Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Utusan akan disaman lagi oleh Guan Eng!!

$
0
0

Kalau tadi korang dah baca pasal PapaGomo disaman RM10 Juta oleh Husam Musa..( SINI ) Ini pula tentang Lidah Rasmi UMNO yang sekali lagi akan disaman oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menyiarkan laporan berbentuk fitnah..

Berapa Juta RM aku tak tahu.. pasal Andrew Yong, Pegawai Undang-undang Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang tak bagitahu berapa Juta pula saman akan dikenakan terhadap Lidah Rasmi UMNO itu..

Ini kenyataan medianya..

Utusan Malaysia Akan Disaman Kerana Menyiarkan Berita Bersifat Fitnah Jahat Bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Menerima Rasuah Termasuk Menyewa Rumah Daripada Pengarah Kuala Lumpur Interntional Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengarahkan peguamnya untuk memfailkan saman malu terhadap penerbit Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita fitnah jahat bahawa beliau menerima rasuah.

Dalam Utusan Malaysia hari ini dan sebelum ini, suratkhabar milikan UMNO itu turut menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin, bahawa Ketua Menteri Lim telah menerima rasuah seperti berikut:-

“Guan Eng perlu faham rasuah juga merangkumi skop penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah seperti banglo mewah yang disewanya daripada seorang pengarah berkepentingan dalam KLIDC belum terjawab”

Sebelum ini, Shaik dan BN telah menyatakan bahawa Ketua Menteri menerima rasuah wang daripada KLIDC; kini pula Shaik pusing dan menyatakan bahawa Ketua Menteri menyewa rumah daripada pengarah KLIDC.

Ini pun adalah suatu fitnah dan kenyataan palsu yang bertujuan menjatuhkan imej, kedudukan dan kerjaya politik Ketua Menteri.

Rumah yang disewa oleh Ketua Menteri tidak dimiliki oleh pengarah ataupun pemegang saham KLIDC.

Tuanpunya rumah sewa Ketua Menteri tidak pernah membuat pembidaan pun ke atas tanah yang dimenangi oleh KLIDC secara tender terbuka, baik secara individu peribadi mahupun menerusi mana-mana syarikat sebagai pemegang saham atau ahli lembaga pengarah.

Fitnah jahat Shaik dan Utusan Malaysia semata-mata suatu rekaan kosong demi mencapai niat jahat politik menjelang pilihanraya besar yang akan datang.

Saman malu akan difailkan ke atas Utusan Malaysia dan Shaik demi membolehkan Ketua Menteri membuktikan bahawa beliau adalah bersih dan tidak menerima rasuah daripada KLIDC.

Macam mana KLIDC boleh mendapat sebarang kelebihan, keutamaan atau faedah memandangkan bahawa tender terbuka dijalankan secara kompetitif dan diiklankan di suratkhabar termasuk yang dimiliki oleh BN, dan harga tender tertinggi sahaja yang dipilih?

Saman malu yang akan difailkan terhadap Shaik dan Utusan Malaysia akan menunjukkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan menunduk kepada desakan pertubuhan rasis UMNO, dan tidak takut akan UMNO dan Utusan seperti parti-parti komponen BN, MCA, Gerakan dan MIC.

Betapa hilang kredibiliti Shaik dan UMNO dibuktikan apabila Shaik gagal menepati janji meminta maaf kepada Ketua Menteri sebelum ini kerana membuat dakwaan palsu bahawa Lim dalam ucapannya dalam jamuan makan malam DAP di Pulau Pinang pada Mac 2012 telah menunjukkan bahawa beliau tidak memerlukan sokongan kaum India.

Apabila video ucapan Ketua Menteri jelas menunjukkan bahawa beliau telah meminta sokongan daripada kaum India, Shaik enggan mengakui dan meminta maaf seperti yang dijanjikan atas fitnah dan pembohongannya.

Itulah sebab cara yang paling baik untuk menentang fitnah pemimpin UMNO yang cakap tak serupa bikin adalah dalam mahkamah supaya bukti dapat diberikan secara hitam putih tanpa sebarang keraguan.

Lim Guan Eng

**Kenyataan Akhbar Andrew Yong, Pegawai Undang-undang Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, di George Town pada 7.12.2012**

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417