Berbagai alasan terpaksa dicipta mereka untuk menghalalkan tindakan mereka menaikkan tarif elektrik, jika sebelum ini CEO TNB berkata kenaikan itu adalah perlu bagi proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan ini pula penjelasan dari Suruhanjaya Tenaga.
Menurut Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya, Datuk Ahmad Fauzi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan perdana menteri awal bulan ini adalah untuk menampung kos penyelengaraan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dan kos janakuasa tenaga dari bahan api.
Suruhanjaya Tenaga menjelaskan bahawa peningkatan tarif elektrik yang diumumkan perdana menteri awal bulan ini adalah untuk menampung kos penyelengaraan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia dan kos janakuasa tenaga dari bahan api.
Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya itu Datuk Ahmad Fauzi Hasan dalam ucapannya hari ini menjelaskan, kos penyelenggaraan itu turut melibatkan kerosakan yang banyak berlaku di janakuasa dan juga ke atas masalah ketidaklancaran sistem.
Masalah berkenaan dikesan banyak berlaku sejak tiga tahun lalu, katanya.
"Kita juga mengalami masalah pembekalan gas yang tidak cukup untuk menampung keperluan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia.
"Dari segi inflasi,kos penyelenggaraan dan kos tenaga kerja kita terpaksa menaikkan harga tarif kita.
"Dalam mekanisme kenaikan tarif ini menggunakan kawal selia berasaskan insentif.
"TNB diberi tempoh 1 tahun untuk membuat penyelenggaraan,untuk kali ini dalam tempoh 4 tahun takkan ada kenaikan tarif lagi kalau kita berasaskan rangka kerja ini," katanya.
Beliau berucap ketika merasmikan satu majlis penerangan berhubung isu penetapan tarif elektrik di semenanjung Malaysia di Putrajaya hari ini ~ Malaysiakini
Persoalannya kini ialah kemana menghilang keuntungan TNB yang baru-baru ini yang dilaporkan telah mencatatkan keuntungan bersih selepas tukaran wang asing berjumlah RM4.61 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2013.
Ianya adalah peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding RM4.41 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie sendiri mengatakan, pendapatan tahunan kumpulan meningkat kepada RM37.13 bilion pada tempoh itu daripada RM35.84 bilion pada tahun kewangan 2012.
Untung Berbillion-billion masih tak mampu untuk menampung kos penyelangaraan?..
Jika Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya itu berkata sejak tiga tahun lalu banyak kerosakan berlaku di Janakuasa oleh itu kos penyelengaraannya meningkat, tetapi dalam masa yang sama keuntungan TNB terus meningkat jadi apa rasionalnya tarif elektirk dinaikkan?
Inilah untungnya Syarikat Monopoli.. rasa untung tak cukup dan kroni tak cukup kaya lagi..naikkan harga perkhidmatan...