Pakatan Rakyat dan pemimpin NGO akan berkumpul di tujuh tempat di Kuala Lumpur pada Sabtu sebelum bergerak ke Padang Merbok untuk acara perhimpunan ‘Black 505'.
Tempat-tempat itu:
Brickfields - dipimpin oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan pemimpin BERSIH Maria Chin Abdullah
Masjid Negara - dipimpin oleh anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali
Jalan Pudu - dipimpin oleh Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai, setiausaha organisasi parti Anthony Loke dan pemimpin kumpulan anti-Lynas leader Wong Tack
Jalan Raja Laut (pejabat PAS) - dipimpin oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan timbalab presiden Mohamad Sabu
Jalan Raja Laut (Sogo) - dipimpin oleh Naib Presiden PKR Tian Chua dan NGO bekas-bekas pesara tentera
Universiti Malaya - dipimpin oleh aktivis mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan
Pekeliling - dipimpin oleh Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub dan NGO ANAK
Menurut Tian Chua Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara yang bermula selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu akan diteruskan dan tidak akan tamat selagi kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berundur.
Naib Presiden PKR Tian Chua berkata demikian dalam wawancara semalam.
"Saya tidak rasa SPR boleh bertindak menentang hasrat rakyat. "Lima tahun lalu, orang ramai beritahu saya bahawa kerajaan tidak akan sekali-kali memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi akhirnya mereka buat," katanya ketika ditanya tentang penolakan berulang kali pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap gesaan meletakkan jawatan.
"Kita sampai tengah malam di Parlimen untuk meluluskan undang-undang pilihan raya, yang dipersetujui kedua-dua pihak, yang jelas menyebut dakwat kekal mesti tahan tujuh hari.
"SPR kemudian dengan senang-senang melanggar undang-undang itu," katanya, empat hari sebelum perhimpunan besar mempertikaikan keputusan pilihan raya di Padang Merbok Kuala Lumpur
~ Malaysiakini