Untungnya menjadi pemipin UMNO/BN ini ialah walaupun ianya meluahkan kata-kata yang sukar untuk diterima oleh kebanyakkan rakyat, namun kata-kata mereka tetap dipercayai oleh macai-macai UMNO..
Contohnya apa yang dikatakan oleh Shahidan Kassim ini... pasti ada macai yang akan sedaya upaya mencipta alasan untuk menyokong kenyataannya walaupun hakikatnya macai itu sendiri tak percaya apa yang dia kata..
Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan bil utiliti di kompleks kediaman Perdana Menteri, Seri Perdana paling rendah di dunia, berdasarkan pemerhatian yang dilakukannya tetapi tidak dinyatakan secara spesifik.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini mendedahkan jumlah bil utiliti di kompleks kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana mencecah lebih RM2.5 juta pada 2012.
"Mengenai bil utiliti di kompleks PM, saya boleh katakan ia paling rendah di dunia, berdasarkan pemerhatian saya.
"Ini kerana sistem berjimat-cermat paling terbaik diamalkan di pejabat Perdana Menteri," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum itu, Shahidan juga membidas MP Gelang Patah, Lim Kit Siang kerana mempertikaikan jumlah bil utiliti tersebut kerana kononnya paling mahal tetapi tidak memberikan fakta mengenai negara yang dijadikan perbandingannya.
Daripada RM2.5 juta tersebut, sebanyak RM2,237788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311, 174.25 untuk bil air.
Sementara itu, kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seri Satria pula menelan perbelanjaan sehingga RM964,772.59 dengan sejumlah RM865,458.56 untuk bil elektrik dan RM99,264.03 untuk bil air bagi 2012.
Shahidan sebelum ini berkata, kompleks kediaman berkenaan dilengkapi dengan kemudahan pejabat, bilik mesyuarat dan beberapa kemudahan untuk melancarkan urusan harian Perdana Menteri ~ The Malaysian Insider