Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Identiti Sebenar Suspek Bunuh Pegawai Bank Akhirnya Terdedah!

$
0
0

Mula-mula korang tengok dulu muka suspek yang dikaitkan dengan kes bunuh Pegawai AmBank dalam gambar di atas tu..

Aku tak pasti apa yang korang nampak tapi apa yang aku nampak ialah selain dari letih tak ada langsung rasa bersalah pada wajah dia tu..

Malah tak nampak juga yang dia takut dengan tuduhan yang bakal dikenakan terhadapnya dan hukuman yang menantinya.. meskipun aku percaya dia tentu tahu tali gantung menanti dirinya..

Macamni punya manusiapun ada...

Suspek bunuh pegawai AmBank adalah warga Indonesia 
Suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan pegawai AmBank dalam satu rompakan lebih dua minggu lalu dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Sulawesi
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek dikenali sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, dari Desa Latugoh, Kacamatan Lawa, Sulawesi. 
Katanya, Laode Ardina menggunakan dokumen pengenalan palsu dengan nama sebagai Ardi Hamzah dari Sabah untuk memohon pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. 
“Beliau dikatakan membeli pengenalan palsu daripada seorang lagi warga Indonesia sebelum memohon pekerjaan itu,” katanya. 
Laode Ardina yang menyamar menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Bakar pada 23 Oktober sebelum melarikan RM450,000. 
Polis percaya sejumlah besar wang disimpan oleh rakan Laode Ardina, seorang lagi warga Indonesia yang dikenali sebagai Joemar. 
“Kami tahu suspek yang berada dalam tahanan melakukan jenayah dengan bantuan seorang rakan yang masih lagi bebas,” kata Khalid kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini. 
Semalam, polis menahan Laode Ardina di Johor semasa cuba melarikan diri ke luar negara ~ The Malaysian Insider

Video berkaitan sila lihat di ( SINI )

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417