Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Rosmah kata dia akan jumpa Raja Sweden untuk selamatkan anak-anak pasangan Malaysia itu..

$
0
0

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memperlihatkan wajah seorang ibu apabila menyatakan kesanggupan untuk pergi ke Sweden bagi membawa pulang anak-anak pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal yang ditahan di negara itu.

Keprihatinan itu dinyatakan Rosmah dalam sidang akhbar ketika menyambut kepulangan anak-anak pasangan terbabit iaitu Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12; Adam, 11; dan Arif, 7; di kediamannya di Taman Duta di sini hari ini.

"Saya terfikir juga kalau mereka tidak boleh dibawa balik saya akan ke Sweden untuk mengadap Raja dan Permaisuri Sweden meminta bantuan kerana saya mengenali mereka.

"Mereka juga seorang ibu dan bapa yang sangat prihatin kepada anak-anak dan rakyat. Tapi alhamdulilah, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin telahpun berjaya membawa kanak-kanak ini balik," kata Rosmah yang gembira dengan kepulangan adik-beradik tersebut.

Rosmah berkata, beliau dan suami akan membantu anak-anak pasangan berkenaan yang akan dijaga oleh ibu dan bapa saudara mereka di Kelantan setakat yang mampu.

"Saya harap tolonglah jaga budak-budak ini dengan baik macam anak-anak mereka. Kalau ada masalah beritahu. Kalau saya dan suami dapat bantu kita akan bantu," kata Rosmah.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan oleh pihak berkuasa Sweden pada 18 Disember lalu kerana disyaki merotan anak mereka kerana tidak menunaikan solat.

Berikutan itu keempat-empat anak pasangan tersebut pada awalnya diserahkan kepada keluarga angkat bukan Islam.

Ketika di bawah penjagaan keluarga angkat bukan Islam itu, keempat-empat adik beradik tersebut dikatakan tidak gembira dan kurang selesa, sehinggakan anak sulung pasangan tersebut, Aisyah, 14, merayu supaya mereka dijaga oleh keluarga Islam. - UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417