Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all 9417 articles
Browse latest View live

Kenapa hanya Blogger yang makan Cadbury tapi Pegawai JAKIM enggan?.. Tak yakin ke?

$
0
0

Awal June lalu bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu dilaporkan sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

Tetapi hari ini bila Satu majlis makan coklat Cadbury diadakan bagi mempertahankan status halal produk berkenaan yang dianjurkan oleh portal myKMU (Kelab Macai Umno) dengan kerjasama portal SuaraTV dan Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS) lain pulak  jadinya..

Dalam program yang diberi nama ‘Sijil Halal Malaysia Dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif’ yang bermula jam 1.30 petang di Wisma Nusantara, ibu negara itu hanya Blogger macai yang menelannya..

Tetapi Pegawai JAKIM yang hadir enggan menjamahnya malah beredar dari situ dan  membiarkan Blogger-blogger macai itu menelannya.

Kalau setakat blogger-blogger pro UMNO itu saja yang menelannya adakah ianya akan menyakinkan majoriti rakyat?

Adakah Pegawai JAKIM sendiri tidak yakin dengan status halal Cadbury yang mereka sendiri iktiraf?

Jika mereka sendiri tidak yakin bagaimana mereka boleh yakin yang rakyat akan yakin dengan jaminan mereka?

“Tidak ada sebab untuk umat Islam di negara ini meragui kualiti sijil Halal Malaysia yang telah melalui proses yang ketat dan teliti di pelbagai peringkat.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan status Halal oleh Jakim selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil tersebut.”

Itulah pengakuan yang disuarakan Presiden Ikatan Aktivis Siber Malaysia (IKAS), Md. Faisal Ahmad yang mempertahankan JAKIM ekoran isu coklat Cadbury yang didakwa sebelum ini mengandungi DNA babi.

Md. Faisal berkata, pengguna harus mempercayai sepenuhnya keputusan status halal yang dikeluarkan JAKIM selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil itu.

“Sebagai pengguna Islam, kami percaya dan yakin dengan keputusan tersebut kerana JAKIM tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan khususnya kepada umat Islam,” katanya.

Menurutnya, kaedah ujian dan pensijilan halal oleh JAKIM mencukupi untuk mengesahkan status produk tersebut.

Demi meyakinkan pengguna coklat jenama Cadbury, kumpulan itu yang terdiri daripada blogger dan pemilik akaun media sosial mengadakan sesi demonstrasi makan coklat tersebut secara beramai-ramai di Wisma Nusantara, Jalan Puncak off Jalan P. Ramlee, tengah hari Ahad.

Turut hadir Penolong Pegawai Kanan Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Muhammed Naim Mohd Aziz selaku moderator bagi pihak JAKIM yang memberi penerangan dalam forum bertajuk: “Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif.”

Namun begitu, pegawai berkenaan enggan memberi komen dan menolak untuk bersama dengan kumpulan IASM dalam sesi demonstrasi makan coklat sebelum meninggalkan majlis melalui pintu belakang.

Apabila dihubungi petang tadi, Muhammed Naim memberitahu dia hanya dijemput untuk memberi penerangan dalam forum tersebut dan bukannya datang atas kapasiti menyertai demonstrasi makan coklat Cadbury.

“Untuk menolak sebarang konflik berlaku dari disalah tafsir, saya beri penjelasan dalam forum atas kapasiti jemputan bukan untuk menyertai mereka makan coklat tersebut.

“Saya bukannya melarikan diri tetapi hanya beredar dari situ,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa JAKIM tidak turut makan coklat Cadbury itu, Md. Faisal memberitahu pihak JAKIM tidak berhak untuk dipaksa berbuat demikian.

Md. Faisal berkata, penggiat media sosial menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tampil memberi kenyataan mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas dua produk coklat Cadbury iaitu ‘Cadbury Dairy Milk Roast Almond’ dan ‘Hazelnut’ dibiarkan untuk tempoh tiga bulan.

Jelasnya, isu ini terjadi selepas KKM pada mulanya mengesahkan ada DNA babi awal Febuari lalu, namun membiarkan perkara ini berlarutan sehingga keputusan analisis dikeluarkan pada 5 Mei.

“Kita juga mahu tahu mengapa KKM tidak menjalankan ujian susulan bagi mengesahkan penemuan awal, dan adalah tidak wajar pihak Kementerian tidak membuat sebarang ujian lanjut dan berdiam diri sahaja.

“Tindakan itu bukan sahaja mengaibkan Malaysia sebagai peneraju hab halal yang menyumbang hampir tiga trillion ringgit setahun kepada negara, malah kepada seluruh kakitangan syarikat pengeluar jenama coklat terbesar dunia Cadbury,” katanya lapor The Rakyat Post

Kalau setakat macai yang makan jawapannya hanya macai lah yang yakin..

Video berkaitan..


Kami penyokong UMNO, tapi mana pemimpin UMNO ketika kami perlu bantuan soal penduduk Chubadak..

$
0
0

Diharap luahan perasaan dari salah seorang penduduk Kampung Chubadak ini dijadikan iktibar oleh macai-macai sekelian..

Biarpun mereka adalah penyokong tegar UMNO/BN tapi mereka jelas dihargai hanya ketika pilihanraya menjelang tiba..

Berakhirnya pilihanraya maka tiada pemimpin UMNO/BN yang sudi mempertahankan hak mereka..

