Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Isu Tapak Masjid: Ketua AMK Pulau Pinang kata Ketua Pemuda UMNO bodoh,,

$
0
0

Sekali lagi KetuaPemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalammenyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

PENJUALAN TAPAK MASJID DAN SEKOLAH ADALAH SATU FITNAHOLEH PEMUDA UMNO


Dalam hal pentadbiranKerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yangtelah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemajusekali lagi pihak UMNO menyerlahkan ketidak prihatinan mereka dalam halpembangunan.

Yang telahmemutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IRShaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinangmenjual tapak tersebut.

Shaik Husseinberkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sepertiyang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasasatu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumipembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dantapak masjid.

Namun, beliauberkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu denganharga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projekpembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah.

Berikut adalahpenjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui..
Kenyataan yangdikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau tentang penjualan tanah secararundingan kepada syarikat Ivory Group, adalah tidak benar.

Ini kerana SyarikatIvory Group telah berjaya memiliki tanah tersebut melalui tender terbuka yangdipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Syarikat Ivory Groupadalah satu dari empat Syarikat yang memenangi bidaan tersebut, antara syarikatyang terbabit dalam bidaan itu ialah Chia Tai Xing Ye Industrial DevelopmentLtd, SP Setia Berhad dan AG Pearl Sdn Bhd (hilang kelayakan akibat tidakmembayar “earnest deposit” sebanyak RM1.2 juta).

Oleh kerana Ivorytelah memberi tawaran yang paling tinggi iaitu RM240skp atau jumlah besarRM1.072 bilion, mereka telah dipilih.

Dalam hal kononnyaKerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang menjual tapak masjid dansekolah pula, jelas di sini Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang tidak tahu menahuakan hal ehwal perancangan pembangunan.

Perlu kita ketahui bahawabagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1200 atau 1500 buah rumah,pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk Masjid dan juga Sekolah di dalampelan pembangunan (Master Plan) mereka.

Ini adalah antarasyarat yang perlu dipenuhi oleh Pemaju bagi membolehkan perancangan merekadiluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran.

Namun begitu ‘MasterPlan’ tersebut hanya diluluskan kepada Pihak Pemaju yang mencadangkan rancanganpembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, Pihak yang membelitanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pulakerana Pelan Pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi.

Dalam hal ini pelanasal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPPpada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah tersebut telahdijual kepada syarikat Ivory Group.

Terpulang kepada TuanTanah yang baru iaitu Syarikat Ivory Group bagaimana hendak digunakan tanahtersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syaratpihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Syarat-syarat inijuga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya.

Tidak timbul soaltapak untuk Masjid atau Sekolah dijual kerana selagi pembangunan belumdilaksanakan tanah untuk dibina Masjid atau Sekolah tidak akan dipindah milikkepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran.

Pemindahan milikkepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaranuntuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak menduduki (CF)dikeluarkan.

Dan perlu kita fahamijuga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelanpembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkinsama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yanghendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group..

Sekali lagi KetuaPemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalammenyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!!

Bagaimana beliauboleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak Masjidsedangkan tapak Masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milikpemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambilalih tapak tersebut.

Ianya hanya menjadimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah Masjid tersebutdiserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi..

Di sini saya bagipihak AMK ingin menasihatkan Saudara Shaik Hussein supaya mendalami ataumemahami sesuatu isu yang ingin dibawanya supaya tidak timbul fitnah.

AMK juga menggesapihak Syarikat Ivory Group supaya mempamirkan pelan pembangunan induk (MasterPlan) kawasan yang hendak dibangunkannya itu supaya ianya boleh dilihat olehpihak awam.

Dan disamping itupihak Syarikat Ivory Group digesa agar menjalankan projek pembangunan tersebutsecara menyeluruh bukannya fasa ke fasa seperti yang sering diamalkan dizamanpemerintahan UMNO/BN dulu.

Amir Haji Ghazali
Ketua AMK Pulau Pinang



Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417