Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all 9417 articles
Browse latest View live

Rosmah lancar kapal latihan TLDM sambil diperhatikan Zahid Hamidi..

$
0
0

Setelah menunjukkan penguasaannya terhadap pemimpin UMNO dari Melaka dengan menjadikannya sebagai pencacai untuk membaca teks ucapannya ( baca di SINI ), Rosmah melancarkan kapal perang pula.

Baca dan fahami apa yang sebenarnya tersirat dari laporan ini..

BANTING 14 Dis - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini telah menamakan seterusnya melancarkan Kapal Latihan Gagah Samudera di Limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang.


Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diberi nama Gagah Samudera sebagai kesinambungan kepada Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera dimana 'samudera' merupakan identiti bagi kapal latihan milik TLDM.

Kapal Latihan Gagah Samudera ini mempunyai spesifikasi 75.9 meter panjang dengan berat metrik 1366 tan metrik serta mampu menempatkan seramai 47 orang krew dan 60 pelatih pada setiap kali pelayaran.


Turut hadir pada majlis penamaan & pelancaran kapal latihan tersebut ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Pengerusi Eksekutif NGV Tech Sdn Bhd, Datuk Zulkifli Shariff.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar dalam ucapannya berkata, Gagah Samudera merupakan kapal pertama daripada dua buah kapal yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia melalui kontrak perolehan dengan NGV Tech.

"Selain itu, kapal latihan ini juga telah menggunakan kepakaran & kemahiran anak-anak tempatan dengan kerjasama daripada syarikat Daewoo Shippbuilding dan Marine Engineering (DSME) dari Korea Selatan.

"Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan kebolehan tinggi syarikat NGV Tech di Sijangkang ini, sekaligus mencerminkan perkembangan industri pembuatan kapal negara semakin kukuh bertapak," katanya lagi.

Selain itu, kapal latihan yang kedua akan dinamakan dan dilancarkan pada hujung bulan Januari tahun hadapan. ~ KLPos

Majlis ini telah dihadiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohd.

Jika melancarkan sebuah Kapal Perang dianggap sebagai satu penghormatan, Isteri Tun Mahathir adalah individu yang lebih layak melancarkannya..

Kerana beliau adalah Isteri kepada Mantan Perdana Menteri yang banyak berjasa membangunkan negara ini disamping mengkayakan kroni dan anak-anaknya..

Tetapi kenapa agaknya Rosmah yang hanya merupakan isteri Perdana Menteri yang entah apa jasanya kepada negara diberikan laluan oleh Zahid Hamidi untuk menamakan dan melancarkan Kapal Perang tersebut..

Sebagai satu penghormatan atau terpaksa memberi laluan agar nama dikekalkan untuk bertanding dalam PRU13 nanti??

Atau adakah Rosmah Mansor akan turut bertanding dalam PRU nanti?

PERKASA dedahkan Pakatan Rakyat akan beli Ahli UMNO untuk lompat parti.. err.. boleh percaya ke?

$
0
0

Ini adalah maklumat yang diterima dari sumber dalaman Pakatan Rakyat kata Ketua Penerangan Perkasa Tn Hj Ruslan Kasim.

Menurutnya pada masa ini pihak Pakatan masih lagi diperingkat mengenalpasti kumpulan sasar atau individu individu tertentu dalam UMNO dan BN yang mereka jangka akan kecewa apabila tidak dipilih menjadi calon pada PRU 13.

Mereka akan ditawarkan dengan wang ringgit untuk melakukan samada kegiatan sabotaj atau lompat parti.

Wahhh.. banyak duit rupanya Pakatan Rakyat ni.. sampai boleh nak bayar ahli UMNO/BN untuk sabotaj BN... ha..ha..ha.. boleh percaya ke kata Roslan Kassim tu??

Yang kita tahu selama ini UMNO/BN yang buat kerja macam tu..

Yang aku dengar pulak.. agen-agen UMNO/BN sedang cuba menghampiri Petugas-petugas PACA dari Pakatan Rakyat untuk dibeli pada PRU ini..

OK.. aku dah bagitahu.. kalau pemimpin Pakatan Rakyat masih tak peduli lantaklah..

Ini laporan berkaitan..

Pakatan Pembangkang sedang merangka untuk ‘membeli’ ahli UMNO dan BN yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calun.

Ketua Penerangan Perkasa Tn Hj Ruslan Kasim berkata beliau ingin mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat telahpun mewujudkan satu dana khas dengan tujuan untuk membiayai kegiatan sabotaj dan lompat parti di kalangan ahli UMNO dan BN yang kecewa menjelang PRU 13 akan datang.

Mengikut maklumat yang di terima dari sumber dalaman, pada masa ini pihak Pakatan masih lagi diperingkat mengenalpasti kumpulan sasar atau individu individu tertentu dalam UMNO dan BN yang mereka jangka akan kecewa apabila tidak dipilih menjadi calon pada PRU 13.

Mereka akan ditawarkan dengan wang ringgit untuk melakukan samada kegiatan sabotaj atau lompat parti. Pilihan raya umum ke-13, yang kini menjadi perhatian banyak pihak, kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh 4 bulan terakhir ini – dan selewatnya sebelum berakhir bulan April 2013 dan setiap parti sekarang ini sedang didalam persiapan untuk menghadapi pilihan raya.

Ruslan Kasim juga berkata “bahawa Pakatan Rakyat sanggup memberi kumpulan sasar ini bayaran yang amat lumayan. Pembayaran akan dibuat melalui Suaram dengan menggunapakai dana yang diterima dari pihak asing”.

Sudah terang lagikan bersuluh demi untuk mendapatkan kuasa dan bertahta di Putrajaya maka Pakatan Rakyat akan berbuat apa sahaja dan sanggup membayar berapa sahaja harganya asalkan matlamat ke Putrajaya yang menjadi impian mereka tercapai.

Inilah namanya matlamat menghalalkan cara yg menjadi amalan pemimpin Pakatan Rakyat. Kata Ruslam Kasim yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan PKR ~ PERKASA

GEMPAR!! Gara-gara menyokong PAS, Pegawai Polis ini diugut dan ditukar ke Sarawak..

$
0
0

Selama ini kita hanya mendengar ada anggota Polis yang menyokong Pakatan Rakyat namun begitu apa yang kita lihat tindakan mereka adalah sebaliknya.

Cuma setelah bersara barulah mereka berani secara terbuka menyatakan pendirian mereka padahal Artikel 10 jelas menyatakan rakyat Malaysia BEBAS memilih dan menyokong mana mana PART POLITIK yang mereka suka.

Dan mereka yang bertugas sebagai anggota Polis juga adalah sebahagian dari rakyat Malaysia oleh itu mereka tidak dikecualikan dari artikel 10 itu.

TETAPI kini.. seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah anggota Polis dengan beraninya menyatakan pendiriannya menyokong Pakatan Rakyat dan akibatnya beliau telah menerima ugutan.

Dari apa yang ditulis di laman FaceBook miliknya beliau mendakwa telah sekali lagi diugut oleh pihak atasannya dengan ugutan akan ditukarkan ke Sabah atau Sarawak jika terus menyokong Pakatan Rakyat, surat ugutan itu telah diletakkan di atas mejanya.