"Kami kesal kerana tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang datang atau bersuara ketika kami meraung meminta bantuan agar rumah kami tidak dirobohkan,". 
Itu kata seorang wanita yang dikenali sebagai Munah, salah seorang penduduk asal Kampung Chubadak Tambahan yang dipaksa keluar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi memajukan kawasan tersebut. 
Kata mudah, waktu pilihan raya, beberapa pemimpin UMNO pernah datang ke kampung tersebut untuk berkempen. 
"Kami memang menyokong Barisan Nasional (BN) malah tempat ini juga turut dijadikan pusat kempen baik untuk Wanita, Pemuda mahu pun Puteri. 
"Bila jadi macam ni, saat kami amat memerlukan mereka, tak seorang pun tampil apalagi hendak bersuara membela nasib kami. 
"Berjaya atau tidak itu untuk menyelamatkan kami di sini itu soal lain tetapi apa peranan pemimpi-pemimpin ini yang pernah datang meminta bantuan kami," katanya penuh kesal. 
Menurut Munah, apa yang berlaku memang sukar diterima penduduk kampung itu tetapi lebih menyedihkan perjuangan mereka sebagai bangsa Melayu tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu. 
"Kami faham mungkin terdapat kerumitan untuk selesaikan tuntutan kami tetapi apalah salahnya jika ada pemimpin yang boleh membantu kami menangguhkan kerja-kerja menghalau kami? 
"Satu dunia nampak apa yang berlaku di sini. Satu dunia nampak kami merayu pihak DBKL supaya tidak merobohkan rumah kami dan takkanlah tak ada seorang pun pemimpin Melayu yang boleh bersuara supaya kami tidak dihalau sebegini rupa? 
"Tak lama lagi umat Islam akan menyambut puasa dan kemudian hari raya. Cubalah bayangkan bagaimana dan di mana kami hendak meraikan bulan-bulan kebesaran Islam itu setelah kami kini tiada tempat tinggal," katanya. 
Jelas Munah, perkara sudah pun berlaku dan sudah terlambat untuk mana-mana pemimpin datang membantunya. 
Pemimpin yang datang dan berjuang bersama mereka ialah pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua dan Pemuda Pas. 
Ini bukan soal politik katanya tetapi lebih kepada misi kemanusiaan. Namun pemimpin UMNO yang diharapkan tidak pernah muncul apalagi untuk bersuara. 
"Hati kami dah hancur lebur sama seperti hancurnya rumah kami yang dirobohkan DBKL tanpa ehsan. Lepas ni, tak payahlah susahkan diri datang jumpa kami nak hulur bantuan itu dan ini. 
"Semuanya tidak akan dapat mengubat hati kami yang dah lebur. Kampung kami sudah hilang dan kini telah pun menjadi sejarah. 
"Namun perasaan kesal tetap akan kekal dalam diri kami kerana sikap pemimpin yang jelas nampak hanya mementingkan diri sendiri daripada rakyat,” ujarnya. - MalaysiaGazette

Buat macai-macai yang membaca.. fikir-fikirkan... jangan biar diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO!!

Lagi diculik di Sabah! Pengusaha ikan sangkar pula jadi mangsa..

$
0
0

Apa cerita ni.. Kerajaan dah habiskan beratus juta RM untuk menubuhkan ESSCOM di Sabah tapi kegiatan penculikan semakin menjadi-jadi..

Malah boleh dikatakan hampir setiap bulan berlaku penculikan dengan cara yang hampir sama.. datang dengan bot laju lengkap bersenjata..

April lalu, insiden penculikan di Semporna berulang selepas pelancong dikenali sebagai Gao Hua Yun, 29, dari Shanghai, China dan pekerja Filipina, Marcy Dayawan @ Mimi dibawa lari dari Singamata Reef Resort. 

Bagaimanapun, warga China tersebut dibebaskan sebulan kemudiaan.

Kejadian terbaru ini mengulangi insiden yang berlaku tahun lepas dimana dua kes penculikan membabitkan nelayan di atas bot mereka pada April dan pada November pula, pelancong Taiwan diculik dari Pulau Pom-Pom.

Esscom ditubuhkan susulan insiden penculikan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah serta menerima peruntukan tambahan sebanyak RM75 juta daripada kerajaan pusat daripada peruntukan awal bernilai RM286 juta.

Maka timbullah persoalan dengan begitu banyak dana dilaburkan kenapa ianya masih gagal untuk menjadikan perairan Sabah lebih selamat?

Apakah pelaburan yang dilakukan oleh Kerajaan itu demi kroni atau demi rakyat?

... Seorang pengusaha ikan sangkar dan pekerjanya warga Filipina diculik sekumpulan lelaki di kawasan sangkar ikan Kampung Air Sepang, Kunak di sini tengah malam tadi.

Mangsa berusia 32 tahun dan pekerjanya berusia 20 tahun diculik empat lelaki bertopeng dan bersenjata kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, dua suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan ikan itu manakal dua lagi menunggu di dalam bot.

The Star Online melaporkan..

LAHAD DATU: A 32-year-old fish breeder and a Filipino worker were abducted by two gunmen in Kunak, about 60km away from this town in the east coast of Sabah early Monday.  
The two victims, who have yet to be identified, were taken from their fish farm at Kampung Sapang at about 12.45am by the two men armed with rifles.  
The gunmen, believe to be Filipinos, fled across the border to southern Philippines in a speed boat.  
The Philippines authorities have been alerted while Malaysian security forces are continuing to comb the area.

Harga Mentega dan Gula yang diproses naik..

$
0
0

Semoga tak ada Menteri yang akan berkata "Kalau Mentega mahal gunakan belacan" pula hendaknya dengan tersebarnya laporan ini...

... Ramadan yang bakal tiba muncul 12 hari lagi pasti mencabar bagi poket rakyat Malaysia. Apa lagi kalau bukan disebabkan kenaikan harga barangan.

Setakat ini peniaga-peniaga di pasar sudah pun memberi amaran akan kenaikan barangan tertentu seperti daging dan santan.

Kenaikan baru yang bakal dihadapi oleh peniaga ialah barangan bakeri. Ini bermakna harga biskut raya yang dijual di pasaran pasti naik.

Kalaupun tidak membeli biskut raya, pastinya suri rumah terpaksa berbelanja lebih untuk membuat biskut raya.

Pemilik kedai bakeri di Dataran Sunway, Kota Damansara yang dikenali sebagai May memberitahu, harga mentega yang diimport dari Australia dan New Zealand pasti akan naik menjelang Ramadan ini. 

Katanya, mentega jenama Anchor sudah dinaikkan sebanyak RM1 bulan lalu manakala harga mentega Buttercup seberat 3.8 kilogram pula naik kepada RM52 berbanding RM47 sebelum ini.

"Saya tidak tahu kenapa bekalan mentega dari Australia dan New Zealand naik. Bila pembekal naikkan barang jadi peniaga kena naikkan harga juga," katanya kepada MalaysiaGazette.

Kenaikan harga mentega juga menyebabkan harga keju naik antara RM1 hingga RM3 bergantung kepada jenisnya.

Selain mentega, harga kekacang juga diramal dinaikkan mulai akhir bulan ini, seperti yang dinyatakan oleh pembekal.

Walaupun gula adalah barangan kawalan tetapi harga bahan-bahan berkaitan gula yang diproses dijangka seperti gula halus dan gula-gula warna, tambah May lagi.

Kata May, setakat ini harga tepung campuran masih kekal seperti harga tahun lalu. Beliau menambah, kenaikan harga barangan bakeri ini juga membuatkan peniaga seperti berasa susah hati kerana pelanggannya merupakan adalah pelanggan runcit.

"Kalau banyak barang naik, jumlah pembelian akan berkurangan kerana di pasaran banyak pilihan biskut yang dijual dengan pelbagai harga, yang beza hanya sedap atau tidak.

"Untuk membantu perbelanjaan, kami terpaksa mempelbagaikan saiz barangan supaya pengguna boleh membeli berdasarkan keperluan sahaja," ujarnya. - MalaysiaGazette

ADUN... bukannya macai yang dapat kontrak kampus UiTM rupanya..

