Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Himpunan 'Protes Rakyat Ambang 2014' di Dataran Merdeka disabotaj?

$
0
0

Nampaknya ada dua perhimpunan untuk menyambut tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kali ini, satu dinamakan 'Himpunan Guling Kerajaan' dan satu lagi pula  'Protes Rakyat Ambang 2014'.

Bagaimanapun perlu diketahui walaupun kedua-dua himpunan itu diadakan pada hari yang sama dan ditempat yang sama kedua-duanya tidak ada kena mengena.

Siapa yang menganjur 'Himpunan Guling Kerajaan' tidak diketahui, bagaimanapun dipercayai tujuan himpunan tersebut diadakan untuk sabotaj 'Protes Rakyat Ambang 2014' yang akan dilangsungkan secara aman.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melalui Pengarah Propaganda nya, Edy Noor Reduan menegaskan pihaknya tidak akan menyertai apa-apa usaha untuk menggulingkan kerajaan seperti yang dipromosikan oleh Himpunan Guling Kerajaan itu.

Namun dalam masa yang sama menegaskan "Sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri.

"Himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein. Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata.

Oleh itu SAMM menyeru kepada semua pihak termasuk NGO, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian agar hadir berpakaian Baju Hitam dan mengenakan mask 'Guy Fawkes' ke Dataran Merdeka 30 Disember 2013 jam 10 malam..


Berikut adalah kenyataan Media dari SAMM

Kenyataan Media 18
Disember 2013

 Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka
Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak.
Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial.
Malah, respon kebanyakkan menteri terhadap kenaikkan ini turut memacu kemarahan rakyat. Justeru itu, hasil perbincangan melalui media sosial, hadir idea untuk bersama menyatakan protes terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau.
Sambil menyifatkan tahun 2014 adalah tahun yang begitu mencabar, malam 31 Disember / ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.
Inisiatif rakyat ini boleh dilihat melalui sebuah laman FB yang mengumpul kehadiran orang ramai ke Dataran Merdeka pada malam tersebut. Usaha ini berhasil apabila lebih seribu pengguna FB mengesahkan kehadiran dalam masa hanya beberapa jam.
Laman tersebut adalah seperti di bawah;
Laman: https://www.facebook.com/events/666666776717568
Hashtag: #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis #RPDM31D
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyahut cabaran mempromosi protes rakyat ini secara maksima, menyeru kepada semua pihak termasuk NGO, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian.
SAMM percaya semua tidak terkecuali, samada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan.
Antara bebanan yang dimaksudkan ialah kenaikkan harga petrol pada September lalu diikuti kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikkan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan tambang bas sekolah, dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 15 lebuhraya.
Maka himpunan bantahan ini adalah bertepatan.
Melalui media, SAMM difahamkan sebuah gabungan NGO TURUN turut berhasrat untuk bersama rakyat memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi protes.
SAMM menyambut baik keputusan tersebut dan menggalakkan lebih banyak NGO untuk turun protes bersama di Dataran Merdeka.
Dalam perkembangan sama, tidak dinafikan ada pihak / individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan.
SAMM menafikan sama sekali sebarang keterlibatan. Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri.

Bagi SAMM, jelas himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein. Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata.

Akhir sekali, SAMM akan kemaskini segala perkembangan memandangkan terdapat banyak pihak yang sudah menghubungi SAMM menyatakan kesediaan untuk bersama rakyat pada malam ambang tahun 2014. Satu gabungan lebih besar mungkin akan direalisasikan.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Sementara itu Polis meminta seorang individu yang gambarnya tertera dalam satu poster menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini, untuk tampil segera membantu siasatan.


Poster terbabit yang menampilkan wajah seorang lelaki berkaca mata hitam dan mengikat kain berwarna kuning di kepala, dikesan tersebar di internet sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya berharap individu yang wajahnya tertera pada poster berkenaan dapat menyerah diri secepat mungkin.

"Kita perlukan dia untuk membantu siasatan bagi memastikan, adakah dia yang membuat hebahan tersebut atau gambarnya disalah guna oleh individu lain.

"Kita perlu memastikan perkara ini terlebih dahulu kerana sejauh mana kesahihan seruan memanggil anak-anak muda menyertai himpunan tersebut belum diketahui," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Derma Pengajian Anak-anak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak RM30,000 daripada Persatuan Komuniti Korea di negara ini yang disampaikan melalui Duta Korea ke Malaysia, Cho Byung Jae, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun memandang serius perkara tersebut kerana jika ia benar (himpunan), mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Menurutnya, siasatan juga akan dibuat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma kerana ia melibatkan kesalahan keselamatan.

Menurutnya, satu laporan polis juga dibuat semalam dan pihaknya sudah mengambil langkah-langkah proaktif berhubung perkara tersebut lapor Sinar Harian di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417