Walaubagaimanapun beliau bertegas tidak akan berganjak walau seinci pun pendiriannya terhadap sokongan saya kepada Pakatan Rakyat khususnya parti PAS,,,walau diugut bunuh sekali pun.

Tambahnya lagi “tahniah kepada boss dibalai tempat saya bertugas kerana sedia memuaskan nafsu menteri dalam negeri,,”


Tambahnya lagi “ Jangan saudara-saudara semua ingat kami makan dengan PDRM kami takut untuk bersuara, kami juga ada hak sebagai rakyat Malaysia.. cukuplah kami semua sudah tidak mahu jadi anjing Barisan Nasional”

Dengan secara terbuka beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menolak UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti…


TAHNIAH diucapkan kepada beliau kerana berani dan tegas dalam menyatakan pendiriannya meskipun ada risiko yang bakal dihadapinya selagi UMNO/BN kekal berkuasa..

Namun begitu sebagai seorang yang berugama Islam, kita sewajarnya berpegang kepada "Hidupku, Matiku dan juga Rezekiku hanya Allah yang menentukan.. bukannya pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang tentukan"..

Kan aku dah kata... Jangan label Polis sebagai Anjing UMNO... bukan semua suka dengan pemimpin-pemimpinUMNO tu..


By the way.. ini link FB Noshashimah ( SINI )

Bro.. cari cara lain lah nak provoke.. cara ni nampak sinonim sangat dengan UMNO..

$
0
0

Dulu semasa Muktamar Tahunan PAS ke-58 berlangsung di Kota Bharu, Kelantan, sehelai kain rentang berbau provokasi terhadap Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar digantung oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai pencacai UMNO.

Kain rentang itu telah digantung di sebuah gelanggang tenis berbunyi "Nurul Izzah Apa Maksud Kamu? Kebebasan Beragama Sepatutnya Dipakai Samarata - Dari Dewan Pemuda PAS Kelantan" itu sejak awal pagi semasa muktamar bermula.


Malangnya ayat yang terpapar pada kain rentang di atas adalah sama dengan ayat yang tertera pada kain rentang yang di bawa oleh pencacai-pencacai UMNO semasa melakukan demo terhadap Nurul Izzah.. (lihat di SINI)

Hari ini pula sempana dengan Kongres DAP Peringkat Kebangsaan ke-16 di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA).. provokasi yang sama juga dilakukan.

Tetapi ianya bukanlah melaga-lagakan antara DAP dan PAS ataupun DAP dan PKR, tetapi ianya satu banner yang cuba melaga-lagakan sesama pemimpin DAP..

Yang lebih menarik pula ialah hanya pencacai UMNO yang menyedari adanya kain rentang seperti ini telah digantung..

Dua kain rentang telah digantung, tujuan ianya dibuat dua ialah untuk lebih menyakinkan orang ramai bahawa kain rentang itu telah digantung oleh ahli-ahli DAP sendiri..

Ini kain rentang yang pertama.. aku rembat dari blog Pro UMNO yang utama di Pulau Pinang ini..


Nampak tak apa yang tertera pada kain rentang itu?.. Total Income stated there la..

Selama aku terlibat dengan kerja-kerja menyediakan kain rentang untuk majlis Pakatan Rakyat terutamanya PKR ni tak pernahlah aku buat kerja bodoh macam tu.. meletakkan jumlah pendapatan pemimpin pada kain rentang..

Dan ini pula adalah kain rentang yang kedua.. ianya jelas melaga-lagakan sesama pemimpin DAP..


Dan ini kata seorang ahli DAP yang aku temui di pintu masuk PISA tadi bila aku tunjukkan gambar ini..

"Bro.. please told that's UMNO moron, we are not so stupid as what they think laa...".. "find other way to provoke ..."

Fuh!! nasib baik dia bagi tahu aku yang pencacai UMNO itu bodoh.. kalau tak sampai hari ni aku tak tahu... ha..ha..ha..

Betul kata ahli DAP tu.. cari cara lain lah nak provoke Bro.. cara ni dah sinonim sangat dengan UMNO..

TV3 dah mohon maaf... Mazidul bila lagi?

$
0
0

Pihak TV3 memohon maaf kerana tidak memuatkan kenyataan "Ini Bukan Aksi Sebenar". Sewaktu paparan visual segmen berkenaan disiarkan.

TV3 juga ingin menjelaskan bahawa wartawan yang berkenaan, Mazidul Akmal Sidik, sama sekali tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak apabila membuat komentar mengenai kelajuan kedua-dua penunggang motosikal terbabit.

Akhirnya penerbit Majalah 3 dan TV3 mengambil tindakan yang betul kerana memohon maaf secara umum berkaitan isu lakonan aksi pelesit jalanan oleh penunggang Superbike dalam Majalah 3 minggu lalu.

Kenyataan ini disiarkan sejurus sebelum bermulanya siaran Majalah 3 15 Disember 2013.

Menurut kenyataan TV3, "Ini Bukan Aksi Sebenar" adalah tidak benar kerana pada waktu siaran Majalah 3 minggu lepas, terang-terang Mazidul berkata "ini aksi dua penunggang motorsikal berkuasa tinggi yang sempat kami rakamkan.."

Bukan begini cara nak menghalalkan perlaksanaan AES. TV3 sepatutnya mengambil satu tempoh masa yang lama untuk menyiapkan program yang berkaitan dengan perlaksanaan AES ini.

Umum tahu bahawa pengguna jalan raya di Malaysia ini ramai yang kurang berdisplin, TV3 seharusnya bersabar dalam soal merakam aksi yang sebenar.

Bukannya mengupah 2 orang pelakon bagi memenuhi kehendak penerbit.

Sabtu yang lalu, wartawan Majalah 3 Mazidul Akmal Sidek telah membuat satu laporan berkaitan dengan “AES” dalam salah satu slot di Majalah 3.

Malangnya, laporannya itu mendapat kritikan daripada orang ramai terutamanya kalangan penunggang superbike dan juga penonton setia Majalah 3~ UtaraNews

Video mengenai aksi tersebut sila lihat di ( SINI )

Gambar dari Himpunan Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang.. 860 orang hadir!!!

$
0
0

Ketika memberikan ucapan Tuan Haji Mohd Sabu telah mengumumkan jumlah yang hadir di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang ini, jumlahnya ialah 860 orang yang hadir.


Jumlah kehadiran itu  menurut beliau adalah berdasarkan teori yang digunapakai oleh Utusan dan lain-lain media tunggangan UMNO/BN dalam melaporkan jumlah kehadiran dalam sebarang program Pakatan Rakyat.


Dipercayai teori tersebut telah dicipta oleh Menteri apa benda tah.. lupa pulak dah.. Rais Yatim


Meskipun padang hampir bertukar menjadi bendang akibat hujan lebat pada sebelah petangnya, yang hadir terpaksa berdiri kerana padang yang basah..

Harakahdaily melaporkan kira-kira 15,000 orang telah hadir..

NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam tadi.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu ~ Harakahdaily

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pulau Pinang semalam..


Lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )

Artis Rock yang menyokong UMNO buka Kelab Malam?

$
0
0

Aku dan MiLo SuaM pernah menulis dan menyiarkan satu laporan pendek bersama video tentang penafian Awie bahawa beliau telah menyertai UMNO suatu masa dulu..

Aku tulis di ( SINI ) dan MiLo SuaM tulis di ( SINI )..