$
0
0

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa satu kontrak pembinaan dan penyelenggaraan untuk kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Pasir Gudang diberikan kepada seorang ADUN Umno Pulau Pinang.

Rafizi mendedahkan bahawa kontrak tersebut diberikan kepada satu firma, yang mana 20 peratus pegangan dalam syarikat itu dipegang oleh ADUN berkenaan.

Beliau mendakwa demikian berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Penyata kewangan syarikat itu menyatakan kedudukan asetnya hampir RM6 juta tetapi pendapat tahunan hanya RM150,000,” katanya.

Jawapan Perdana Menteri kepada soalan Parlimen saya bertarikh 10 April 2014 mengesahkan bahawa satu perjanjian konsesi telah ditandatangani di antara Kerajaan Malaysia dan Cosmic Dimension Sdn Bhd bagi pembinaan UiTM Kampus Cawangan Pasir Gudang yang akan dibina oleh Cosmic Dimension Sdn Bhd dan disewakan kembali kepada UiTM.  
Dalam jawapan yang sama, Perdana Menteri mengakui bahawa kos kampus adalah di antara RM280 juta ke RM315 juta tetapi UiTM terikat dengan satu perjanjian konsesi selama 23 tahun dengan bayaran sewa tahunan di antara RM56 juta hingga RM69 juta.  
Semakan menunjukkan bahawa Cosmic Dimension Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mana salah seorang pemilik saham utamanya adalah YB Shariful Azhar Othman, ADUN Bertam (Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) dari Umno.  
Beliau memegang sebanyak 1 juta saham Cosmic Dimension Sdn Bhd iaitu 20% saham pemegang konsesi tersebut.  
Bersama-sama seorang lagi pengarah dan pemegang saham utama iaitu Mohamed Rafik Mohd Idris (pemegang 45% saham), YB Shariful Azhar Othman mengawal secara majoriti Cosmic Dimension Sdn Bhd.  
Kedua-dua YB Shariful Azhar Othman dan Mohamed Rafik Mohd Idris mempunyai hubungan rapat melalui satu yayasan iaitu Yayasan Abadi yang ditubuhkan secara bersama oleh mereka.  
YB Shariful Azhar Othman adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah sementara Mohamed Rafik Mohd Idris adalah pengarah urusan Yayasan Abadi.  
Semakan terkini pada 14 April 2014 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa penyata kewangan terakhir yang difailkan oleh Cosmic Dimension Sdn Bhd dengan SSM adalah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2008.  
Penyata kewangan itu menunjukkan kedudukan aset sebanyak hampir RM6 juta dan perolehan tahunan sebanyak RM150,000 sahaja.  
Sebab itu, bukan sahaja saya mempersoalkan kaedah penswastaan kampus cawangan UiTM yang digunapakai oleh Barisan Nasional, malah saya berpendapat latar belakang syarikat pemegang konsesi tidak menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh dan pengalaman yang panjang dalam sektor pembinaan.  
Apabila dibandingkan dengan konsesi kampus-kampus cawangan lain yang menunjukkan setiap konsesi berkait dengan seorang yang rapat dengan Umno, saya menggesa Perdana Menteri menjawab sama ada perjanjian konsesi ini diberi kepada Cosmic Dimension Sdn Bhd kerana syarikat itu berkait rapat dengan seorang ADUN Umno?  
Perjanjian konsesi 23 tahun yang membebankan UiTM ini sudah tentu akan membawa kesan kepada yuran dan perbelanjaan-perbelanjaan lain satu hari nanti seperti mana perjanjian tol dan IPP telah mengekang kemampuan kewangan Kerajaan Persekutuan. 
RAFIZI RAMLI 
Ahli Parlimen Pandan
16 Jun 2014


Dokumen dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai perkara ini silalah lihat di SINI

Banduan Terlepas: Ini gambar palsu dan tidak benar kata Polis

$
0
0

Polis hari ini menafikan ada menyebar gambar seorang lelaki yang didakwa terlepas dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata gambar berkenaan adalah palsu dan tidak benar.

Gambar lelaki itu, yang kini tersebar di laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp, kononnya suspek terlibat dalam jenayah bunuh, samun bersenjata dan rogol yang dipercayai berada di sekitar Keramat, Wangsa Maju dan Setiawangsa.


"Jika benar suspek terlepas dari lokap IPD Ampang sudah tentu pihak polis akan membuat pemburuan secara besar-besaran atau membuat sekatan jalan bagi menangkap lelaki itu," katanya hari ini.

Oleh itu, beliau meminta orang ramai agar tidak mempercayai berita itu dan menasihatkan kepada pihak tidak bertanggungjawab supaya tidak menyebarkan berita sebegini kerana mendatangkan kerisauan pada orang ramai. – Bernama

Kesatuan TNB bantah lanjut kontrak kepada kroni BN yang dah kaut RM20 Billion..

$
0
0

Kesatuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersedia mengerahkan ahli-ahlinya berarak di jalanan sekiranya TNB masih berminat meneruskan kontrak YTL sebagai penjana tenaga bebas (IPP).

Presiden TNB Junior Officers Union (TNBJOU), Mohd. Roszeli Majid berkata, selain 34,900 ahli, pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat awam - ia akan menghimpun bilangan yang jauh lebih besar daripada perhimpunan Bersih.

“Sekiranya kontrak YTL sebagai IPP yang tamat tahun 2015 diperbaharui dan kontrak stesen janaletrik Pasir Gudang, Johor diberi kepada mereka tidak mustahil perkara sedemikian akan berlaku.Kami akan berjuang habis-habisan kali ini.

“Ia bukan sahaja menjadi punca kakitangan TNB menjadi mangsa malah rakyat sendiri akan terbeban dengan kenaikan tarif elektrik pada masa depan,” ujarnya.

Terdahulu, TNBJOU bersama Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional, Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB dan Persatuan Unit Keselamatan TNB mengadakan demonstrasi aman dan menghantar memorandun kepada pimpinan TNB membantah pelantikan YTL sebagai IPP.

Seperti gambar di bawah, memorandum berkenaan disampaikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohd.


Mohd. Roszeli berkata, TNB tidak menikmati sebarang manfaat sejak berurusan dalam pembelian tenaga dengan YTL sejak tahun 1993 malah perjanjian pembelian tenaga generasi pertama dengan syarikat itu menyebabkan TNB terpaksa menanggung beban kewangan dengan membayar harga belian tenaga yang lebih tinggi daripada apa yang TNB mampu janakan pada masa itu.

“Berdasarkan angka dan maklumat yang kami peroleh, sehingga kini TNB telah membayar lebih RM20 bilion kepada YTL,” katanya sambil memberitahu pelantikan YTL sebagai IPP dilakukan secara runding terus.


