Cadangan Shahrizat untuk memberikan ‘Baju Kurung Wanita UMNO’ kepada Rafizi sebenarnya tidak lebih dari satu cubaan untuk mengalihkan isu..
Apa yang diserang Rafizi dan PKR adalah penyalahgunaan dana milik kerajaan oleh Keluarga Shahrizat yang menguasai NFC bukannya individu atau keluarga Shahrizat.
Dengan menjadikan peribadi Rafizi sebagai sasaran serangan oleh Shahrizat, beliau membukhtikan kepada kita bahawa pemimpin-pemimpin UMNO adalah sama dengan pencacai-pencacai UMNO yang menjadikan peribadi pihak yang mendedahkan penyelewengan pemimpin mereka sebagai sasaran serangan.
Sepertimana yang biasa kita lihat, apabila Anwar sebagi contoh mendedahkan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran Najib maka berbagai cerita akan ditimbulkan oleh pencacai-pencacai UMNO contohnya video seks.
Mereka gagal untuk menjawab tuduhan penyelewengan atau kepincangan tersebut dengan hujah-hujah yang boleh diterima akal kerana memang wujud penyelewengan atau kepincangan tersebut.
Menurut Rafizi beliau tidak menyangka bahawa cadangan Shahrizat yang mahu menghantar baju kurung Wanita UMNO kepadanya adalah satu perkara yang serius.
Bagaimanapun beliau tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika ‘Baju Kurung Wanita UMNO’ itu diiterimanya kerana Isterinya sendiri enggan memakainya begitu juga Kristi,kucing peliharaannya.
Nak dijadikan sarung buah nangka, bapanya pula khuatir akan busuk buah pula nangka tersebut.
Sehingga kini menurut Rafizi dalam ‘Twitter’ cadangan paling popular ialah pakaikan kepada lembu tetapi dikhuatiri pula lembu menjadi berang apabila melihat warna merah..
Cadangan aku.. kalau diterima ‘Baju Kurung Wanita UMNO’ pakaikan saja kat mana-mana perempuan gila yang berkeliaran dalam KL tu.. kalau boleh suruh Shahrizat kirim banyak sikit.. biar kita boleh lihat perempuan gila di KL memakai uniform.. ha..ha..
Tapi kalau korang tengok gambar kat atas tu.. Shahrizat sendiri pakai baju warna biru macam baju wanita PKR.. mungkin diterimanya dari Rafizi kot.. pasal itulah dia nak balas semula pemberian Rafizi tu dengan mengirim baju kurung wanita UMNO kepada Rafizi..
Wanita Umno akan beri Rafizi baju kurung merah putih, kata Shahrizat
KUALA LUMPUR, 5 Feb—Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini berkata beliau akan menghantar baju kurung merah putih kepada “penghendap” dalam PKR menambah yang berniat mahu mengambil alih jawatan itu.
Secara jelas merujuk kepada Rafizi Ramli, yang telah mengetuai serangan PKR terhadap Shahrizat dan Pusat Fidlot Nasional (NFC), menteri Kabinet ini berkata idea itu diberikan Wanita Umno pada satu mesyuarat baru-baru ini.
“Beliau akan kelihatan bagus dalam merah dan putih, nampak sedikit jambu. Wanita Umno akan menghantarnya kepada penghendap saya,” katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini.
“Kerana saya rasa orang ini berhasrat untuk menjadi ketua wanita Umno, mungkin beliau pemimpin wannabe (tetapi) partinya tidak mempunyai ramai anggota. Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli jadi beliau boleh rasa kuat.”
Shahrizat telah berulang kali dikaitkan dengan skandal projek berkenaan berikutan peranan suaminya di dalam National Feedlot Corporation (NFCorp) sebagai pengerusi dan anak-anaknya merupakan ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.
Projek dana awam bernilai RM250 juta itu telah dikatakan “bercelaru” oleh akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Terma itu kemudiannya digunakan oleh media bagi merujuk kepada NFC selepas PKR melancarkan siri pendedahan berterusan yang menunjukkan dana projek itu telah disalah gunakan.
Pengarah strategik PKR, Rafizi mendakwa RM27 juta telah digunakan untuk pembelian tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek ternakan lembu tersebut, yang diuruskan oleh Shahrizat dan keluarganya.
Aset syarikat itu telah dibekukan selepas polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.
Shahrizat kemudian mengambil cuti selama tiga minggu untuk membenarkan siasatan dijalankan.
The Malaysian Insider