Malangnya ada pencacai UMNO yang mengatakan aku dan MiLo Suam rasa tercabar apabila artis mula menunjukkan sokongan kepada UMNO yang sememangnya paling berjasa dan terus berjasa menjaga agama bangsa dan negara kita kononnya..


Tambah pencacai itu lagi.. "Jelas hakikatnya Awie menyokong UMNO apabila menyertai program anjuran Pemuda Umno Malaysia bukan sebaliknya seperti dakwaan mereka."

 Ini printscreen blog Pencacai UMNO itu..


Oleh kerana dia bangga sangat Awie menyokong UMNO..Nah!! Ambik kat hang!!

Artis Rock yang menyokong UMNO buka Kelab Malam?


Pusat hiburan tersebut dinamakan Malai Rock Station Bistro ianya menyediakan minuman keras dan sebagainya.


Ada sumber yang mendakwa Awie berada di tempat tersebut hanya untuk menyambut hari jadi dan meraikan pertandingan ratu cantik.

Ada juga yang mendakwa beliau sedang merasmikan kelab malam yang baru dibuka itu.

Dan ada pula yang mendakwa kelab tu AWIE YANG PUNYA...





Menurut sumber, gambar diambil ketika majlis hari jadi dan pertandingan pakaian tercantik.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhh, lawa lawa aweks2 tu ehk.. Dah nama majlis kat kelab malam, takkan minum air sirap je kot? Takpun air teh panas? Cuba tengok anak sape yg datang tu.. Cina? Melayu? India? Anak korang ada x? Baik korang tengok bebetul..

Kita tunggu jawapan dari Awie sendiri mengenai gosip ini.

~ Sumber info : Era Pasca

Sebab kakitangan CIMB piket didedahkan!! (Video Inside)

$
0
0

Berikut adalah sebab yang telah disenaraikan oleh pihak NUBE menjelaskan mengapa mereka telah mengadakan piket di hadapan CIMB Bank Berhad, Menara MBC, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 Disember 2012 lalu.

Antara sebab utamanya ialah adik Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia, Nazir telah melakukankan pencabulan serius terhadap hak-hak asasi manusia dan hak-hak pekerja bersama barisan pengurusan bank miliknya yang tidak profesional, tidak beretika dan penuh dengan penipuan.

Ketika penyelesaian pertikaian pada tahun 2007, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB, Dato' Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak pernah memberi jaminan kepada NUBE bahawa beliau dan kumpulan pengurusan bank sentiasa mendukung dan mengamalkan prinsip-prinsip layanan yang adil dan saksama, kejujuran, profesionalisma dalam semua urusan berkaitan pekerja termasuklah menghormati dialog sosial.

Bertindak secara bertentangan dengan jaminan yang telah diberikannya sejak empat (4) tahun lalu, Nazir bersama barisan pengurusannya membuktikan “a leopard can’t change its spots”. Pelbagai penipuan dan pencabulan telah dilakukannya sepertimana di bawah;

1. Pengurus-pengurus (RDs) memanipulasi Sistem Pengurusan Prestasi (PMS) dan menukar penaksiran penilaian tanpa sebarang justifikasi. Manakala Nazir hanya membiarkan penipuan ini terus bermaharajalela.

2. CIMB membayar RM70, bayaran yang tidak seberapa sebagai Bonus Prestasi PMS untuk sebahagian para pekerjanya tetapi mampu membelanjakan USD6.1 juta untuk ‘Golf - CIMB Classic 2012’ dan pelbagai bantuan dan tajaan lain demi memasyhurkan nama CEOnya.

3. Ketua CIMB Auto Finance, Abdul Karim Md Lasim menerima sogokan berbentuk ‘hadiah’ daripada pegawai bawahannya yang membeli ‘hadiah’ tersebut menggunakan wang dana kakitangan. Malangnya, Bro Afandie Md Ali yang mempersoalkan penggunaan dana tersebut pula yang dipecat.

4. Nazir mencabul Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE dengan menggalakkan dan membiarkan barisan pengurusnya terus mengabaikan prosedur aduan rasmi (grievance).

5. Sis Norlaily Mat Loddin yang berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan hamil 4 bulan telah dijerit, dimarahi dan diugut oleh Pengurus Cawangan, Amiruddin Hanuddin di hadapan para pelanggan dan rakan-rakan sekerjanya apabila enggan melakukan transaksi secara salah. Akibatnya, beliau pengsan dan terlantar di hospital. Satu laporan polis telah pun dibuat.

6. Ketua Kumpulan Sumber Korporat, Hamidah Naziadin secara terbuka mengecil-ngecilkan kesatuan sekerja, mempersenda dan menghentam para pekerja yang berjuang untuk hak-hak pekerja.

7. CIMB Bank bersubahat dengan Maybank untuk mensabotaj Perjanjian Kolektif kita yang mampu memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia.

Pembongkaran ini akan diteruskan; jangan ketinggalan dalam edisi seterusnya...

Nazir bersama barisan pengurusan bank yang tidak profesional, tidak beretika dan penuh dengan penipuan telah memulakan pencabulan serius terhadap hak-hak asasi manusia dan hak-hak pekerja; penuh ketidakadilan dan tidak beretika dalam amalan perburuhan.

Tiada toleransi terhadap sikap tidak berperi kemanusiaan seperti ini.

Ini video pendedahan oleh Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon.



Ini pula pendedahan oleh kakitangannya yang mendakwa Pengurus CIMB menzalimi pekerja yang sedang mengandung.

Sis Norlaily Mat Loddin berkhidmat di CIMB Bandar Baru Nilai dan sedang hamil empat (4) bulan. Pada ketika ini, beliau mudah terdedah kepada simptom kehamilan seperti perubahan biologi, loya, sakit kepala yang kerap dan keletihan.

Pada 20 November 2012, jam 9.20 pagi, Norlaily telah diarahkan oleh Pegawai Akaun Simpanan, Halimah untuk melakukan transaksi pengeluaran dari "dana kakitangan". Didapati bahawa terdapat keraguan pada salah satu tandatangan di atas slip pengeluaran.

Pengurus Cawangan bank, En. Amiruddin Hanuddin telah menurunkan tandatangan pada slip tersebut sedangkan orang yang sepatutnya menandatangani adalah Penolong Pengurus Perkhidmatan Pelanggan, En. Helmi.

Sis Norlaily memaklumkan Halimah bahawa slip pengeluaran hendaklah ditandatangani oleh orang yang sepatutnya.

Halimah lantas memberitahu Amiruddin tetapi beliau tetap berkeras agar Norlaily meneruskan transaksi tersebut. Norlaily pula bertegas dengan pendiriannya dan berulangkali menyatakan bahawa transaksi seperti itu adalah menyalahi undang-undang sekiranya slip pengeluaran tidak disahkan oleh orang yang sepatutnya.

Amiruddin lalu memanggil Sis Norlaily ke meja beliau dan menjerit terhadapnya, memarahi dan seterusnya mengancamnya dengan berkata, “apa susah sangat? Sekarang aku suruh kau buat, buat je lah! Kalau tak, aku report orang atas, kau tak buat kerja!”.