Mereka juga percaya pelbagai implikasi melibatkan jaminan pekerjaan akan berlaku kesan daripada projek berkapasiti 1,400 megawatt (MW) hingga 2,000 (MW) yang ditawarkan kepada YTL.

“Kami masih ingat bagaimana YTL membina loji janakuasa elektrik di Paka, Terengganu dengan menyewa tanah TNB hingga menyebabkan ahli-ahli kami terpaksa dipindahkan bersama kaum keluarga masing-masing.

“Kami juga bersimpati dengan kaum pekerja dan rakyat yang terpaksa menanggung bil elektrik yang tinggi selepas wujudnya IPP milik YTL,” katanya.

Beliau juga bimbang sekiranya projek IPP di Pasir Gudang diberikan kepada YTL, ia memaksa kerajaan menyambung kontrak IPP yang lain yang menjadikan kes YTL sebagai rujukan utama seterusnya mewujudkan dominasi dalam projek IPP.

Mohd. Roszeli juga mendesak supaya pengurusan TNB mempertahankan dan tidak menyerahkan tanah TNB di Stesen Elektrik Pasir Gudang kepada pihak YTL dalam jua keadaan.

“TNB beritahu akan beri keputusan mengenai sama ada penglibatan YTL diterima atau tidak pada 25 Julai ini..kalau tidak selain berarak di jalanan, kami juga akan berkhemah di Pasir Gudang beramai-ramai walaupun ia berlarutan sampai bulan Ramadan,” ujarnya.

Pihaknya juga kesal dengan kenyataan seorang pengurusan YTL yang mengkritik dasar kerajaan dengan menyifatkan Malaysia mengamalkan kronisme sedangkan ia seolah-olah peribahasa 'menepuk air di dalam dulang terkena muka sendiri'.

Menurutnya, sebagai kesatuan dalaman TNB, ini adalah tindakan kali pertama pihak kesatuan TNB membuat demonstrasi dan menghantar memorandum dan mereka tidak akan berbuat sedemikian sewenang-wenangnya melainkan benar-benar terpaksa seperti senario yang berlaku sekarang.--MalaysiaGazette

Kampung Chubadak: Hakikatnya DBKL memang tak berhati perut...

$
0
0

Surat Mahkamah Tinggi sudah pun keluar pada 12 Jun 2014 bagi menghalang kerja-kerja menceroboh atau menceroboh kawasan perumahan Kampung Chubadak Tambahan di Sentul tetapi malang sekali, hampir semua rumah telah selamat direbahkan ke bumi!

Tangisan penduduk yang menjadi mangsa kerakusan pihak pembuat keputusan merobohkan rumah mereka sudah tidak bermakna lagi.

Tempat berteduh sudah musnah dan hati mereka yang merobohkannya mungkin puas melihat kerja-kerja yang dilakukan gagal dihalang penduduk yang rata-rata adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Sebelum rumah mereka dirobohkan, penduduk merayu, menangis malah ada yang meraung sampai pengsan di hadapan sekumpulan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mereka cuma merayu agar kerja-kerja meroboh itu ditanghuhkan kerana mereka sedang menanti keputusan mahkamah.

Itulah yang diminta sambil cuba menghalang keganasan jentolak DBKL meluru ke arah rumah mereka.

Berkat doa penduduk teraniaya yang bakal menyambut Ramadan tidak sampai dua minggu lagi ini, akhirnya surat perintah Mahkamah Tinggi berjaya diperoleh.
.

Serta merta kerja-kerja meroboh dihentikan dan tidak ada lagi kelibat penguat kuasa DBKL di kawasan kampung tersebut yang telah pun dimusnahkan.

Apa yang menghairankan, kenapa kerja-kerja meroboh tidak diteruskan sahaja sehingga kampung tersebut menjadi padang jarak padang tekukur?

Kenapa boleh berhenti sebaik sahaja surat perintah Mahkamah Tinggi dikeluarkan sedangkan surat itulah yang memaklumkan permohonan penduduk sedang diproses sebelum tindakan meroboh diambil oleh DBKL?

Di sinilah letaknya peri kemanusiaan dan timbang rasa dalam menentukan sesuatu keputusan.

Penangguhan yang diminta penduduk sepatutnya boleh dipertimbangkan kerana mereka ada asas yang kukuh menunggu keputusan mahkamah.

Apa yang dilihat, kerja-kerja yang dilihat terburu-buru ini tidak langsung mencerminkan kejujuran dalam pelbagai aspek.

Pendek cerita, kejadian di Kampung Chubadak bagai ada yang tak kena sehingga kerja-kerja meroboh seperti tidak boleh ditunggu kerana desakan pembangunan.

Walaupun sehari, rumah-rumah di situ wajib dimusnahkan sedangkan bila dikaji balik, projek pembangunan yang hendak dibina bukanlah akan dibuat minggu depan.

Perkara sudah berlaku dan hasilnya, penduduk yang menjadi mangsa hilang tempat berteduh.

Bila keluar surat mahkamah, mereka melahirkan rasa syukur namun di sebalik itu, siapa yang bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi rumah yang telah dirobohkan?

Apakah DBKL yang bertindak melulu tanpa ada timbang rasa untuk menunggu seketika akan bertanggungjawab untuk mengembalikan rumah mereka?

DBKL boleh buat kenyataan membela diri tetapi sesuatu yang perlu dipersoal, apakah DBKL akan melakukan perkara sama jika kejadian itu melibatkan rumah keluarga sendiri?

Sedihnya kita yang melihat tidak akan sama dengan kesedihan yang ditanggung oleh mangsa.

Sekiranya ada pertimbangan atau sedikit sifat perikemanusian sebelum perintah mahkamah dikeluarkan, DBKL akan menjadi badan yang disanjung selamanya.

Malang sungguh, apa yang berlaku adalah sebaliknya dan DBKL akan terus dikenang sebagai badan yang membawa imej buruk kepada kerajaan!

Itulah hakikatnya. - MalaysiaGazette

Suami sebak kutip cebisan daging dan organ dalaman isteri yang maut digilis lori..

$
0
0

Termenung sejenak bila aku membaca apa yang telah dilaporkan oleh Harian Metro ini pagi tadi ..

Dimana ianya melaporkan tentang ketabahan seorang suami dalam menghadapi tragedi yang menyayat hati ini.

Beliau dalam menahan sebak menyaksikan tubuh isterinya yang hancur digilis lori berusaha untuk mengutip sendiri cebisan daging isterinya itu.

Malah beliau turut membersihkan jalan raya tempat berlakunya kemalangan ini dari darah isterinya..


