Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

RM20Juta untuk perunding Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia?.. Mahathir sindir Muhyiddin..

$
0
0

Rabu lalu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan telah mempertahankan tindakan kerajaan menggunakan RM20 juta untuk dibayar kepada firma pakar runding antarabangsa bagi penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2012-2015.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, perbelanjaan RM 20 juta itu adalah kadar berpatutan kerana ia mengambil masa selama dua tahun untuk menyiapkan PPPM.

"Hal itu saya akan jelaskan kemudian namun saya percaya ia adalah terbaik kerana langkah yang diambil bukan secara persendirian tetapi ia lebih daripada itu," katanya..

Perkara ini sebelum ini telah dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Pakatan Rakyat yang mempersoalkan penglibatan perunding antarabangsa McKinsey and Co dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menurut jawapan Parlimen oleh Kementerian Pendidikan, firma itu dibayar RM20.56 juta untuk menyediakan dokumen itu.

Bagi anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, langkah itu hanya membazirkan wang pembayar cukai. 

Katanya, McKinsey adalah firma perunding pentadbiran umum yang didakwa tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan, terutamanya apabila dibandingkan dengan pasukan petugas untuk projek itu. 

"Setakat yang saya tahu, ini kali pertama perunding luar digunakan untuk mendraf rangka dasar pendidikan Malaysia dan dengan kos ini," kata Ong dalam sidang media di lobi Parlimen Selasa lalu..

Dan hari ini pula.. Mahathir menyindir Muhyiddin mengenai perkara ini...

RM20j tugas perunding? Saya pun boleh..  
Selepas kerajaan membelanjakan RM20 juta sebagai yuran perundingan bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sinis berkata beliau juga boleh melakukannya. 
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya petang ini, Dr Mahathir berkata, beliau pun boleh menjadi pakar tempatan, tapi tiada siapa yang mahu memberinya tugas tersebut. 
Beliau mengulas pertanyaan berhubung langkah kerajaan membayar sejumlah wang yang besar itu kepada McKinsey & Co untuk perkhidmatan perundingan ~ Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles