Rakaman CCTV ini menunjukkan seorang wanita sedang dibelasah di dalam lif telah dimuatnaik kelaman FaceBook oleh individu yang menggunakan nama Mohd Yunus AR.
Menurut beliau rakaman CCTV ini telah diperolehi dari pihak Hospital dengan tujuan untuk dijadikan sebagai bahan bukti bagi melaporkan kejadian kepada pihak Polis.
Video yang telah dimuat naik pada 13 Ogos 2013 ini sehingga kini telah dikongsi oleh lebih dari 5,000 individu di laman FaceBook.
Dalam rakaman ianya menunjukkan wanita malang ini telah dipukul berulang kali oleh seorang lelaki yang merupakan suaminya sendiri di hadapan dua orang anak kecil.
Punca kejadian masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun banyak pihak mengatakan tindakan lelaki ini terhadap wanita yang juga merupakan isterinya sendiri ini adalah tidak wajar sama sekali.
Meskipun wanita tersebut adalah isterinya, beliau tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa dikhalayak awam.
Tambahan pula tindakan memukul isterinya itu telah dilakukan di hadapan dua orang anak mereka yang masih kecil, yang pasti akan mendatangkan kesan psikologi terhadap dua kanak-kanak itu.
Menurut Mohd Yunus AR, beliau telah melaporkan kejadian di IPD Bandar Perda, Bukit Mertajam.
Anggota Polis yang bertugas telah mengambil laporan mengenai kejadian tersebut namun menegaskan tiada sebarang tindakan boleh diambil.
Kerana menurut Pegawai Polis itu kejadian adalah urusan rumah tangga dan disamping itu mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang kekal.
Harap kawan2 suma tonton video ni sampai abis dan tlg bg komen dan pendpat skit kat lelaki dayus yg pukoi kak aku ni. P repot polis polis kata tak leh ambik tindakkan pasai tk mendatangkan kecederaan kekal. Abg polis oi tkkan nk tgu kakak aku mati atau cacat br nk ambik tindakkan kot. Tlg share...and komen ~ Mohd Yunus AR
Bagaimanapun setelah video ini tersebar luas dilaman FaceBook dan juga Blog, pihak Polis telah memanggil wanita yang menjadi mangsa itu untuk diambil semula keterangan..
Thanks to all fb fren2 yg membantu dlm kes kakak saya. Untuk pengetahuan semua skrg kakak saya telah dpanggil balik untuk diambil kterangan semula dan mungkin ada tindakan susulan lepas ini. Tujuan saya post video ini bukanlah untuk memalukan sesiapa. Tp kami rasa agak terkilan apabila pegawai itu memberikan jawapan yg tidak munasabah dan mengambil sikap acuh tk acuh dlm mengendalikan satu kes. Jika benar pun polis tk buleh ambil tindakkan dlm kes seperti ini beliau harus memberitahu @ menasihati saluran mnkah yg sepatutnya kami pergi. Al maklumlah kami org kampung mana nk tau. Tau p balai polis jalah. Apa2 pun saya sekali lagi ingib mengucapkan ribuan terima kasih dah memohon maaf kepada semua yg mana yg saya tk sempat reply komen, mesej dan add fren. Rakyat malaysia memang perihatin. People power... ~ Mohd Yunus AR
Dan berikut adalah ulasan Ustaz Ahmad Fazrin Yahaya yang dipetik dari laman FaceBook beliau mengenai insiden ini..
DALAM suasana terkini yang hangat membincangkan tentang poligami, pagi ini saya dipertontonkan video dua minit lebih 'kebodohan' seorang suami yang begitu keras sehingga membelasah si isteri bertubi-tubi disaksikan dua pasang mata putera dan puteri mereka di dalam sebuah lif.
Walau apapun alasan yang si suami berikan bagi menghalalkan pukulan-pukulan kebinatangan itu, Islam tetap mengharamkannya.
Jangan sesekali menyelewangkan tafsiran ayat 34 Surah al-Nisaa' yang membenarkan pukulan untuk mengajar isteri yang nusyuz.
Terlalu banyak ayat ALLAH dan petunjuk Nabi SAW tentang kasih sayang dan tolak ansur yang wajib disemai di dalam rumahtangga berbanding hanya satu sahaja ayat yang membenarkan suami memukul isteri dengan syarat yang ketat.
Jelas melalui hadith Hajjatul Wadaa' yang diriwayatkan al-Tirmidzi bahawa dibenarkan memukul isteri setelah sabit nusyuudznya dengan ضَرْبًا غَيرَ مُبَرِّح pukulan yang tidak menyakitkan (iaitu ia bertujuan untuk mengajar dan islah).
Begitu juga terang panduan Nabi kepada Mu'aawiyah bin Haydah RA yang bertanya tentang hak-hak isteri sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, antaranya tidak dibenarkan memukul isteri di wajahnya juga tidak dibenarkan mencelanya.
Namun, jika beginilah (seperti di dalam video) reaksi suami jika benarpun ada di sana kesalahan dari pihak isteri, ia jelas merupakan satu tindakan tidak berakal.
Islam sentiasa ada solusi kepada apa jua permasalahan termasuk masalah rumahtangga.
Dan solusi Islami ialah sebaik-baik solusi bagi mereka yang berfikir.
Antara jalan penyelesaiannya ialah perceraian yang syarie.
Sungguh ia akan membawa hidup yang baru buat kedua suami dan isteri.
Sayangnya, kita sering malu tak kena pada tempat.
Lebih malu untuk bercerai sedangkan itulah syariah, tapi tidak malu untuk sering berperang mulut dan tangan serta kaki di hadapan anak-anak yang saya pasti perceraian yang syari'ie jauh lebih memberi kesan yang baik di dalam kehidupan mereka yang mendatang.
Menjadi penonton setia kepada gusti mulut dan tangan antara ibubapa mereka, akan memberi impak yang sudah pasti negatif apabila mereka meningkat dewasa kelak.
Inilah kesannya apabila urusan nikah cerai dipayahkan. Ia benar-benar menyiksakan.