Dalam termenung aku terfikir adakah aku mampu setabah lelaki ini andaikata situasi ini terjadi kepada aku??

Baca laporan ni.. tapi ini dari Kosmo bukan dari Harian Metro yang aku baca tu..

Suami sebak kutip organ dalaman isteri yang maut digilis lori pasir


KUALA LUMPUR– Seorang suami terpaksa menahan sebak sambil mengutip sendiri beberapa organ dalaman isterinya yang berselerakan di atas jalan selepas mangsa maut digilis sebuah lori pasir dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafiz Ab. Rahman yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras dekat sini.

Noorshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.

Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara kenderaan lain yang melalui jalan itu.

“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya yang menunggang motosikal terpaksa melalui di celah sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna perak.

“Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu tiba-tiba menghimpit motosikal saya dan isteri sehingga menyebabkan kami terjatuh ke bawah lori yang bergerak itu,” kata Hafiz ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.

Hafiz yang tidak bekerja kerana sedang menuntut agama di sebuah madrasah di Seri Petaling dekat sini berkata, dia sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.

Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut. 

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.

Cerita Hafiz lagi, pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan telah berhenti bagi memberi bantuan manakala kereta Mercedes-Benz itu lari meninggalkan lokasi kejadian.

Jelasnya, mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.

Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Markandan Subramania mengesahkan kejadian itu dan sehingga petang semalam pemandu kereta tersebut belum membuat laporan polis ~ Kosmo


AL FATIHAH buat Allahyarhamah!

Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

Vincent Tan akan labur RM3 Billion untuk bangunkan Kasino Kedua di Malaysia.. Macai tentu suka..

$
0
0

Cadangan untuk membangunkan Kasino yang ke dua di negara Malaysia yang dikatakan bukan negara sekular oleh Jamil Khir semalam ini datangnya dari kroni UMNO/BN.

Beliau dilaporkan bercadang untuk melabur RM3 Billion untuk sebuah Kasino di Berjaya Hill yang terletak beberapa minit perjalanan dari Genting Highland.

Pelaburan berjumlah RM3 Billion itu bertujuan membangunkan Berjaya Hill sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia selain sebagai pusat pelancongan terbesar di Malaysia.

"Rakyat Malaysia dan warga asing membelanjakan wang mereka untuk berjudi, hotel dan makanan di Singapura, Macau, Kemboja, Filipina dan Las Vegas. Saya pasti mereka akan suka datang ke sini. Kita boleh menjangkakan ketibaan beratus-ratus bas dari Singapura," katanya.

Kroni UMNO/BN ini telah memohon lesen untuk mengendalikan kasino di Berjaya Hills lebih daripada 10 tahun lalu, tetapi ia telah ditolak berikutan bantahan daripada sesetengah pihak.

Berjaya Hills, yang berada hanya beberapa minit pemanduan dari kasino tunggal di negara ini di Genting Highlands, pada masa ini hanya mempunyai permit untuk mengendalikan mesin slot.

Vincent Tan berkata beliau berhasrat untuk melabur RM3 bilion pada awalnya dalam kasino ini, untuk menjadikan Berjaya Hillls sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia dan projek pembangunan pelancongan terbesar di Malaysia.

Kompleks yang terletak berhampiran Genting Highlands ini, akan mempunyai pusat perjudian, taman tema dalaman dan luaran, kedai makanan, gedung runcit, hotel, pusat konvensyen dan rumah percutian.

Beliau turut memberitahu akhbar itu bahawa kasino itu akan menyediakan peluang pekerjaan bagi kira-kira 10,000 penduduk tempatan.

Jika ianya diluluskan maka ini adalah Kasino yang kedua di negeri Pahang yang terletak dalam Malaysia negara bukan sekular..

Vincent Tan tries to revive casino plan in Berjaya Hills Resort  
As the debates rages on over Malaysia’s status as a secular state and the renewed interest in hudud, tycoon Tan Sri Vincent Tan wants to revive his plan to operate a casino at the Berjaya Hills Resort in Pahang. 
The Berjaya group founder said he hoped there would be no objections from any party as the casino complex would benefit Malaysia in terms of foreign exchange and economic spillovers. 
“Malaysians and foreigners are spending their money on gambling, hotels and food in Singapore, Macau, Cambodia, the Philippines and Las Vegas. I’m sure they would like to come here. We can expect hundreds of buses from Singapore here,” he told the New Straits today in an exclusive interview. 
Tan had applied for a licence to operate a casino in Berjaya Hills more than 10 years ago but it was rejected amid protests from some quarters. 
Berjaya Hills, which is just minutes away from the country’s only casino in Genting Highlands, currently has a permit to operate slot machines. 
Tan said he intended to invest RM3 billion initially in the casino to turn Berjaya Hillls into a world-class tourist destination and Malaysia’s biggest tourism development. ‎ 
The complex, located near Genting Highlands, will include a gaming centre, indoor and outdoor theme parks, food outlets, a retail mall, hotels, a convention centre and holiday homes. 
Tan told the paper the casino would provide jobs for about 10,000 locals. 
“We will reapply for the licence. Malaysia should not stick to one operator. It should be shared with other operators as tourism developments can generate a lot of income for the country," Tan was quoted as saying. 
“South Korea, Japan and Taiwan are looking to give out licences to operate casinos as they realise the full potential of such developments. 
“We will market Berjaya Hills as a new casino destination globally. I have 4,600ha in Berjaya Hills and there is lot that can be done with such a licence,” he said. 
Tan’s plan to revive is his latest shot at a gambling licence. In 2010, Tan’s attempt to launch sports betting was aborted after Putrajaya, which had initially granted a betting licence to Ascot Sports, a company controlled by Tan, developed cold feet and withdrew the licence following stiff opposition.

“By legalising sports betting… the government could earn annual revenue of up to RM3 billion through taxes,” Tan was quoted as saying by the English-language New Sunday Times newspaper. 
“Why are some politicians so against this?” 
Muslim groups have denounced gambling and three Pakatan Rakyat-controlled states have imposed a ban on legalised sports betting which they fear could cause debt problems for punters and other social woes. 
Unofficial estimates put the illegal sports betting market in Malaysia as being worth as much as RM20 billion a year. 
Malaysia bans its majority Muslims from gambling but allows betting at a casino operated by Genting Group, on the national lottery and on horse-racing ~ The Malaysian Insider

Macai-macai tentu suka.. kan ada 10,000 peluang pekerjaan tu..  halal haram belakang kira..

Najib punca Bumiputera gagal berniaga di KLIA2 dakwa PERKASA

$
0
0

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana gagal menunaikan janji untuk memberikan tempat berniaga kepada Bumiputera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, berkata segala janji Najib sebelum ini kepada Bumiputera hanya retorik semata-mata.

