Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Jenayah filem Teresa Kok ialah ianya tidak kelakar kata Khairy


Baru semalam aku bersembang dengan beberapa pemimpin PKR tentang Khairy ni...

Walaupun ideologi politik antara PKR dan UMNO berbeza, kami akui Khairy adalah antara pemimpin dari UMNO yang pembawaannya berbeza dari kebanyakkan Menteri UMNO yang ada..

Boleh dikatakan beliau antara Ahli Politik yang bersinar dalam UMNO/BN... tapi hari ini Khairy menyerlahkan kebodohannya pulakdah...

Mana punya undang-undang yang Khairy belajar ni.. tak pernahlah lagi aku dengar ada undang-undang macam ini dalam dunia ini..

Buat filem tapi tak kelakar dah menjadi satu jenayah dinegara ini rupanya... malanglah nasib penerbit-penerbit filem dinegara ini kali ini..

Laporan berkaitan..

SHAH ALAM - Jenayah sebenar video 'Onederful Malaysia CNY2014’ ialah ianya langsung tidak kelakar, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, video sindiran yang dikeluarkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sempena Tahun Baharu Cina itu berada di bawah tahap sederhana.

“Setakat video sindiran politik Teresa Kok yang di bawah tahap sederhana. Tak kelakar, tak ada jenaka dan bukan original. Itulah jenayah sebenarnya,” tulisnya di laman mikro Twitter, hari ini.

Video yang didakwa Teresa hanya bersifat sindiran dan gurauan serta tidak menghina sesiapa itu mendapat reaksi yang pelbagai dari beberapa pihak.

Pihak polis sedang menyiasat video yang dimuat naik pada 27 Januari itu dan tindakan akan diambil jika didapati bersalah.

Beberapa NGO sudah membuat laporan polis ke atas Teresa dan menggesa siasatan segera dilakukan kerana dianggap menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengulas isu sama, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan melalui Twitternya berkata:

“Tak perlu untuk Kok meminta maaf kerana sejujurnya, jika dia suka untuk terus merosakkan semangat Tahun Baharu Cina, teruskan. Silakan,” tulisnya ~ Sinar Harian

Video tersebut sila lihat di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417