Bercakap kepada wartawan di Hospital Besar Kuala Lumpur, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal NFC kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuanya itu.
"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.
Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.
Menurut beliau, di seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.
Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa.Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawap pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.
"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Itu adalah apa yang telah dilaporkan oleh Malaysiakini jam 4 petang tadi, baca pula apa yang diaporkan oleh Antarapos semalam semasa Shahrizat berada di Beruas, Perak.
BERUAS 4 FEB - Ketua Wanita Umno Datuk Seri Sharizat Jalil mengajak rakyat menilai latar belakang mereka yang mendesak beliau meletak jawatan dalam parti dan kerajaan demi “membuat keputusan betul” mengenainya bersabit isu Pusat Fedlot Kebangsaan (NFC).
Dalam komen yang dilihat sebagai tujukan kepada bekas mentornya Tan Sri Rafidah Aziz, Sharizat berkata : "Anda perlu melihat kepada latar belakang politik mereka yang mendesak saya letak jawatan.”
"Kalau anda buat kajian sedikit pun tentang mereka yang mendesak saya itu, anda akan tahu untuk membuat keputusan yang benar terhadap saya," tegas beliau – sepenuhnya sila baca di SINI.
Semalam dia bidas Rafidah… Hari ini dia kata tak mahu kurang ajar kepada Rafidah..