Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Najib tak jadi mai Penang esok?.. betoika?

$
0
0

Setelah heboh dicanang Media UMNO ke seluruh negara, Perdana Menteri DS Najib dikatakan tidak akan hadir ke satu majlis yang dirancang sebegitu lama di Pulau Pinang esok.

Maklumat ini disahkan sendiri menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan anak syarikat Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), UDA Land (North) Sdn. Bhd., yang menyebut majlis pecah tanah pembinaan Warisan Tanjong di Tanjong Tokong yang sepatutnya dirasmikan Najib esok, terpaksa dibatalkan kononnya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Surat yang bertarikh 3 Disember lalu yang ditandatangani Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn. Bhd., Kamarudzaman Mohd Zain itu baru tersebar di laman sosial.

Dalam surat empat perenggan itu, Kamarudzaman tidak menyatakan secara terperinci sebab-sebab pembatalan majlis tersebut, tetapi dipercayai skandal penipuan penjualan tanah oleh beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang yang diketuai timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri, Musa Sheikh Fadzir adalah di antara penyebab utamanya.

Sambil 'memohon maaf dan dukacita' di atas pembatalan majlis tersebut, Kamarudzaman dipercayai sudah mengarahkan kakitangan UDA yang dikerah hadir menyambut Najib di majlis pecah tanah tersebut supaya membatalkannya serta-merta ~ Jalan Pulang

Mungkin Najib batalkan sebab dia tahu Ustaz Azhar Idrus pun ada program di Pulau Pinang maghrib esok kot? ( Banner lihat di SINI )

Kalau dia buat juga hanya penjilat-penjilat dia dari UMNO saja yang datang apa faedahnya.. buang masa!!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417