"Masalah peniaga Bumiputera tidak mendapat tempat ruang niaga di klia2 membuktikan segala janji dan agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera sejak lima tahun dulu dengan pelbagai pengumuman yang diwar-warkan terbukti hanya retorik perdana menteri saja," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syed Hassan berkata, isu di klia2 bukan perkara baharu mengenai Bumiputera dipinggirkan.

"Isu KLCC, beberapa pusat beli-belah lain dan terbaharu di klia2 terus ketepikan peniaga Bumiputera dalam pada kononnya kerajaan hendak memperkasakan ekonomi Bumiputera.

"Tetapi semakin jauh pula jadinya," katanya.

Beliau mendakwa, saranan Najib kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya membantu Bumiputera tidak diendahkan langsung.

"GLC tidak endahkan langsung saranan PM. Pelecehkan lagi ada," katanya.

Beliau juga mempertikaikan Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputraya (MTEB) yang bersikap lepas tangan.
"Mana MTEB yang dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri? Di mana MTEB?" soalnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan ramai pengusaha Bumiputera gagal mendapatkan ruang niaga di klia2.

Malah, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan menyuarakan keluhan tentang susahnya mencari restoran Melayu di klia2.

Bagaimanapun, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menegaskan kira-kira 40% penyewa adalah usahawan Bumiputera yang juga merupakan komposisi tertinggi dalam sektor peruncitan ~ The Malaysian Insider

358 hari persidangan, Najib hanya hadir 26 kali?.. Kaki ponteng rupanya dia...

$
0
0

Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa menempelak sikap Datuk Seri Najib Razak yang kerap ‘ponteng’ sidang Parlimen sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, selepas lima tahun menjadi Perdana Menteri semenjak 2009, Najib hanya 26 kali hadir ke Dewan Rakyat sepanjang 358 hari persidangan.

“Tanggungjawab Perdana Menteri dan seluruh jemaah Menteri menjawab setiap pertanyaan. 

“Malangnya, kadar kehadiran beliau, sama ada untuk menjawab soalan mahu pun menyertai perbahasan dengan Ketua Pembangkang, adalah sangat rendah,” kata Er pada sidang media di Parlimen hari ini. 

Beliau memetik Penyata Rasmi Dewan Rakyat yang menyatakan Najib hanya hadir ke Dewan Rakyat tidak sampai dua jam secara purata – dengan pengecualian ketika ucapan tetap – dari tahun 2009 sehingga kini.

Malah Najib tidak hadir ketika giliran ucapan Ketua Pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan. 

“Jika guru merotan pelajar yang ponteng kelas – adakah rakyat perlu merotan Najib?” kata Er, sinis.

Er cuba membangkitkan isu tersebut dalam ucapan penangguhannya esok, namun ditolak Setiausaha Dewan Rakyat atas alasan ia ‘bukanlah berkenaan apa-apa perkara tadbir dalam tanggungan Kerajaan’. 

Alasan itu seolah-olah menunjukkan kehadiran Perdana Menteri selaku ketua kerajaan ke Dewan Rakyat bukan perkara utama.

“Adakah Perdana Menteri dan kerajaan tidak memahami tanggungjawab mereka? Parlimen adalah cabang pengasingan kuasa (legislatif) yang berperanan untuk semak dan imbang perlaksanaan dasar dan tugas Eksekutif,” tegas Er.

Beliau kini merayu kepada Dewan Rakyat bagi mendapatkan perisytiharan berhubung soal kehadiran Najib serta penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi mempertimbang sesi soal jawab khas bersama Perdana Menteri setiap minggu bermula sesi Parlimen akan datang.

Er turut menyeru semua Ahli Parlimen menyokong cadangannya dengan menurunkan tandatangan pada surat rayuan dengan objektif merealisasikan kualiti pernahasan di Parlimen Malaysia bertaraf dunia. 

“Sesi soal jawab itu penting memandangkan isu yang diutarakan dalam soalan lisan dan bertulis sudah ‘ketinggalan zaman’ (ketika jawapan diberikan),” tegas Er. – Roketkini.com

Tiada istilah militan terhadap orang Islam

$
0
0

Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.

Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.

“Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.

“Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya.

Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.

“Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.

“Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.

Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.

“Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah.

“Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya ~ Sinar Harian

Kampung Chubadak Tambahan tetap akan dirobohkan!! kata Datuk Bandar KL

$
0
0

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kesemua "rumah haram" penduduk Kampung Chubadak Tambahan akan dirobohkan walau penduduk memfailkan injuksi di Mahkamah Tinggi.

Katanya, tindakan itu diteruskan kerana penduduk di kawasan itu sudah menetap "secara haram” sejak lebih 20 tahun lalu.

“Ya, kerja-kerja perobohan akan diteruskan kerana mahkamah sudah tetapkan (sebelum ini).

Penduduk berkenaan memohon injuksi tersebut pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi. Mahkamah seterusnya membenarkan injunksi tersebut berkuatkuasa selama 14 hari, sehingga 26 Jun.

“Itu mereka yang failkan, (tapi) kita tetap teruskan perobohan,” katanya lagi.


Ahmad Phesal ditemui pemberita ketika lawatannya bersama media sempena pameran Greater KL dengan Invest KL di ibu negara hari ini.

Ahmad Phesal turut menepis dakwaan bahawa pampasan berjumlah RM7,000 terlalu sedikit manakala penempatan baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Jalil pula terlalu kecil.

“Apa yang tidak munasabah? Mereka tinggal di sana secara haram. Kita pindahkan mereka di rumah PPRT daripada mereka terus tinggal secara haram di situ," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa pemasangan bekalan elektrik dan air akan ditanggung oleh penduduk yang dipindahkan, Ahmad Phesal menganggap hal itu bukan satu masalah.

“Perkara itu bukan satu masalah, kita berikan wang pindah rumah sebanyak RM 1,000 setiap keluarga. Tetapi soal pampasan saya RM7,000 itu saya tak tahu. Itu (urusan) pemaju,” katanya.

Ditanya mengenai rundingan antara DBKL, pemaju dan penduduk mengenai pampasan, beliau menegaskan bahawa DBKL tidak terlibat dengan rundingan mengenainya kerana melibatkan antara pihak pemaju dan penduduk sahaja.

Minggu lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat.

Sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan. Penduduk diminta untuk memberi laluan untuk pembangunan kepada DBKL, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan pemaju Sentul Murni Sdn Bhd.

