SUSULAN tersebarnya video penuh ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di media sosial yang turut menyebut mengenai harga sayur kangkung, hari ini trending Facebook adalah berkaitan sayur tersebut.
Sinar Harian Online mendapati pengguna laman Facebook telah mengemaskini status dengan nama sayur kangkung beserta gambar sayur itu yang dijadikan pelbagai jenis hidangan.
Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.
"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.
Semalam Najib dipetik sebagai berkata: "...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun. "Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya lapor Sinar Harian.
Sementara itu, menteri belia dan sukan yang juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tampil menyelar tindakan warga maya itu yang menurutnya tidak rasional.
"Tak payah kecoh pasal kangkung. @NajibRazak (Najib) bagi contoh bukan semua benda naik harga. "Ada yg naik sebab faktor cuaca dan lain-lain. Rasional sikitlah," tulisnya di Twitter..
Dalam pada itu satu laporan mendedahkan bahawa Makmal kos sara hidup yang diilhamkan Najib telah berjaya menemui sejenis tumbuhan yang boleh digunakan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat.
Tumbuhan yang dikenali kangkung atau nama saintifiknya Ipomoea aquatica ini ditemui sekitar longkang makmal tersebut oleh beberapa orang pakar kos sara hidup yang dilantik beliau... lapor Biaqpila di SINI
Gambar dari MiloSuaM dan MalaysianGags , Video berkenaan sila lihat di SINI