Jadi benarlah seperti didakwa oleh sesetengah pihak bahawa UMNO sudah menjadi parti orang bangsawan, parti 'warlods' dan parti laki-bini."
Tindakan Najib menceritakan tentang jasa dan sumbangan isterinya di pentas Perhimpunan Agung Umno ini adalah dipercayai untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya itu berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, baru-baru ini.
Ia sekurang-kurangnya untuk memperbodohkan perwakilan Umno bahawa di sebalik pelbagai dakwaan tentang pembaziran, pemborosan dan kehidupan mewah yang dijalani oleh isterinya, Rosmah juga sebenarnya ada melakukan sumbangan kepada negara yang mungkin tidak diketahui sebelum ini.
Najib sendiri berkata, inilah kali pertama beliau memaklumkan kepada umum tentang jasa dan sumbangan yang pernah dilakukan oleh isterinya itu bagi membolehkan Rosmah dibiarkan menggunakan harta negara seperti harta mak bapak dia..
Inilah dua jasa besar Rosmah yang dijadikan rahsia oleh Najib selama ini.
Jasa pertama Rosmah baik dengan isteri diktator Hosni Mubarak dan dapat membantu membebaskan pelajar Malaysia ketika Ops Piramid yang lalu.
“Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.
“Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan,” katanya.
Jasa kedua Rosmah juga baik dengan keluarga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan “jaringan” dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa.
“Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.
“Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia,” terang Najib lagi tentang rahsianya.
Dan seperti biasa, perwakilan Umno memberikan tepukan gemuruh mengenai sumbangan Rosmah kepada negara sebagaimana yang diceritakan suaminya sendiri itu. Mereka seolah-olah menghargai dan mengkagumi peranan yang dimainkannya itu.
Nak perbodohkan macai bolehlah Najib...
Apa yang dikatakan telah dilakukan oleh Rosmah oleh Najib ialah tugas-tugas Menteri Luar, Dato' Sri Anifah Aman..
Jadi adakah Hanifah Aman tidak mampu untuk melakukan semua itu?.. Kalau macam tu pecat sajalah dia, lantik Rosmah jadi Menteri Luar.. tantu macai suka..
Lagi satu apa yang tersirat dari kenyataan Najib ini.. kalau yang ada dalam penjara di luar negara boleh dikeluarkan melalui satu panggilan talipon.. apalah sangat dalam negara ni...
Tapi kenyataan Najib tu.. aku nampak lebih dari satu kenyataan dari orang yang takut bini...
Cuba tengok gambar di bawah ni.. kenapa agaknya Rosmah turut menyibuk untuk memotong kek sempena ulang tahun Umno ke-67, sedangkan dia hanya isteri kedua seorang Perdana Menteri?