Ni sorang lagi Timbalan Menteri lantikan Najib yang bercakap dulu berfikir kemudian.. sama seperti kebanyakkan Menteri dan Timbalan Menteri lain yang dipilih oleh Najib walaupun ditolak oleh rakyat..
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Mahdzir Khalid telah memberikan amaran kepada para pengeluar yang dikategorikan sebagai Industri Kecil dan Sederhana agar tidak menaikkan harga keluaran mereka sewenang-wenangnya berikutan kenaikkan tarif elektrik sebanyak 16%.
Kenaikkan tersebut menurutnya tidak membebankan mereka kerana TNB mempunyai kadar tarif baru berdasarkan kategori industri.
"Bagi industri-industri berskala kecil dan sederhana, kami tidak akan mengenakan kenaikan 16 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Program Pintar yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional di Pendang Lake Resort, di sini, semalam..
Manufacturers warned against price hikes
PENDANG: The government has warned industrialists not to arbitrarily increase prices of their products following the 16% power tariff hikes for industries.
Energy, Green Technology and Water Deputy Minister Mahdzir Khalid warned manufacturers not to use the hikes as an excuse to up prices.
He said the rate was not burdensome because Tenaga Nasional Berhad (TNB) had new tariff rates based on the industrial categories.
“For small and medium-scale industries, we won’t impose the 16 percent increase,” he told reporters at the closing of a Smart Programme organised by Universiti Tenaga Nasional at Pendang Lake Resort, here, yesterday -Bernama
IKS tak boleh naikkan harga produk keluaran mereka katanya sebab IKS tak dikenakan kenaikkan tarif sebanyak 16% tu..
Memanglah tarif elektrik bagi IKS tidak dinaikkan sehingga 16% tapi dinaikkan sebanyak 10.1%..
Ni dari website Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, tak tahulah samada Timbalan Menteri tu tahu atau tidak IKS tak dikenakan kenaikkan tarif 16% tapi 10.1%.
Implikasi Penyelarasan Kadar Tarif Elektrik ke atas Pengguna Komersial dan Industri
• Bagi pengguna komersial voltan rendah seperti peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil yang penggunaannya tidak melebihi 200kWj sebulan, kadar kenaikan maksimum adalah sebanyak 10.7% atau RM8.40 sebulan. Pengguna industri voltan rendah seperti pengusaha industri memproses makanan secara kecil-kecilan yang menggunakan elektrik kurang daripada 200kWj sebulan pula akan mengalami kenaikan tarif maksimum sebanyak 10.1% atau RM7.00 sebulan.
• Bagi pengguna komersial voltan sederhana dan tinggi seperti kompleks membeli belah, kompleks pejabat kerajaan dan hotel, kadar kenaikan elektrik adalah sekitar 16.85% bergantung kepada profail penggunaan masing-masing. Begitu juga bagi pengguna industri voltan sederhana dan tinggi seperti kilang, kadar kenaikan elektrik adalah sekitar 16.85% bergantung kepada profail penggunaan masing-masing.
• Pengguna industri yang kos elektriknya melebihi 5% daripada kos keseluruhan operasi telah diberi keistimewaan untuk menikmati Tarif Industri Khas (TIK) yang dalam lingkungan 6% hingga 13% lebih rendah daripada tarif industri biasa. Memandangkan pemberian SIT adalah tidak selari dengan dasar penjimatan tenaga, maka dicadangkan supaya SIT ditarik balik secara berperingkat di mana kadar tarif SIT dinaikkan sebanyak 18.8%, iaitu sekitar 2% lebih tinggi daripada kenaikan tarif industri biasa.
Jadi.. kesimpulannya kos operasi pengeluaran bagi setiap IKS akan meningkat sebanyak 10.1%, jadi mahu atau tidak ianya tetap perlu dipindahkan keluar dari tanggungan pihak pengusaha IKS.
Dan untuk mengekalkan keuntungan mereka selain dari meningkatkan pengeluaran, memaksimakan tenaga kerja dan membuang pekerja ialah naikkan harga produk keluaran mereka...
10.1% tu banyak buat IKS..
TNB yang untung berbillion RM setiap tahun boleh naikkan harga.. tapi IKS yang untungnya tak seberapa tak boleh?.. Kenapa agaknya?
Tapi... ada ke kapitalis yang sanggup korbankan 10.1% keuntungannya demi kerajaan yang boros?