Hebat kumpulan ini... orang demo mereka juga berdemo tapi selalunya jika demo yang dianjurkan oleh baik pihak NGO Pro PR atau PR sendiri.. provokasi macam manapun susah nak tercetus pergaduhan..
Tambahan pula dengan pihak media, sebab kebanyakkan yang hadir faham apa itu tugas media dan hormat akan tanggungjawab yang dipikul oleh petugas media..
Tetapi hari ini muncul sekumpulan anak muda yang dikatakan menggelarkan diri mereka sebagai 'Anarki' yang tidak diketahui dari mana asalnya..
Lebih menarik lagi majoriti ahli kumpulan mereka yang turut menyertai demo itu menutup wajah mereka dan paling menarik lagi mereka ada bom asap..
Siapa sebenarnya mereka??
Laporan berkaitan..
Sejurus selepas Perhimpunan 1 Mei berakhir, berlaku pertempuran yang melibatkan antara kumpulan anak muda dan petugas media.
Kumpulan anak muda yang dianggarkan seramai 50 orang itu dilihat berpakaian hitam dengan membawa sepanduk “Unite against racism global”, berarak sekitar Dataran Merdeka dengan membakar suar.
Bagaimanapun pergaduhan berlaku apabila kumpulan tersebut melanggar kamera media hingga menyebabkan pertengkaran mulut berlaku.
Bagaimanapun keadaan menjadi tegang apabila seorang kumpulan dari anak muda tersebut cuba bertindak mengasari petugas media dengan cuba menarik kamera jurukamera tersebut.
Kumpulan anak muda yang dipercayai daripada gerakan anarki itu kemudiannya memanggil media dengan kata-kata kesat seperti "media anjing" dan "inikah namanya kebebasan media".
Pergaduhan berlaku kira-kira selama 3 minit sebelum keadaan menjadi terkawal semula. Bagaimanapun polis hanya menyaksikan kejadian itu tanpa mengambil sebarang tindakan.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham yang ditemui selepas itu menafikan kumpulan anak muda itu daripada SAMM dan menyatakan kekesalan dengan insiden tersebut.
"Siapa tidak pasti, kalau betul berlaku saya cukup kesal dengan apa terjadi namun apa yang pasti saya cuba mengawal sebaik mungkin," katanya.
Beliau juga berkata SAMM menghormati semua semangat berhimpun anak muda.
"Bagi pihak SAMM, kami meminta maaf sekiranya benar media dikasari, pihak kami dari mula perhimpunan tidak ada apa-apa yang berlaku, dan saya juga tidak nampak pergaduhan itu.
"Daripada SAMM, kita mengawal dan bertanggunjawab sepenuhnya," katanya lapor The Malaysian Insider