Sis Norlaily yang diserang dan diugut di hadapan para pelanggan bank dan rakan-rakan sekerjanya berasa terhina, malu dan takut; semuanya bercampur-baur dalam dirinya. Akibat tekanan dan asakan yang hebat, dia mula jatuh sakit dan akhirnya pengsan di situ. Beliau diusung beberapa orang rakan sekerjanya dan dibawa ke klinik oleh pegawainya.

Beliau hanya sedar apabila diberikan rawatan di Unit Kecemasan, Klinik Kesihatan Nilai. Laporan perubatan menyatakan bahawa beliau berada di bawah "tekanan tinggi di tempat kerja". Ekoran daripada itu, satu laporan polis telah dibuat.

Tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusnya, Norlaily lalu mengemukakan aduan rasmi (grievance) pada 28 November 2012 tetapi Amiruddin menolak untuk mengesahkannya. Hanya selepas laporan polis dibuat, barulah Amiruddin mahu menandatanganinya.

Inilah jenis ketidakadilan yang didukungi oleh CIMB Bank bersama Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Dato 'Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak.

Tiada ahli kita yang layak untuk diperlakukan seperti ini.
 

SUMBER: NUBE Malaysia

Samseng upahan UMNO menyerang bas Jelajah Merdeka Rakyat lagi!!

$
0
0

Sekali lagi samseng-samseng upahan UMNO mempamirkan keganasan mereka terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat.

Bas yang dalam perjalanan ke Bandar Baru Seri Iskandar, Perak bagi turut bersama dalam sambutan Deepavali di Taman Hijau, Tapah dilaporkan telah diserang.

Samseng-samseng upahan UMNO yang dipercayai menerima peruntukan yang kecil hingga tidak cukup untuk membeli cat merah telah menggunakan batu untuk menyerang bas.

Serangan telah dilakukan selepas kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak.


Namun begitu tiada kecederaan dilaporkan oleh Maisurie Zainal, Setiausaha Kerja Wanita Pusat Parti KeAdilan yang turut berada di dalam bas.

Kesian betul kat bas ni... lagi lama Najib tangguh Pilihanraya mahu hancur bas ni dikerjakan pencacai UMNO..

Yang aku hairannya apa hal dengan pencacai-pencacai UMNO ni..

Najib kata UMNO kuat tapi pencacai-pencacainya.. dengan Billboard takut.. PR buat ceramah takut dan bas pun depa takut..

Sumber gambar : Twitter Maisurie ( )


Kerana kebebalannya.. Ibrahim Ali dikritik oleh 5 lagi Ahli Parlimen..

$
0
0

Pemimpin politik daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) hari ini sepakat untuk melupakan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Mereka malah menegur Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk tidak lagi mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana itu hanya akan menyebabkan hubungan antara kaum di negara ini terganggu.

Ketika dihubungi hari ini, pemimpin kedua-dua parti politik tersebut menasihati Ibrahim agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana ia bakal mengguris perasaan sesetengah kaum.


Chor Chee Heung
“Kadangkala, sahabat saya Ibrahim Ali, beliau ketinggalan ... Seperti tertinggal daripada dunia moden,” kata Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung, kepada The Malaysian Insider.

“(Tindakan) beliau itu umpama merugikan BN, walaupun kadangkala kenyataannya itu mahu rakyat menyokong BN.

“Dalam Malaysia moden sekarang, Melayu, semua bangsa, mempunyai minda yang berbeza ... mereka lebih progresif, rakyat lebih mengutamakan kerajaan, bukan bangsa.”

Dalam satu temu ramah eksklusif Sinar Harian yang dipetik The Malaysian Insider sebelum ini, Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di negara ini sebagai ancaman sekiranya mereka menguasai politik dan ekonomi.

Ekoran kenyataannya itu, Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, turut menyelar Ibrahim kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang menurutnya akan menyemai “benih kebencian di hati rakyat dan menimbulkan ketegangan kaum” di Malaysia.


Devamany
Kata Naib Presiden MIC, Datuk S.K. Devamany: “Ibrahim Ali perlu berjaga-jaga dalam mengeluarkan kenyataan ... jangan ungkit perkara yang kita ingin lupakan.”

Ahli Parlimen Cameron Highland itu turut menambah, kenyataan seperti itu akan merosakkan hubungan silaturrahim antara kaum di negara ini yang mana usaha menyatupadukan kaum di bawa dalam Gagasan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Jangan bawa perasaan tidak diingini kepada sesetengah rakyat, ia tidak baik untuk silaturrahim masyarakat kita.

“Perdana menteri bawa konsep 1Malaysia, konsep perpaduan, kenyataan seperti itu akan bawa segelintir masyarakat marah,” katanya dan menambah, “kita nak eratkan silaturrahim, bukan cari permusuhan.”


Dr Mohd Puad
Berkongsi pendapat dengan Devamany, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi selain  menyeru rakyat melupakan peristiwa itu, beliau turut berkata rakyat berbilang kaum di negara ini telah sekian lama berkongsi dalam soal ekonomi.

“Jangan jadikan (13 Mei) bahan untuk wujudkan konflik dalam masyarakat ... sejak sekian lama kita telah berkongsi dalam soal ekonomi,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Yang paling penting, kita ambil semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun ia sudah tamat tempoh, semangatnya masih ada, saya yakin menteri tahu bagaimana mahu melaksanakan.”

Ahli Parlimen Batu Pahat itu menjelaskan, konsep 1Malaysia sendiri diwujudkan untuk rakyat melihat kehadapan, dan bukannya menoleh kebelakang untuk kemajuan negara.

“Melalui 1Malaysia, kita akan lebih memandang ke hadapan, tidak lagi menoleh kebelakang yang menyebabkan kita tidak lagi produktif,” tambahnya.


Salahuddin Ayub
Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melihat isu perkauman tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat negara ini kerana perjuangan PR jelasnya adalah isu yang melibatkan pelbagai kaum.

“Isu perkauman sekarang tidak lagi mendapat tempat dalam hati rakyat, isu yang kami perjuangkan adalah isu melibatkan semua kaum.

“Itu ilusi mimpi ngeri Ibrahim Ali,” kata ahli Parlimen Kubang Jerian itu yang yakin, peristiwa 13 Mei ini tidak akan berlaku lagi.

“Saya yakin, ia satu ‘Puaka dan Saka’ Umno yang cuba mempertahankan talian hayat mereka.”


Chua Tian Chang
Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, bagaimanapun melihat, dengan situasi dan keadaan masyarakat Melayu di negara ini sekarang peristiwa hitam itu tidak mungkin akan berulang.

“Kalau kita bandingkan dulu dengan sekarang, masyarakat Cina dulu 40 peratus, sekarang sudah tinggal 20 peratus, jadi macam mana mereka boleh jadi ancaman,” tegas Chua, yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu.

“Saya yakin 13 Mei tidak akan berlaku lagi, dengan nilai-nilai agama Melayu yang semakin kuat. Orang Melayu sekarang lebih berfikiran universal, mereka tidak lagi berfikiran seperti dulu.”

Ibrahim yang merupakan ahli Parlimen Mas semalam mengeluarkan kenyataan berkata komuniti Cina akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara sekiranya mereka berkuasa dalam politik dan ekonomi, yang mana menurutnya akan mengulangi sejarah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Beliau turut menafikan dirinya dan Perkasa sebagai rasis kerana mendakwa mereka hanya mempertahankan apa yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


~ The Malaysian Insider 

Sticker ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ diedar!!

