Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pernah dilaporkan turut serta dalam mesyuarat Kementerian Kewangan yang menyediakan belanjawan negara.
Dan menjelang Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, beliau juga telah dikatakan memainkan peranan yang besar dengan menentukan sipakah yang layak untuk menjadi calon bagi Barisan Nasional dalam PRU itu..
Bagaimanapun beliau telah menafikannya katanya "Menjelang PRU ini saya telah banyak difitnah dan ditohmah... inilah yang saya rasa sebagai isteri pemimpin negara dan perkara itu sememangnya tidak boleh dielakkan.
"Antara yang saya dengar, ada pihak yang bercakap saya masuk campur dalam pemilihan calon...itu tidak benar kerana kalau saya masuk campur pasti saya tahu siapa yang dicalonkan atau digugurkan,"
Meskipun beliau menafikan peranan besar itu, akhbar milik MCA iaitu The Star telah menobatkannya sebagai wanita paling berkuasa di Malaysia..
Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menggungguli senarai "10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia" yang dimuatkan di the Star hari ini.
Dalam senarai yang tidak dinyatakan dikeluarkan oleh pihak mana itu, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhbar Aziz mengikuti rapat di tempat kedua.
Tiga pemimpin Pakatan Rakyat turut termasuk dalam senarai itu, iaitu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kedudukan kelima), anggota Parlimen Subang Jaya Hannah Yeoh (keenam) dan anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (ketujuh).
Muncul di halaman 5 akhbar milik MCA itu, senarai itu yang disiarkan penuh satu muka, tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia berbentuk advertorial atau sebahagian daripada kandungan redaksi.
Menurut keterangannya, senarai itu dipilih daripada 1,000 calon merangkumi tujuh kategori iaitu kekayaan, perniagaan, gaya hidup, NGO dan kesukarelaan, politik serta teknologi.
"Untuk menentukan kedudukan antara setiap kategori, dan kedudukan keseluruhan dalam senarai 10 teratas, kami menggunakan tiga kayu ukur: wang, kemunculan di media dan impaknya," menurut keterangannya ~ Malaysiakini
Hmmm.. apa agaknya yang dimaksudkan dengan Wanita Paling Berkuasa di Malaysia itu?.. mungkin kerana beliau menguasai lelaki paling berkuasa di negara ini kot...