Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Kangkung: Khairy Muncul Pertahan Najib..

$
0
0

Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan isu itu tidak perlu dibesarkan.

“Tak perlu kecoh tentang kangkung. Najib bagi contoh bukan semua benda naik harga. Ada yang naik sebab faktor cuaca dan lain-lain Rasional sedikitlah,” katanya yang dipetik melalui laman mikro, Twitter, hari ini lapor Sinar Harian


Video ucapan Najib itu sila lihat di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417