$
0
0
Beberapa ketika dulu poster dengan "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertera "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor.

Poster tersebut bukan saja ditampalkan di banyak pusat membeli belah di negeri Johor negeri asal Muhyiddin beberapa hari lalu.

Malah pengedaranya juga hingga ke utara semenanjung dan ianya juga telah diedarkan di beberapa pasar malam di Pulau Pinang oleh individu yang dipercayai ahli UMNO.

Dan ianya telah dinafikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO kawasan berhampiran..

Selain dari itu para penyokong Muhyiddin ini juga telah mewujudkan dua laman Face Book iaitu 'Kami sokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri'dan 100,000 sokong Perdana Menteri baru Tan Sri Muhyiddin Yassin.. (lihat di SINI )

Nampaknya kini gerakan tersebut diteruskan lagi dengan pengedaran pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya pula..

Seperti juga pihak yang mengedarkan poster.. takut dicantas oleh Najib, pihak UMNO kawasan tersebut akan menafikannya..


Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu, Batu Burok dilihat cubaan pihak tertentu untuk menarik perhatian editorial di sini.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.

Pelekat tersebut kelihatan ditampal beberapa hari lalu di peti pos Pejabat Sinar Harian Edisi Terengganu dan juga di pintu masuk di tingkat bawah yang merupakan laluan utama ke blok bangunan ini.

Sementara itu, perang poster di negeri ini dilihat masih dalam keadaan terkawal, namun ‘bunga-bunga’ ke arah itu sudah pun kelihatan apabila beberapa poster dan kain rentang memburukkan pemimpin dan parti lain turut dipasang di tempat umum sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu disedari orang ramai apabila pihak bertanggungjawab pantas mengambil tindakan menurunkannya dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

Terbaru, keadaan juga dilihat agak panas apabila warga Felda Selasih di Jabi baru-baru ini turut menghalang konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda yang disertai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak),iaitu persatuan yang cenderung kepada pembangkang, sehingga menimbulkan kekecohan walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku ~ Sinar Harian

RTM pun boikot Ibrahim Ali dan PERKASA?..Alahai.. kesiannya kat depa..

$
0
0

Agak malang buat Ibrahim Ali dan PERKASA yang mendakwa diri mereka sebagai sebuah NGO yang menyokong Najib dan UMNO, kerana aktiviti mereka baru-baru ini langsung tidak diberikan tempat dalam laporan media kerajaan.

Mungkin ramai tidak menyedari bahawa Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ke Tiga dan ulangtahun ke Empat pertubuhan tersebut yang berlangsung baru-baru inilangsung tidak mendapat tempat dalam RTM.

Adakah pihak RTM juga berpendapat bahawa Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang merupakan Presiden pertubuhan itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara ini?

Atau pihak mereka telah menjangkakan, kenyataan-kenyataan yang akan keluar pada Perhimpunan PERKASA itu akan menimbulkan lebih kebencian rakyat Malaysia terhadap UMNO yang disokong oleh PERKASA?

Kenapa agaknya perkara ini berlaku kepada PERKASA?..

Nak tahu apa jawapannya? sila baca sebahagian dari artikel yang dipetik dari Blog Pro UMNO ( Another Brick in The Wall ) di bawah ini...

Jika sebelum ini blogger-blogger pembangkang dan pro-kerajaan dan penerbit filem Tanda Putera menjadi mangsa kepada sikap cembru, dengki dan dendam Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, kali ini Perkasa dan beberapa pemimpin Negeri Sembilan pula dijadikan mangsa.

Sering kali, dendam dan serangan yang dilakukan Rais dikaburi dengan justifikasi dan cara membodeknya yang sungguh menjijikan. Banyak pihak sudah menyedari niat buruk disebalik tindak tanduknya. Yang menyedihkan sekali, genggaman kuasa dan paranoia Rais Yatim tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan dan parti.

Malahan ianya tidak juga akan menguntungkan dirinya dan parti pemerintah. Sudah ada pengamal industri kreatif kecilan dan 'budak-budak produksi' yang hingga terikrar kata-kata untuk ikut serta Pakatan Rakyat dan menjatuhkan kerajaan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Mereka begitu marah hingga sanggup lakukan semua ini jika Rais Yatim dikekalkan dalam kabinet dan Kementeriaan.

Dikhabarkan sumber-sumber tertentu bahawa Rais Yatim telah mencemburui dan berdengki terhadap Perkasa yang telah melangsungkan satu Perhimpunan terbuka besar-besaran bersempena Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ketiga dan ulangtahun keempat pertubuhan tersebut.

Disebalik satu pameran sokongan terbuka Perkasa kepada kerajaan Barisan Nasional serta komponen parti MCA dan MIC, liputan yang diberikan kepada majlis Perkasa yang sangat bermakna itu anih sekali begitu hambar. Ucaptama yang disampaikan oleh penerima anugerah bintang Perkasa, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria tidak langsung diberikan ruang.

'Blackout'

The Star pastinya memberi keutamaan untuk memberi liputan kepada konvensyen seteru MCA, DAP di Pulau Pinang. pada hari Sabtu memang banayk sekali program-program yang dijalankan baik pihak kerajaan, BN, pembangkang dan NGO-NGO.

Akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times tidak boleh diharapkan untuk memberi liputan kepada Perkasa kerana pasukan penyunting yang condong keapda fahaman liberal dan agak bersimpati keapda agenda neo-liberal.

Namun begitu, akhbar berbahasa Melayu kumpulan NST, Berita Minggu [rujuk arkib Ahadnya di SINI] tidak langsung melaporkan walaupun pemberita mereka dilihat berkeliaran. Manakala liputan TV3 yang agak terhad masa untuk melaporkan berita politik terpaksa menumpukan kepada Konvensyen DAP.

Hanya Mingguan Malaysia yang sedia terus memberi sokongan. Walaupun agak lari dari mesej utama yang mahu disampaikan, Sinar Harian masih juga memberi sedikit sebanyak liputan dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan Dato Ibrahim Ali dan Tan Sri Harussani.

Pengesahan kepada arahan 'blackout' dari Rais Yatim susah untuk disangkal apabila tiada langsung liputan berita samada bertulis atau secara video oleh pihak Bernama, Bernama TV dan saloran yang kini sering disebut dengan nama jolokan baru oleh khalayak awam sebagai Rais Tayang Maznah.

Malahan kini, sudah keluar arahan kepada semua media dan khususnya RTM dan Bernama supaya tidak memberi langsung liputan keapda sebarang pemimpin-pemimpin Perkasa. Arahan itu tidak membenarkan langsung mana-mana pemimpin Perkasa untuk keluar di program Hello Malaysia di Bernama TV.

Artikel seterusnya yang penuh dengan ampu-ampuan buat PERKASA sila baca di ( Another Brick in The Wall

Kesian kat Pak Brahim.. Media Utama UMNO sendiripun dah tak lalu nak siarkan program dia tu.. tapi dia masih tak sedar diri..

Ni pantun buat Pak Brahim...

Apa diharap padi di bukit,
Mungkin sudah dicuri orang,
Bagaimana pula hati tak sakit,
Jasa di tabur di hina orang...

ha..ha..ha.. padan muka hang!!

