Ogos 2012 Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (Philip Morris) telah menjangkakan cukai rokok akan meningkat sebanyak 1 sen sebatang pada tahun 2013 menerusi pembentangan Bajet 2013 pada 28 September lalu.
Ketika itu cukai rokok yang dikenakan kerajaan adalah 22 sen sebatang, rentetan dari peningkatan cukai itu ianya akan menjadikan cukai yang dikenakan terhadap setiap batang rokok ialah 23 sen..
Pengarah Perhubungan Korporat Philip Morris, Richard James berkata, peningkatan cukai rokok itu dilakukan berikutan fokus kerajaan kini terarah untuk membendung penyeludupan bahan berkenaan.
Dan hari ini British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan tiga peratus bagi harga semua jenama rokoknya berkuat kuasa 3 Jun, 2013.
Alasannya.. "Sama seperti semua syarikat lain, BAT Malaysia berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi".
Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok haram (pada 2012 berada pada 34.5 peratus), katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ni sikit info dari Wikipedia untuk dikongsi bersama..
Tahukah anda rokok dihisap oleh lebih 1.1 bilion orang di dunia ini? Walaupun kadar merokok telah mendatar atau menurun di negara-negara maju, namun di negara-negara membangun penggunaan tembakau terus meningkat pada kadar sekitar 3.4% setahun.
Daripada jumlah perokok dunia, 51% adalah lelaki dan 49% wanita dilaporkan menjadi perokok harian. Orang dewasa muda adalah kumpulan umur yang paling berkemungkinan untuk merokok, dengan penurunan ketara dalam kadar merokok dengan peningkatan usia.
Perokok terbesar di dunia adalah di Greece berdasarkan penggunaan rokok per kapita di mana purata seorang perokok di negara itu menghabiskan sebanyak 3017 rokok setahun.
Malaysia pula berada di ranking ke-71 dengan seorang perokok menghabiskan 646 batang rokok dalam setahun ~ Graf lihat di SINI
Lepas tu baca laporan dari Berita Harian yang disiarkan pada 21November 2011 ini..
Lebih lima juta perokok tegar di negara ini, termasuk mereka yang merokok sejak bangku sekolah membelanjakan kira-kira RM15 juta sehari untuk membeli bahan itu bagi melepaskan ketagihan.
Perangkaan itu didedahkan Pakar Perubatan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof Zulkfli Ahmad, menerusi syarahan umum sempena pelantikannya sebagai Profesor yang menjalankan kajian berhubung Pengawalan Tembakau di Malaysia: Antara Ekonomi, Politik, Agama dan Kesihatan sejak 1986.
“Pertambahan bilangan perokok remaja dan lelaki dewasa serta wanita di seluruh negara menunjukkan budaya merokok masih sukar dibuang meskipun pelbagai kempen dilancarkan Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan (NGO).
“Jumlah perokok di negara ini juga berada pada tahap membimbangkan, malah kira-kira 10,000 kematian setahun dikesan akibat daripada tabiat merokok dicatatkan hasil kajian ini, malah ini menunjukkan sikap rakyat negara ini masih memandang remeh terhadap kesan ketagihan rokok dan kempen antimerokok dijalankan kementerian,” katanya selepas membuat syarahan umum berhubung hasil kajiannya itu, di sini, semalam.
OK.. 5,000,000 orang perokok tegar menghisap 646 rokok setahun, oleh itu jumlah rokok yang dihisap oleh 5,000,000 itu bersamaan dengan 3,230,000,000 batang rokok..
Cukai yang dikenakan oleh Kerajaan bagi setiap batang rokok ialah 22 sen pada tahun 2012 menjadikan jumlah cukai dari rokok yang dikutip oleh Kerajaan ialah 71,060,000,000 Sen..
Dengan peningkatan lagi 1% cukai rokok ini akan menjadikan jumlah cukai ialah 23 sen bagi setiap batang 74,290,000,000 sen..
Perbezaan antara 1% itu.. 74,290,000,000 tolak 71,060,000,000 sama dengan 3,230,000,000 sen.. dalam Ringgit lebih kurang RM32,300,000
Weiii... banyak tu.. pandai jugak Najib ni cari duit ya.. cuma yang tak bagusnya ialah dia perah rakyat lagi.. kali ini yang menjadi mangsa ialah perokok..
Betul ke apa yang aku kira tu?.. kalau tak betul tolong betulkan...