Setelah pengkebumian Allahyarham Ustaz Azizan selesai semalam, ada ahli-ahli PAS yang merungut mempersoalkan tindakan Unit Amal yang menolak ketepi penyokong-penyokong PAS semata-mata untuk memberi laluan kepada Tun Mahathir..
Malah ada yang mempersoalkan mengapa Tun Mahathir diberikan peluang untuk menyiram air mawar dipusara Allahyarham, sedangkan masih ramai lagi kaum keluarga Allahyarham yang turut hadir tidak diberi peluang melakukannya..
Dan ada juga yang menzahirkan rasa puas hatinya setelah berjaya memaki hamun Tun Mahathir dan juga Mukhriz hingga menyebabkan mereka terkebil-kebil.. dengan niat memberikan mereka kesedaran.
Menurutnya lagi "Kami tak undang orang macam ni.. kalau nak datang, datanglah tapi bukannya ditatang!!
Itu antara kata-kata mereka yang tak puas hati tu.. boleh di baca di ( SINI )
Aku tak tahu apa SOP yang diamalkan oleh Unit Amal dalam menyambut orang kenamaan tak kira dari parti mana sekalipun.. jadi aku tak boleh nak komen atau jelaskan untuk menjernihkan keadaan.. cuma aku tertarik dengan kenyataan Tun tentang Allahyarham ini..
Baca ni..
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah sahabat baik beliau walaupun berlainan ideologi politik.
"Walaupun daripada parti lain, kita tak kira, sahabat tetap sahabat, politik tetap politik. Hubungan saya baik dengan dia.
"Beliau tak keterlaluan, sanggup berbaik-baik, sanggup cuba luluskan permintaan orang ramai tanpa kira parti. Dia juga seorang yang pegang kuat pada ajaran Islam yang sebenar dan tak pernah menyeleweng," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pengebumian Azizan di Tanah Perkuburan Muassasah Darul Ulum hari ini.
Yang turut hadir ialah isteri beliau Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.
Azizan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.05 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah akibat jangkitan kuman dalam darah dan kegagalan organ yang pelbagai.
... Mereka sahabat baik walaupun berlainan ideologi politik.. jadi tak salah rasanya jika Tun diberikan peluang untuk menyiram air mawar itu..
Lagipun kita ni hanya orang bawahan.. banyak yang kita tak tahu apa permainan orang-orang atasan ni..
Mereka memang ahli politik sepenuh masa tapi mereka tidak berpolitik sepanjang masa...