Jasa di tabur dihina orang.. hatinya sakit,
Kononnya berjasa demi rakyat,
Wahai Pak Brahim.. Kalau hati sudahlah sakit,
Tolaklah UMNO/BN sokonglah Pakatan Rakyat!!

Apa hal pulak Tim. Menteri Pengajian Tinggi kena baca teks ucapan Rosmah ni?

$
0
0

Beberapa hari yang lalu.. kalau korang baca di ( SINI ) Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah membaca teks ucapan Rosmah dalam majlis MUBARAK..

Lepas tu dia lancarkan pula Kapal Latihan milik Tentera Laut di RAJA Malaysia.. (lihat di SINI ) sambil disaksikan oleh Zahid Hamidi dan Tun Mahathir.

Hari ini Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pula dilaporkan membaca teks ucapan Rosmah di Bengkel Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Antarabangsa bagi Tokoh-tokoh Akademik Wanita 2012..

Bukan aku nak menghina Rosmah Mansor tu.. hakikatnya lebih ramai rakyat Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin UMNO yang menyampah dengan dia ni dari menyukainya..

Tapi kebelakangan ni dia kelihatan menonjol-nonjolkan dirinya lebih dari biasa.. yang betulnya dia menonjol atau ditonjolkan??

Ditonjolkan oleh kem yang mahu menggulingkan Najib maksud aku...

Ini laporan berkaitan..

Universiti perlu lebih proaktif dalam menghapus sikap memihak jantina yang menghalang wanita di bidang akademik memegang peranan peneraju kanan, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau menarik perhatian sekalipun 60 peratus daripada enrolmen di universiti awam adalah wanita, hanya tiga naib-canselor di 20 universiti awam di negara ini adalah wanita.

Rosmah berkata harus wujud penyertaan seimbang antara lelaki dan wanita dalam pengurusan kanan universiti.

"Universiti tidak lagi harus dilihat didominasi secara total oleh lelaki dan kelab lelaki," kata beliau dalam ucaptamanya di Bengkel Pembinaan Kapasiti Kepimpinan Antarabangsa bagi Tokoh-tokoh Akademik Wanita 2012 dihadiri kira-kira 200 peserta tempatan dan antarabangsa di ibu negara hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Bengkel tiga hari itu dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Rosmah berkata ketidakseimbangan penyertaan jantina di peringkat pengurusan kanan berpotensi menjadi topik hangat pada masa depan, oleh itu isu seumpama itu perlu ditangani di peringkat awal.

"Satu daripada dapatan mengenai kurangnya penyertaan wanita dalam jawatan akademik kanan ialah sesetengah wanita lebih menyukai mentor wanita untuk penggal kepimpinan mereka.

"Dengan kurangnya wanita pada kedudukan sedemikian, jelas sekali akses mereka terhad," kata beliau.

Rosmah berkata, malahan sektor korporat mendapati bahawa imbangan jantina pada jawatan utama boleh membawa kepada pencapaian bisnes yang lebih baik.

"Jika kita tidak melaksanakan penyertaan seimbang jantina dalam pendidikan tinggi, bagaimana mungkin kita melaksanakan ini pada bahagian-bahagian lain masyarakat," ujar beliau  ~ Bernama

Semakin ditonjolkan Rosmah Mansor ni.. semakin ramai rakyat yang menyampah.. malangnya Najib akan merasa tempias itu..

Manchester City sediakan Surau untuk pemainnya.. di Malaysia pula..UDA robohkan Surau untuk kepentingannya.. (Video Inside)

$
0
0

Manchester City merupakan kelab Liga Primer Inggeris pertama yang menyediakan surau untuk pemain yang berugama Islam.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Prayermagazine.net sebelum ini, surau tersebut berada di dalam Stadium Etihad dan biasanya dimanfaatkan para pemain sebelum pertandingan bermula.


Dan di Newcastle pula pada 7 Mei lalu jurulatih Newcastle United Alan Pardew mengemukan tentang rancangan kelab membina surau di dalam kompleks Sports Direct Arena.

"Kita telah memikirkan membina sebuah bilik khas untuk berdoa bagi semua agama di St James 'Park (nama lama Sports Direct Arena) yang boleh digunakan semasa hari pertandingan," kata Pardew berkenaan pendapatnya yang disiarkan oleh Daily Mail.

Tetapi di Malaysia pula...

Selepas 49 tahun berdiri sebagai rumah ibadat di tapak bangunan bersejarah Penjara Pudu, Surau An-Nur Penjara Pudu (Surau Jumaat) kini turut menerima nasib sama apabila bakal dirobohkan bagi tujuan pembangunan komersil.

Mengikut surat yang diwartakan pemaju, UDA Holdings Property Development (UDA) bakal melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut pada 10 Januari depan.

Difahamkan, tapak itu akan dibangunkan sebagai tapak pusat beli-belah terkemuka serta kawasan perumahan mewah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Mempertahankan Surau An Nur Penjara Pudu Zakaria Omar berkata, pihaknya kecewa kerana pemaju tidak pernah mengadakan rundingan dengan kariah surau.

Malah, tiada sebarang tapak atau surau alternatif ditawarkan UDA bagi menggantikan surau lama itu.

“Kami mahu surau ini dikekalkan sebagai rumah ibadat…sepatutnya surau ini diperbesarkan menjadi 2 tingkat kerana pertambahan penduduk semakin pesat di kawasan sekitar,” katanya ~ Free Malaysia Today


Apa cerita ni?? di negara bukan Islam, Surau dibina untuk orang Islam menunaikan ibadat.. tapi di negara Islam ini pula Surau yang digunakan untuk beribadat dirobohkan pula...

Puak mana agaknya yang menguasai UDA itu?? he..he..he..

Rayuan oleh Ahli PERKASA buat Rais Yatim.. sebab tak keluar TV..

$
0
0

Melihat pada rangkap pantun di bawah ini, terasa pengorbanan, perjuangan dan sokongan kepada kerajaan saperti tiada nilainya pada mereka.

Apa guna padi bukit,
Padi di bendang di tabur arang,
Apa guna hati sakit,
Jasa Di tabur di hina orang.

Yang dilihat adalah mereka yang berlatar belakang politik tanpa mengambil kira kekuataan suara NGO, jika sekecil kecil badan politik amat penting pada kerajaan, walaupun hanya memiliki keahlian tidak sampai seribu orang, sedangkan ada badan NGO yang memiliki keahlian mencecah ratusan ribu, tetapi tidak di indahkan kekuatan ahli mereka ini.

Ini lah yang berlaku, didalam NGO NGO ini bangkit untuk membantu Barisan Nasional ada pula sekatan dan halangan dari badan badan yang yang sepatutnya membuka ruang sokongan daripada NGO NGO ini.

Mungkin pada mereka ini, hanya parti politik sahaja yang perlu di beri sokongan termasuk wang ringgit serta hebahan dan populariti berbeza dengan layanan yang harus diberikan kepada badan badan NGO yang tidak penting pada mereka, Mungkin undi dari Ahli ahli NGO ini tidak boleh mengubah kerajaan selain undi parti politik.

Jika ini lah yang ada didalam pemikiran pemimpin pemimpin Barisan Nasional terutamanya dari UMNO maka bersedialah lah mereka untuk mengosongkan kerusi mereka dan membersihkan pejabat mereka dari kesan tanda jari agar tidak meninggalkan bukti apa bila di ambil alih oleh orang lain nanti.