Pembangunan yang akan dijalankan di kampung itu berkait dengan rancangan tahun 2006 untuk membangunkan bekas tanah rezab Melayu itu kepada satu kawasan perbandaran ~ Malaysiakini

Urus ekonomi macam hampeh!.. Najib dibelasah lagi

$
0
0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dicadangkan agar menggugurkan dirinya sebagai menteri kewangan kerana terdapat konflik kepentingan, kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin. Dalam tulisan di blognya The Scribe bertajuk “Rombak Kabinet: PM Gugur Najib?”,

Kadir berkata, cadangan yang asalnya menjadi bahan lawak itu mempunyai kewajarannya. 

"Jenaka atau tidak, saya rasa perdana menteri perlu memikirkan semula kedudukan Najib sebagai menteri kewangan.Bukan saja pengurusan kewangan negara di bawah Najib mencetuskan pelbagai isu dan persoalan, ia juga berupa konflik kepentingan.

"Apabila PM juga bertindak sebagai menteri kewangan maka tidak wujud lagilah proses pemisahan kuasa dan timbang tara. Kalau ada menteri yang tidak puas hati dengan peruntukan atau tindak-tanduk kementerian kewangan, kepada siapa mereka hendak mengadu?" soal Kadir dalam blognya semalam.

Khabar angin tentang penyusunan semula Kabinet tersebar luas minggu lalu dan diberitakan akan dilaksanakan Najib Jumaat lalu selepas beliau pulang dari Turksmenistan.

Antaranya untuk membolehkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang menang di Teluk Intan menyertai Kabinet seperti dijanjikan Najib sendiri semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) itu. 

Wartawan veteran itu turut membariskan kelemahan ketara Najib sepanjang beliau menjadi menteri kewangan.

“Antaranya, sejak Najib menjadi menteri kewangan pada 2009, pertumbuhan ekonomi negara terus terperangkap dalam lingkungan 5%. Antara 2009 dan 2013, ekonomi negara tumbuh purata 4.28% saja,” katanya.

Kadir berkata, seorang bekas menteri kewangan memberitahunya kadar itu adalah “biasa” saja kerana ekonomi Malaysia mempunyai potensi untuk berkembang dengan lebih pesat.

Dalam tulisannya, Kadir berkata, defisit belanjawan juga meningkat daripada 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 (zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi) kepada 6.7% pada 2010 yang berupa belanjawan pertama Najib sebagai menteri kewangan dan purata defisit belanjawan antara 2010 dan 2014 adalah 5%.

"Hutang kerajaan persekutuan pula meningkat dengan mendadak sejak Najib menjadi menteri kewangan, iaitu daripada 41.24% KDNK pada 2009 kepada 52.8% pada 2010. Tahun ini (2014) hutang kerajaan dianggarkan naik kepada 54.8% KDNK," kata Kadir.

Katanya, jumlah hutang kerajaan juga meningkat daripada RM362.3 bilion pada 2009 kepada RM519.3 bilion pada akhir tahun lalu.

"Defisit belanjawan yang tinggi dan hutang kerajaan yang semakin meningkat menyebabkan agensi penarafan antarabangsa Fitch menurunkan penarafan hutang Malaysia daripada stabil kepada negatif pada Julai lalu.

"Ia adalah tamparan kepada Najib," katanya.

Selain defisit belanjawan dan hutang kerajaan, prestasi ringgit Malaysia juga menimbulkan tanda tanya walaupun Bank Negara tidak putus-putus memberi jaminan ia "ok", tulis Kadir.

Kadir berkata, menteri kewangan tidak semestinya seorang ahli politik dan boleh dipilih di kalangan teknokrat.

"Masakan Malaysia ketandusan bakat ekonomi dan kewangan sehingga tidak ada lagi teknokrat dan ahli perniagaan macam Tun Daim Zainuddin yang dua kali menyelesaikan krisis ekonomi negara?

"Pendirian saya dalam hal ini konsisten. Sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyandang jawatan menteri kewangan lagi saya menulis PM tidak wajar menjadi menteri kewangan apatah lagi apabila kepakaran mereka dalam bidang itu cetek dan dipersoalkan," katanya yang juga merupakan penyokong kuat Dr Mahathir itu.

Kadir berkata, perdana menteri juga tidak perlu bermuka-muka dengan parti Cina dalam Barisan Nasional (BN).

“MCA masih dalam mode cakap, tetapi belum ada bukti yang ia kembali mendapat perhatian orang Cina apatah lagi sokongan mereka.

"Orang Cina tolak BN, jadi buat apa Najib terhegeh-hegeh melayan MCA dan Gerakan. The Chinese had said loud and clear they do not need the BN. Let them be!" katanya.

Tetapi, katanya, isu jawatan menteri untuk Gerakan sudah menjadi kewajipan kerana itu yang dijanjikan dalam PRK Teluk Intan.

Beliau berkata, perdana menteri perlu utamakan kaum majoriti (Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak) yang daif kerana mereka inilah yang menyelamatkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Beliau juga mencadangkan agar membuang menteri Melayu-Bumiputera yang hambar dan ganti dengan yang lebih muda dan baik.

"Manfaatkan duit pembayar cukai. Kurangkan bilangan anggota Kabinet. Hentikan pemborosan. Dahulukan rakyat, utamakan pencapaian. Walk the talk," katanya ~ The Malaysian Insider

Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini?.. Kirim salam laaa...

$
0
0

Walaupun aku ahli Keadilan tapi terus terang aku akui dah lama aku tak jenguk portal Keadilan Daily ni.. bukan apa.. cuma beritanya agak ketinggalan jika dibandingkan dengan lain-lain portal..

Kadang-kadang bila aku baca, aku jadi keliru sebab apa yang aku baca tu rasa macam aku dah baca..

Hari ni aku jenguk.. dan aku terbaca laporan ni... laporan yang kelihatan tak masuk akal..

Muhyiddin Yassin letak jawatan TPM Jumaat ini? 
KUALA LUMPUR 18 JUN: Khabar angin bertiup kencang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam masa terdekat. 
Menurut sumber, Muhyiddin dikatakan bakal digantikan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 
Najib dikatakan mahu berbuat demikian dengan alasan supaya Muhyiddin menumpukan perhatian kepada pengukuhan Umno. 
Akhbar The Malay Mail minggu lalu melaporkan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran dan dijangka akan berlaku seawal Jumaat ini. 
Beliau antara lain dilapor mempertimbangkan perubahan itu yang mungkin melibatkan tiga naib presiden Umno– Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal. 
Khabar angin bahawa Muhyiddin akan digantikan oleh Hishamuddin itu turut dinyatakan seorang blogger Umno, Zaharin Mohd Yassin atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai dalam status di Facebooknya. 
Bagaimanapun, Zaharin nampaknya tidak bersetuju jika keputusan itu diambil, malah menggelarkan Hishamuddin sebagai ‘pondan’ dan pemimpin seperti itu tidak lagi dipercayai di kalangan orang Melayu. 
Katanya, sekiranya keputusan itu dibuat, maka Umno bakal mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 
“Ada orang kata menjelang Jumaat ini Tan Sri Muhyiddin Yassin di jangka akan bercuti panjang untuk menguruskan soal Umno.. dan Pemangkunya TPM ialah Hishamuddin Hussein.. 
“Jika si ‘pondan’ ini jadi TPM.. pejabat UMNO di mana-mana sila kemaskan pejabat anda… PRU akan datang.. sudah pasti UMNO bungkus.. bukan kerana UMNO tak kuat.. orang Melayu sudah tidak percaya dah dengan orang macam Hishamuddin Hussein sebagai bakal penerus UMNO. 
“Masalah peniaga melayu di KLIA pun tak boleh berjuang.. nak harapkan apa lagi. Saya jadi ahli biasa sahaja.. nak berjuang tak ada ,” tulisnya ~ KeAdilanDaily

Muhyiddin Yassin nak letak jawatan?.. kirim salamlaaaa...

