Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

PANAS!! Hampir 100,000 demo desak Guan Eng Wakafkan tapak Masjid Bayan Mutiara.. (Gambar)

$
0
0

Yang aku paling tak faham ialah banner yang dipegang oleh mereka-mereka ini.. Apa yang mereka faham dengan perkataan 'Wakaf' itu..

Tanah tersebut telah dijual kepada Ivory, pemilik Ivory adalah seorang bukan Islam.. kalau mereka mendesak Kerajaan Negeri pula.. Ketua Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ialah Guan Eng.

Guan Eng juga bukan seorang yang berugama Islam .. Habis tu nak wakafkan macam mana.. boleh ke kita mendesak orang lain supaya mewakafkan harta benda mereka?

Kalau korang nak tahu dengan lebih jelas apa maknanya wakaf sila baca di (SINI).

Sebelum korang lihat gambar-gambar hampir 100,000 orang mendesak Guan Eng mewakafkan tapak Masjid Bayan Mutiara ni, baca laporan ni dulu..

NGO demontrasi mahukan Lim jelaskan isu tapak masjid


GEORGE TOWN: Lebih 50 orang ahli pelbagai NGO menyertai demonstrasi secara aman di sini hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai dakwaan kerajaan negeri telah menjual tapak masjid di Bayan Mutiara di sini.


Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Komtar membawa sepanduk dan kain rentang yang tertulis pelbagai kata-kata desakan.

Antara tulisan yang dilihat ialah ‘Kembalikan Tanah Masjid di Bayan Mutiara’ ,’Rakyat Mendesak Tanah Masjid Bayan Mutiara Diwakafkan’ dan ‘Pulangkan Tapak Masjid”.

Antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan itu ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang dan Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang.

Beberapa wakil pertubuhan itu kemudian naik ke tingkat tiga bangunan Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Marziah Mohd Mukhtar.

Tidak puas hati

Jurucakap penganjur perhimpunan itu, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata mereka tidak puas hati dengan jawapan ‘tiada komen’ yang sering diberikan Lim jika isu mengenai tanah itu dibangkitkan.

“Kami minta Ketua Menteri Pulau Pinang dapat memberikan jawapan secara bertulis dalam tempoh tujuh hari. Buktikan slogan ‘Competency, Accountability dan Transparency (CAT)’ yang selalu dilaungkan oleh kerajaan negeri tidak sekadar retorik politik semata-mata.

“Rakyat berhak tahu perkara sebenarnya,” kata Mohd Rizuad ketika ditemui pemberita di lokasi perhimpunan itu.

Kontroversi tanah Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri dilaporkan menjual tanah seluas 41.5 hektar itu kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap berharga dan lokasinya strategik kerana letak berdekatan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. - Bernama


Saksikan!!! hampir 100,000 rakyat Pulau Pinang mengadakan demo mahu Guan Eng mewakafkan Tapak Masjid Bayan Mutiara....


Bila dah bodoh... mudah saja diperbodohkan.

Faham betul-betul.. boleh ke kita paksa orang untuk mewakafkan harta mereka?

Tutup muka sebab malu...

Pemerhati juga lebih ramai dari yang menyertai demo

Mamat baju putih ni kehairanan

Polis diseberang jalan yang kelihatan lebih ramai dari peserta demo.

Ramai tak??

Dari apa yang tertulis pada Blog Pencacai UMNO yang menyiarkan gamba-gambar ini, demo ini telah dirakamkan pada jam 2:22 Petang hari ini..

Penjelasan ringkas tentang Fitnah Guan Eng Jual Tapak Masjid sila baca di (SINI)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417