Atau adakah pihak ini memilih NGO mana yang perlu di beri sokongan dan NGO mana yang perlu di sekat pergerakan mereka dan mengangap NGO ini sama saperti parti pembangkang dan ektrim penentang kerajaan.

Jika dahulu, badan badan Pendiri Persilatan tidak pernah mendapat perhatian dari pihak kerajaan, malahan ada badan pendiri silat bergerak saperti bernafas dalam lumpur sahaja, hidup segan mati tak mahu.

Sahinggalah berlakunya tsunami politik 2008, maka badan pendiri seni bela diri terutamanya pertubuhan seni silat telah di iktiraf sebagai diantara salah satu tulang belakang kepada kekuatan kerajaan hari ini, sahingga di ujudkan satu jawatan kuasa khas untuk menjaga NGO yang terdiri dari badan badan pendiri silat, walaupun tidak menyeluruh sekurang kurangnya kesedaran itu ada.

Kemudiannya di ujudkan pula badan pemantau untuk penulis penulis maya ( Blogger, Facebook, twitter dan sebagainya) agar sokongan mereka tidak berbelah bagi dan sentiasa berdiri teguh di belakang kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato Seri najib Tun Razak, walaupun ada diatara mereka ini tahu cerita di sebalik kelambu sesetengah pemimpin peringkat Menteri didalam Barisan Nasional.

Tetapi kini cerita lama kembali berulang, setelah di lihat kekuatan sokongan telah ujud, maka timbul pula rasa riak dan sombong segelintir pemimpin yang mula melihat NGO NGO yang berlatar belakangkan politik ini sebagai beban sahaja dan mula mengeluarkan arahan dan menghasut pembesar kiri kanan untuk tidak melihatkan sokongan kepada NGO NGO ini, walaupun kumpulan NGO ini memliki keahlian mencecah ratusan ribu.

Malahan ada yang melihat NGO NGO ini hanya saperti peminta sedekah di tepi jalan menandah mangkok membaca ayat suci Al Quran, bila di beri sekupang dua maka berhentilah mengaji, itu lah mungkin pandangan mereka.

Tanpa disedar mereka mereka ini sebenarnya adalah beban kepada YAB Perdana Menteri di dalam melaksanakan Program Transformasi Kerajaan untuk meletakkan negara pada landasan lebih kukuh di dalam mendepani pelbagai cabaran untuk mencapai Wawasan 2020, yang telah dirangka berdasarkan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Terkini, setelah dua hari selesainya Perhimpunan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), tidak ada satu pun berita yang disiarkan oleh RTM mahupun pihak Media Prima didalam slot berita mereka, mungkin mendapat arahan agar tidak memberi liputan kepada Perkasa hanya kerana Ibrahim Ali terlalu lantang dan bekas AHli UMNO yang di pecat.

Sesuatu yang pelik, Perhimpunan Pribumi Perkasa yang telah mengumpulkan kehadiran hampir 12 ribu ahlinya tetapi tidak mendapat liputan dari siaran TV Melayu sendiri?, walaupun sesaat, tetapi jika ada aktiviti bermain badminton oleh isteri sesetengah pemimpin hampir setiap siaran di pancarkan dan mendapat liputan.

Adakah mereka ini mahu mengulangi kesilapan dahulu dan kesannya yang kita hadapi dan rasai sahingga hari ini?.

Lihat sahaja bilamana Tun Dr Mahathir di larang dari mendapat liputan ( atas arahan) untuk siaran TV malahan radio sekali pun, natijahnya BN tertonggeng dan hilang majoriti serta hilang 4 negeri dan satu Wilayah, nyaris tidak bertukar kepimpinan.

Kali ini riaknya semakin takbur bila akhbar juga di larang untuk menyiarkan berita Perhimpunan tersebut kecuali Utusan Malaysia yang berani menongkah arus, kerana Utusan tahu natijah yang bakal Kerajaan terima jika ini berterusan, Utusan belajar dari kesilapan tahun tahun sebelum 2008, Tahniah Utusan Malaysia.

Terdapat “kepala kepala” yang tidak mahu belajar, malahan bertindak sombong dengan melakukan kesilapan yang sama saperti tahun sebelum 2008 tersebut, tidak di ketahui nawaitunya sama ada mahu melihat kegagalan YAB Perdana Menteri Dato‘ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak atau orang ini masih lagi memiliki ikatan ‘silaturahim’ dengan kepala pembangkang, jika dahulu boleh membakar jembatan tidak mungkin tidak perkara yang sama boleh di ulangi lagi.

Ingatlah Perkasa bukan meminta minta tetapi bukalah sedikit mata.

Parang Lading pakaian Pahlawan,
Kuntau Jatuh kemas bersimpul,
Rakan ditanding bukannya lawan,
Tikam belakang tandanya bacul.

Baik-baik mengail tenggiri,
Takut terkena ikan parang;
Kami boleh merendah diri,
Tidak sekali menjadi hamba orang.

Ditulis oleh  Zanuddin @ Obey_one


Kesiannya kat depa... ish..ish..ish...

Najib bohong lagi!! MB Terengganu sahkan!!

$
0
0

30 Okt. lalu, Lidah Rasmi UMNO melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Pahang bakal menjadi negeri sumber pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia berikutan penemuan pertambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas salah satu usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Najib itu adalah satu pembohongan semata-mata dan pembohongan Najib itu disahkan oleh Menteri Besar Terengganu...


Soalan lisan saya pada persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa:

"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...

"Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."

Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru ditemui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.

Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Ahmad Said juga mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan.

Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebuah negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan.

Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengisytiharkan pada 30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Pengumuman ‘anugerah royalti minyak’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.

Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisme dan keluhuran perlembagaan negara.

Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petroleum yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas.

Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak lima peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing.

Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?

Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri?

Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihan raya umum ke-11 tahun 1999.

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu.

Beliau menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata."

Jadi di manakah maruah dan hak negeri Terengganu Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud?

Ini ditambah dengan tindakan ‘mengihsankan’ royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperoleh itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun.

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.

Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.

Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975.

Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.

Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini.

Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.


Dr Syed Azman Ahmad Nawawi,
Adun Batu Burok, Terengganu
Penolong Setiausaha Agong Pas

Kebodohan Pemimpin UMNO dibidas Presiden Indonesia pula..

$
0
0

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.

Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

"Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur," kata Yudhoyono dipetik oleh agensi berita Antara sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post hari ini.

Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia hari ini untuk menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.

Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai "serangan" terhadap Habibie.

Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.

Yudhoyono juga akan mengadakan pertemuan peribadi, secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mengetuai delegasi Indonesia pada Rundingan Tahunan kesembilan itu.

Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadual menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan kepada presiden Indonesia itu. - Bernama

Laporan dari Jakarta Post sila baca di ( SINI )

Perkara ini perlukan jawapan dari Najib ..

$
0
0

Sikit pencerahan tentang istilah pengaliran keluar wang haram atau ‘ Illict financial flow’, ianya adalah istilah yang digunakan untuk pengaliran wang merentas keluar sempadan Negara yang samada diperolehi secara haram, dipindahkan ataupun digunakan.

Kebanyakkannya berlaku melalui invois yang diistiharkan samada kurang atau lebih, biasanya kurang.. contohnya harga pasaran bagi sesuatu barangan itu ialah RM1000 tetapi ianya telah diistiharkan oleh pengeluar berharga RM100 kepada Kastam.

