Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Polis gesa henti mengarak bendera parti dengan motosikal, macam macai ni kot?

$
0
0
Bernama melaporkan.. Polis mengingatkan para penyokong parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut agar berhenti mengarak bendera parti dengan bermotosikal.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pemantauan polis mendapati ada segelintir remaja yang terlibat membantu kempen parti-parti secara berkonvoi dengan motosikal sambil mengibarkan bendera parti masing-masing.

"Mereka bermotosikal secara berkumpulan dengan membawa bendera-bendera parti yang besar yang boleh mengganggu ketenteraman dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini.

Beliau juga meminta penganjur dan penceramah parti supaya mematuhi tempoh had masa berkempen iaitu tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.


Berkonvoi dengan motosikal sambil mengibarkan bendera parti macam macai ini rasanya..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417