memiliki karisma yang unik sehingga mampu menarik hampir 30 ribu orang yang hadir.  
Setelah kami berfikir sebentar mendengar komen saksi yang hadir itu, kami terfikir sesuatu. begitu ramai yang hadir jika beginilah keadaannya, pasti Pakatan Rakyat bakal tumbang di Bandar Tun Razak ~ Tiewnama

Saksikan puluhan ribu yang mendengar ceramah "Awas!! Gelombang Fitnah" oleh Fathul Bari..

Ulama Muda UMNO yang tersohor sedang memberikan ucapan
Kaki pukul yang bersedia menghadapi provokasi penyokong Pakatan Rakyat yang gelisah
melihat sambutan ramai terhadap program ini.
Puluhan ribu sedang menyaksikan..
Puluhan ribu??? kah..kah..kah...
Viewing all 9417 articles
Browse latest View live