Tujuannya ialah bagi mengurangkan cukai yang dikenakan oleh pihak Kerajaan..

Selain itu aliran kewangan haram juga diperolehi melalui aktiviti-aktiviti haram seperti rasuah, urus niaga yang melibatkan barang-barang seludup, kegiatan jenayah, dan usaha untuk melindungi kekayaan daripada pihak berkuasa negara.

Dan contoh bagi aktiviti tidak membabitkan perniagaan itu ialah apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.. antaranya RM40Juta untuk UMNO Sabah dan Pemimpin UMNO ditahan di Australia kerana cuba menyeludup lebih dari RM1 Juta dalam bentuk tunai..

Itu yang berjaya ditahan… yang tidak ditahan pasti lebih ramai dan lebih besar jumlahnya..

Secara kumulatif, Malaysia menduduki tempat ketiga, di belakang China dan Mexico, dengan sejumlah USD285.2 bilion (RM871.4 bilion) setelah disalurkan keluar daripada ekonomi negara melalui jenayah, rasuah, pengelakan cukai dan lain-lain aktiviti haram antara 2001 dan 2010.

Sekiranya terus dibiarkan, imej dan integriti negara akan menerima kesan buruk, terutamanya kepada pelabur global.

Kenapa Najib perlu jawab?

Baca kenyataan media dari Ketua Menteri Pulau Pinang di bawah ini...

Menteri Kewangan Dato’ Sri Najib Tun Razak harus memberi penjelasan kepada 28 juta rakyat Malaysia tentang kerugian RM200 bilion wang haram yang telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 serta skandal kerugian RM871 bilion sepanjang 10 tahun yang terakhir atau mengakui kegagalan ETP. Jika Najib berdiam diri dan gagal mengambil tindakan dalam skandal RM871 bilion ini, ia akan menonjolkan kegagalan beliau untuk menegakkan kebertanggungjawaban awam serta membuktikan bahawa kerajaan BN membiarkan pengaliran keluar wang haram
Laporan terbaru badan pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI) yang berpusat di Washington, telah menunjukkan bahawa pengaliran keluar wang haram dari Malaysia pada tahun 2010 adalah paling tinggi dalam tempoh 10 tahun. RM197 bilion wang haram telah dialirkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM93 bilion pada tahun 2009, iaitu peningkatan 112%. Malaysia kini memegang rekod memalukan kerana menjadi negara kedua di dunia selepas China bagi aliran keluar wang haram.
Laporan GFI yang bertajuk “Aliran Kewangan Dari Negara Membangun: 2001–2010” telah disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang pernah menjadi ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). GFI telah memberi amaran bahawa pengaliran keluar modal di Malaysia kini berada “di skala yang jarang dilihat di kalangan negara-negara Asia”.
GFI telah menyatakan bahawa anggaran wang haram mereka adalah “sangat konservatif”. Sementara Malaysia menduduki tangga No.2 di dunia pada tahun 2010, Malaysia merupakan No.3 di dunia sepanjang 10 tahun dari 2011–2010. Jumlah 10 tahun untuk Malaysia dianggarkan pada USD285 bilion (RM871.4 bilion), sementara China adalah USD2,740 bilion dan Mexico USD476 bilion.
GFI juga kata bahawa penyalahtentuan perdagangan – iaitu keuntungan yang dipindahkan melalui invois yang terlebihan atau terkurang – membentuk secara purata 80.1 peratus aliran keluar wang haram dari negara-negara membangun. Wang haram yang lain bersumber daripada rasuah, korupsi, pencurian dan sogokan.
Najib telah berjanji tahun lepas bahawa siasatan akan dijalankan oleh Bank Negara, namun keputusan siasatan tersebut belum diumumkan oleh Bank Negara untuk menjelaskan pengaliran wang haram yang besar ini, walaupun ahli-ahli ekonomi GFI telah menawarkan bantuan. Adakah ini satu lagi kes “Janji Tak Ditepati” oleh BN?
Laporan GFI hanya membuktikan hasil kajian laporan Transparency International 2012 yang menunjukkan bahawa Malaysia mendapat tempat paling teruk dalam Kajian Pemberi Rasuah dalam kategori perniagaan yang hilang akibat rasuah. Dalam kategori ini, Malaysia mendapat tempat paling teruk, lebih teruk berbanding Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%). Najib harus menjelaskan skandal RM871 bilion ini untuk menyangkal label yang memalukan negara kita ini.


Lim Guan Eng

Pencacai UMNO kata Pembantu peribadi Ahli Parlimen Kapar mati dibunuh samseng?

$
0
0

Image di atas ialah print screen sebuah blog pencacai UMNO, tajuknya ialah "Gempar!! Pembantu Peribadi MP Kapar mati dibunuh samseng??

Tujuannya ialah mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa Pembantu Peribadi MP Kapar itu terlibat dengan dunia samseng..

Sebenarnya dari apa yang dilaporkan oleh Bernama ialah siasatan awal pihak Polis mendapati mangsa yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu.

Langsung tak disebut tentang samseng sebagaimana yang dilaporkan oleh blog pencacai UMNO itu..

Ini laporannya...

SHAH ALAM, 18 Dis — Pembantu peribadi kepada anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pondok pengawal keselamatan Pangsapuri Seri Sinar, Sunway Kayangan di sini hari ini.

K S Natchymuthu, 53, ditemui mati pada kira-kira 8.15 pagi oleh penduduk pangsapuri itu, dipercayai akibat dipukul dengan objek tajam selepas terlibat dalam pergaduhan dengan seorang lelaki yang juga penduduk di situ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam DSP Muhammad Idzham Jaafar berkata siasatan awal mendapati mangsa yang juga pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, bertengkar dengan suspek berhubung rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan di kawasan kediaman itu.

“Suspek dipercayai bertindak menyerang mangsa dengan senjata tajam iaitu sejenis alat berkebun menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan belakang badan,” katanya kepada Bernama.

Muhammad Idzham berkata polis menahan seorang lelaki berumur 43 tahun bagi membantu siasatan.

Mayat Natchymuthu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Manikavasagam ketika dihubungi berkata mangsa yang juga pemandunya, baru dua bulan dilantik sebagai pengerusi penduduk pangsapuri berkenaan.

Beliau mendakwa Natchymuthu telah membuat beberapa laporan polis sebelum ini berikutan menerima ugutan beberapa individu yang tidak puas hati berhubung kutipan yuran penyelenggaraan pangsapuri berkenaan.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat kes ini dan saya bersimpati dengan keluarga mangsa dengan kejadian itu,” katanya sambil menambah Natchymuthu meninggalkan isteri dan empat anak. — Bernama 

 Apalah nak jadi dengan pencacai UMNO ni.. orang dah mati pun nak diburuk-burukkannya..

Pelakon Terkenal Tanahair muncul dalam program PKR Pandan..

$
0
0

Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.


Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.

Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.


Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.

Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.

Bagaimanapun samada beliau akan turut menjejaki rakan artisnya Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat masih belum dipastikan lagi.

Apapun sebagai rakyat Malaysia beliau berhak untuk memilih apa saja parti politik yang ada di Malaysia ini untuk disokong olehnya...


Gambar dari : @rafiziramli
Viewing all 9417 articles
Browse latest View live