Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Kangkung Turun Harga?.. Najib Bohong!!.. baca nih!

$
0
0

Nak disalahkan Najib sepenuhnya pun tak boleh sebab menurut beberapa sahabat dari UMNO, kebanyakkan apa yang diucapkan oleh Najib adalah setelah beliau mendengar nasihat dari penasihat-penasihatnya..

Jadi dalam hal ini.. kerana mendengar nasihat dari penasihat yang tak pernah turun padang dan mendengar keluh kesah rakyat tentang kenaikkan harga barang, Najib menerima padah..

Ini petikan dari ucapan PM di Kemaman yang menjadikan kangkung terkenal seluruh dunia..

...."pada hakikatnya bukan semua barang naik kerana kerajaan."...

" Kalau musim tengkujuh nelayan tak turun ke laut sebab laut bergelora harga ikan naik sebab supply kurang. Ikan kerapu naik harganya. Ikan senangin naik harganya ikan tongkol naik harganya. Apakah itu salah kerajaan "...

"kalau lah harga sayuran naik. Sawi naik. Kang kong naik. Ada masa dia naik ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar yg saya baca ada yang turun. Kang kong dulu naik. Sekarang kini dah turun."......

" Bila turun kenapa tidak puji kerajaan . Masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ada faktor cuaca. Cuaca yg dikatakan susah hendak dijangka"....

Video ucapannya yang telah mencecah 120,000 views sila lihat di ( SINI )

Rentetan dari ucapannya, Najib menjadi sasaran kecaman warga internet.. Tapi.. Akhbar mana satu yang Najib maksudkan dalam ucapannya itu?..

Sedangkan keratan akhbar di bawah menyatakan harga kangkung tidaklah turun dan semurah yang Najib katakan itu..

"Harga bagi semua sayur-sayuran adalah lebih mahal, kangkung tidak terkecuali. Mengatakan kangkung turun adalah jelas satu pembohongan" Kata seorang pekerja gerai sayur. Tambahnya lagi

" Mungkin sekiranya Perdana Menteri menjadi pembekal kita, jadi kita boleh mendapat kangkung yang murah".

"Sayur tersebut bukannya jenis kelas tinggi, ia tumbuh di mana terdapat air. Hingga kini ianya bukan murah. Pembekal-pembekal kami menjual kangkung dan sayuran lain pada harga yang tinggi masa ini" kata seorang penjual sayur..


Tapi.. dalam hal ini biarpun dinasihati oleh orang-orang yang bodoh.. kesalahan tetap pada Najib kerana mudah diperbodohkan oleh penasihat yang bodoh..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417