Rupa-rupanya kaedah yang digunapakai oleh Perdana Menteri Norway, Jeans Stoltenberg ini sama dengan kaedah yang digunapakai oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak..
Umum mengetahui bahawa sebelum berlangsungnya PRU13 yang lalu untuk menunjukkan kepada rakyat yang membaca Utusan dan menonton TV3 bahawa beliau disokong oleh majoriti rakyat kaedah kerahan telah digunakan oleh Najib.
Untuk meramaikan hadirin dalam majlisnya Kakitangan Kerajaan, Pelajar Sekolah dan Pelajar IPTA serta IPTS akan dikerahkan untuk hadir beramai-ramai ke majlis yang dihadiri oleh Najib itu.
Bagi yang tak boleh dijadikan mangsa kerahan pula, upah terpaksa dibayar bagi meramaikan hadirin dalam majlis Najib itu..
Antara yang dilaporkan telah diupah ialah Imam-iman ( lihat di SINI ), Pesara Tentera ( lihat di SINI ) dan insiden yang memalukan bila yang diupah hanya menerima upah tetapi keluar beramai-ramai bila Najib berucap.. ( lihat di SINI ) dan banyak lagilah..
Jika Najib terpaksa membayar upah untuk mendapatkan hadirin yang ramai, Perdana Menteri Norway pula dilaporkan terpaksa membayar upah sebanyak 500 kroner (65 Euro atau AS$85) kepada penumpangnya..
Baca apa yang AFP laporkan ini..
Penumpang teksi PM Norway 'dibayar'
OSLO: Beberapa penumpang yang mengambil bahagian dalam rakaman video yang menunjukkan Perdana Menteri Norway menyamar sebagai pemandu teksi untuk mengetahui masalah pengundi, dilaporkan 'dibayar' untuk berbuat demikian.
Perkara itu diakui parti yang diketuai Perdana Menteri, Jens Stoltenbeg hari ini.
Hanya berbaki sebulan lagi sebelum pilihan raya umum di mana gabungan parti pemerintah diketuai Stoltenbeg diramalkan akan kalah, satu video disiarkan semalam menunjukkan Stoltenbeg memakai uniform pemandu teksi dengan berkaca mata hitam sambil mamandu teksi membawa penumpang di sekitar Oslo.
Video yang dipaparkan itu kemudian mencetuskan kekecohan di rangkaian laman sosial dan media.
Sejak berkuasa pada 2005, Stoltenberg menjelaskan pada awalnya beliau ingin bertemu rapat pengundi bagi mendengar keluhan mereka.
Namun hari ini, akhbar tabloid, Verdens Gang (VG) mendedahkan, lima daripada 14 penumpang yang dirakam kamera tersembunyi di dalam teksi berkenaan adalah mereka yang sudah terpilih menerusi panggilan undian.
“Mereka adalah lima orang awam yang ditanya sama ada mahu menyertai rakaman video Parti Buruh yang tidak mengetahui apa-apa melainkan mereka akan memasuki sebuah teksi," kata jurucakap parti, Pia Gulbrandsen.
“Saat spontan itu adalah semula jadi apabila mereka mengetahui bahawa pemandu teksi berkenaan adalah Perdana Menteri," kata jurucakap itu.
Lima penumpang berkenaan setiap seorang menerima 500 kroner (65 Euro atau AS$85) sebagai 'tanda terima kasih'." kata Parti Buruh.
Tiada seorang penumpang dikehendaki membayar tambang mereka kerana Stoltenberg tidak mempunyai permit sebagai pemandu teksi.
Tinjauan pendapat menunjukkan Stoltenberg masih jauh tertinggal untuk mendapatkan sokongan pada pilihan raya umum 9 September depan dan video berkenaan juga tidak mencukupi bagi membantunya meningkatkan undi. - AFP
Macai UMNO tentu berbanggakan.. sebab selama ini Najib sering dituduh meniru kali ini idea Najib pula ditiru..