Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Kisah derita mangsa banjir

$
0
0

“Dah empat hari makcik tak mandi dan apabila nak buang air kecil, makcik mengengsot perlahan-lahan ke birai longkang.

"Buang air kecil di situ dan basuh dengan air mineral,” kata warga emas yang kudung kaki kiri, Indon Mek Pahang Husain, 75.

Indon menghadapai kesukaran berikutan ketiadaan bekalan air di pusat pemindahan di SK Seri Geliga, Chukai.

Kesusahan itu bukan sahaja dialami Indon, malahan ribuan mangsa banjir di pusat pemindahan seluruh Kemaman berikutan bekalan air dan elektrik terputus, manakala talian telefon terganggu sejak beberapa hari lalu.

Musibah banjir besar membuatkan pusat pemindahan yang tidak didaftar terpaksa dibuka, justeru kemudahan tersedia serba kekurangan dengan tiada bantuan makanan dan keperluan harian pada peringkat awal.

Indon dari Kampung Paya Berenjut berkata, akibat tiada air, dia dan majoriti mangsa yang ditempatkan di situ tidak dapat membuang air besar selama empat hari.

“Kalau diikutkan memang keadaan sangat tak selesa sebab air tak ada, api (elektrik) tak ada, tapi makcik tetap bersyukur sebab ada tempat berteduh.

“Hiba hati makcik mengenangkan rumah tenggelam hingga bumbung. Habis semua barangan dalam rumah dihanyutkan air,” katanya.

Indon yang berpindah ke pusat pemindahan itu sejak Rabu lalu bersama suami yang terlantar diserang strok, Nik Abdul Rahman, 71, dan 16 anak serta cucu, terpaksa diusung enam penduduk kampung ketika berpindah ke Masjid Paya Berenjut sebelum pusat pemindahan itu ditenggelami air, dan berpindah pula ke sekolah berkenaan.

Kaki kirinya dipotong separas betis pada Julai tahun lalu akibat diabetes kronik dan seminggu kemudian, suaminya pula diserang strok.

Indon memberi cadangan agar menyediakan ruang khas untuk mangsa yang sakit dan uzur bagi memudahkan mereka bergerak ke tandas.

Tidur dalam kebasahan

Sementara itu, Lijah Sayid, 66 bersama anak saudaranya yang buta, Raimah Ismail, 53 dan beberapa keluarga lain yang ditempatkan di dewan terbuka SK Seri Geliga, terpaksa tidur dalam keadaan baju basah gara-gara terkena tempias hujan.

Lijah berkata, dia bersama anak saudaranya berpindah sehelai sepinggang akibat banjir naik mendadak kira-kira jam 5 pagi Rabu lalu.

“Selama empat hari duduk di sini, baju yang basah terkena hujan, kering di badan sebab makcik tak tukar baju kerana tiada baju lain untuk disalin.

"Makcik turut mengalami luka di lutut akibat terjatuh dalam banjir ketika kelam-kabut berpindah," katanya.

Raimah pula berkata, dia dan ibu saudaranya itu tidur dalam keadaan menggigil kesejukan kerana baju basah serta tiada selimut.

“Makanan di sini cukup, ada biskut dan nasi pula lauk ikan kering, sardin serta sebagainya. Layanan petugas di sini juga sangat baik,” katanya yang buta sejak berumur 3 tahun akibat demam panas.

Tidur berlapik kotak

Seorang lagi mangsa, Rosnita Khalid, 31, pula berkata, dia sekeluarga termasuk bayinya, Nordatul Aliya Khisara Junaidi Affendi yang berusia 7 bulan, terpaksa tidur berlapikkan kotak di dewan terbuka sejak dua malam kerana tiada tikar.

“Bagaimanapun, hari ini (semalam) saya lega sebab dapat bantuan tikar.

"Kami pindah sehelai sepinggang dan tiada alas langsung untuk tidur. Hari ini juga baharu saya dapat tukarkan baju bayi yang dipakai sejak tiga hari lalu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, keadaan terbuka menyulitkan dia untuk menyusukan bayinya yang masih menyusu badan.

“Mungkin perlu ada khemah atau ruang khas untuk golongan ibu bagi memudahkan kami menyusukan anak,” katanya ~ Sinar Harian

Tapi... Menteri kata.. Malaysian terbaik urus banjir..




Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles