Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap laman sosial Facebook yang menghasut rakyat agar hadir ke Perhimpunan BERSIH 4.0 pada 31 Disember ini.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, laman sosial tersebut semakin terdesak sehingga mengatakan akan menggunakan bom pada perhimpunan tersebut.
"Kita minta pihak KDN pandang serius terhadap laman sosial facebook perhimpunan BERSIH 4.0.
"Isu ini semain serius kerana mereka mahu menggunakan bom, disebabkan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan keras terhadap penganjuran BERSIH 1,2 dan 3 , mereka pada hari ini terlalu berani untuk menggulingkan kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tegasnya, pihak NGO sendiri akan bertindak menghalang penganjuran BERSIH 4.0 sekiranya pihak berkuasa gagal mengambil sebarang tindakan terhadap pihak terlibat
"Sekiranya insiden pada 31 Disember ini berlaku, kalau pihak KDN tidak ambil berat atau pun tidak ambil tindakan tegas kita akan berkumpul beramai-ramai dihadapan KDN untuk menyerahkan satu nota bantahan.
"Kita akan mendesak Menteri KDN yang sedia ada harus bertanggungjawab dalam isu ini," katanya.
Tambahnya lagi, pihak IKHLAS bersama NGO-NGO lain akan berkerja sama dengan KDN akan bertindak sekiranya insiden ini membabitkan nyawa rakyat tempatan lapor RakyatNews
Wahhh!!! ni dah tahap bahaya gila ni.. dulu guna molotov koktail sekarang pulak nak guna bom.. dah melampau penyokong-penyokong PR ni..
Tapiii.. 31 Disember ni himpunan BERSIH 4.0 ke?.. setahu aku nama himpunan yang digerakkan oleh SAMM itu namanya 'Protes Rakyat Ambang 2014' bukannya BERSIH 4.0
Kata Edyes "Himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein. Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata.. sepenuhnya sila baca di SINI
Mana pulak datangnya cerita ada perhimpunan BERSIH 4.0 pada 31 Disember ni?
Pengerusi BERSIH sendiri pun tak pernah umumkan akan adakan himpunan BERSIH pada 31 Disember ini, sebab katanya BERSIH pasti akan diadakan melainkan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) memberi tindak balas terhadap tuntutan-tuntutan yang telah dibuat... tarikhnya bila?.. entahlah..
Yang aku pasti ialah perhimpunan BERSIH 4.0 ini telah dilancarkan oleh macai pada bulai Mei 2012 dan menurut wakil peniaga yang menggerakkan BERSIH 4.0 itu lebih 150,000 dijangka akan hadir..
![]() |
Sidang Media pelancaran BERSIH 4.0 |
![]() |
Para peserta BERSIH 4.0 |
Ni dah jadi kes 'Friendly Fire' nih... tertembak gang sendiri... kah..kah..kah..