Dalam meneruskan agenda memperbodohkan rakyat, Ketua Penerangan UMNO yang juga telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan oleh Najib mendakwa Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya.
Ahmad Maslan yang juga telah dilabel sebagai 'Goblok' oleh kebanyakkan Blogger Pro UMNO yang kecewa kerana telah tidak diupah untuk bertugas dalam kempen PRK Kuala Besut berkata harga murah itu hasil pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.
Baca dulu apa yang Bernama laporkan ini dan di akhir laporan disertakan carta harga minyak seluruh dunia pada bulan julai 2013 dan carilah sendiri dimana kebudukan Malaysia..
Ini laporan dari Bernama..
Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Jual Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat
KUALA LUMPUR: Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Beliau berkata harga murah itu hasil pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.
"Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini Rabu.
Ahmad berkata kerajaan telah memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel dan 90 sen untuk setiap liter petrol RON95.
Katanya, untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter bukan RM2.74 manakala untuk petrol RON95 pula rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter.
"Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON 95 sepatutnya RM2.80 seliter," katanya.
Menurut beliau, gas memasak juga tidak terkecuali menerima subsidi yang besar di mana bagi tong gas memasak seberat 14 kilogram, rakyat membeli pada harga RM26.60 setong berbanding harga yang sepatutnya dijual adalah RM47.46 setong.
"Ini bermakna kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20.80 setong," katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menafikan berlakunya penyeludupan minyak ke negara jiran adalah disebabkan harga minyak yang murah di Malaysia.
Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menangani masalah penyeludupan minyak
Ini adalah carta yang dimaksudkan itu..
Sumbernya dari SINI |
No. Lapan?? kepala hotak dia..