Menurut sumber dari Barisan Nasional ini tawaran kepada Anwar untuk membentuk kerajaan Perpaduan ini sememangnya ada.. tapi kononnya tanpa pengetahuan Najib..
Jika dikatakan ianya adalah tanpa pengetahuan Najib, ianya adalah satu pembohongan dan boleh diangap sebagai langkah untuk menyelamatkan Najib dari menjadi mangsa sumpah seranah Tun Mahathir.
Sebabnya selain Khairy.. Anwar adalah musuh utama Tun Mahathir.. mana mungkin beliau benarkan Anwar kembali ke dalam kerajaan yang ada?
Tanpa pengetahuan Najib dikatakan satu pembohongan kerana apa yang telah ditawarkan kepada Anwar memerlukan kebenaran Najib untuk perlaksanaannya.. apa yang ditawarkan sila baca di ( SINI ).
Manakala sumber dari Pakatan Rakyat pula telah mengesahkan bahawa Anwar tidak pernah menyatakan perkara mengenai rundingan ini kepada Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat kecuali kepada beberapa individu dalam KeAdilan Cabang Permatang Pauh...
Kerajaan perpaduan: Inspirasi pembantu dan ahli perniagaan
Rundingan perdamaian yang dikemukakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentuk kerajaan perpaduan digerakkan oleh seorang setiausaha politik dan ahli perniagaan terkemuka dari Indonesia tanpa pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menurut satu sumber dari Barisan Nasional (BN).
Sumber memberitahu The Malaysian Insider, rundingan itu tidak mendapat persetujuan pemimpin tertinggi meskipun Anwar mengesahkan kepada portal berita Asia Sentinel bahawa bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla bertindak sebagai orang tengah.
“Ia dimulakan oleh seorang setiausaha politik dan ahli perniagaan terkenal Indonesia. Mereka mengambil berat terhadap masa depan Malaysia,” jelas sumber berkenaan.
Sumber lain mengesahkan rundingan itu manakala satu sumber dari Pakatan Rakyat (PR) memberitahu butiran rundingan itu hanya diketahui oleh Ketua Umum PKR.
The Malaysian Insider dimaklumkan kemungkinan pertemuan di antara Najib dan Anwar pada Jun lalu di Jakarta namun dinafikan oleh kedua-dua pemimpin itu.
Namun Anwar baru-baru ini mengakui ada usul perdamaian yang dikemukakan Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selepas BN menang 133 kerusi Parlimen kurang lapan kerusi berbanding PRU12.
PR mendapat undi popular 51 peratus namun gagal menawan Putrajaya, yang mengandaikan ada perbincangan kerajaan perpaduan sebulan selepas PRU13.
Dalam wawancara bersama Asia Sentinel, Anwar berkata usaha perdamaian diusulkan Najib namun beliau menyampaikan mesej melalui pengantara bahawa serangan Utusan Malaysia kepada kaum Cina dan India harus dihentikan sebelum apa-apa rundingan dibuat.
Anwar mengenakan syarat bagi mengurangkan ketegangan kaum di Malaysia.
“Saya menjelaskan isu pokok harus jelas, akhiri budaya rasis maka pasti wujud komitmen dan persefahaman untuk pembaharuan,” katanya.
Anwar masih belum menerima sebarang jawapan daripada Najib meskipun rundingan melalui Kalla berlalu beberapa minggu.
Sebelum ini, Kalla gagal dalam percubaan meraih perhatian kedua-dua pemimpin itu bagi menerima keputusan PRU13.
Tidak dapat dipastikan alasan Najib mencadangkan kerajaan perpaduan yang bakal mengundang kebencian Umno terhadap Anwar dan rakan-rakannya dalam PR.