Bukannya kita tak tahu dalam UMNO/BN ni selagi ada nyawa kalau boleh kuasa yang dipegang tak mahu dilepaskan mereka..

Selain selagi ada nyawa.. selagi mereka rasakan diri mereka msih belum cukup kaya jangan mimpilah nak diletakkan jawatan...

Kecuali kalau ada tekanan atau ada salah laku ianya akan digugurkan, itupun biasanya digugurkan bila nak tiba pilihanraya.. lepas pilihanraya dilantiklah semula..

Tujuannya cuma nak memperbodohkan rakyat dengan berbuat begitu supaya kabinet atau pimpinan mereka kelihatan berwibawa kononnya..

Sebab itulah kita menyaksikan hanya Khairy yang boleh dianggap sebagai pemimpin pelapis yang ada.. yang lain semuanya dah bertaraf warga emas.

Bukannya tak ada orang muda yang menyokong UMNO/BN.. ada.. tapi nak buat macam mana.. yang ada tu cuma sesuai dijadikan macai saja...

Beginilah nasib Peneroka.. dulu ditatang, kini langsung tak dipandang..

$
0
0

Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali, berjanji untuk memperjuangkan nasib peneroka yang tidak diberikan lesen persendirian dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk menjual hasil mereka kepada kilang lain.

Jelasnya, walaupun perbahasan dalam dewan rakyat telah dihalang tetapi sebenarnya mereka (peneroka) tidak kalah dalam perjuangan mereka.

“Apabila ada peneroka Felda yang berani berhimpun menuntut hak mereka, itu adalah petanda awal negara akan berubah dalam masa terdekat,” ujarnya dalam sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, dahulu peneroka Felda dianggap sebagai kubu kuat Umno tetapi itu telah menjadi sejarah.


“Pada hari ini kita dapat saksikan Pakatan Rakyat telah bawa isu ini dan telah ditolak. Isu yang kita bawa bukannya politik tetapi isu rakyat.

“Ini bukan usul tetapi petisyen yang dibenarkan oleh perlembagaan tetapi itupun ditakuti oleh pemimpin Umno,” katanya.

Menghalang suara rakyat

Dapat dilihat, watak Ahli Parlimen Paya Besar (Datuk Abdul Manan Ismail) yang menjerit-jerit menghalang supaya suara peneroka tidak didengari.

“Bila waktu mengundi mereka mahukan undi daripada peneroka Felda tetapi setelah dipilih mereka pula menghalang suara rakyat Felda.

“Sedangkan berapa banyak Felda dalam Paya Besar dan beliau pula menikus, menjerit dan mengaibkan peneroka,” katanya

Jelas Azmin, selagi peneroka tidak diberikan kebebasan untuk menjual hasil buah mereka kepada pengilang yang mereka suka selagi itulah Felda akan menekan dan membuli peneroka dengan harga yang tidak munasabah.

“Hari ini tidak ada seorang pun pemimpin Umno yang datang membela,” katanya.

Bagi Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa perkara itu telah direkodkan di dalam dewan rakyat tetapi telah ditolak Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dengan memberikan alasan teknikal.

“Speaker telah memberi penjelasan bahawa petisyen itu seharusnya dibawa oleh seorang wakil rakyat, dan mengatakan bahawa ada tangatangan yang tercicir, serta ia ditolak berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan,” katanya sewaktu sidang media di luar parlimen.

Jelasnya lagi, Speaker Dewan Rakyat harus bersikap adil kepada dua-dua pihak sama ada pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Bukan dengar suara kerajaan sahaja.

“Speaker harus adil dan bukannya mendengar suara pihak kerajaan sahaja,” ujarnya. Speaker dewan turut menjelaskan bahawa mereka(peneroka) harus ikut perjanjian.

“Sampai bila mereka harus iikut perjanjian tersebut, kerana peneroka yang datang hari ini adalah peneroka yang sudah mendapat hak milik tanah mereka.

“Oleh itu, kenapa peneroka ini tidak dibenarkan menjualkan hasil mereka kepada pengilang yang mereka suka,” katanya.

Jelasnya lagi, ini adalah periuk nasi peneroka, dan kekayaan negara datangnya adalah hasil daripada titik peluh mereka, tetapi mengapakah pihak speaker tidak mahu mendengar luahan hati mereka.

Ujarnya, walaupun terpaksa menerima keputusan yang telah ditetapkan oleh Speaker Dewan Rakyat, namun suara peneroka tidak akan terhenti di sini.

Ucap tahniah

“Inilah hakikat parlimen, yang kita kena ubah pada masa hadapan,” katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pula, beliau mengucapkan tahniah kepada peneroka yang berjuang untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

“Perjuangan untuk mengembalikan parlimen yang ‘berjiwa rakyat’ masih jauh dan tertegaknya parlimen ini adalah kerana mandat yang diberikan oleh rakyat kepada pemimpin,” katanya.

Jelasnya, perjuangan kita ini adalah untuk mengubah satu sistem yang lebih baik supaya semua suara rakyat dapat didengari.

“Inilah wajah Malaysia baru, pemimpin bangsa India membela orang Melayu dan orang Melayu pula membela bangsa lain serta inilah politik yang merentasi batasan kaum,” katanya.

Isnin lalu, Sivarasa dan tiga ahli Parlimen Pakatan menghantar cadangan usul membahaskan perkara ini berserta petisyen yang ditandatangani 3,015 peneroka Felda yang menuntut supaya diberikan lesen oleh MPOB ~ Free Malaysia Today

Malaysia sekular atau tidak? Tunku Abdul Rahman ada jawapannya!

$
0
0

Perbahasan serta perdebatan sama ada Malaysia adalah sebuah negara sekular semakin memuncak pada 16 Jun, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu seorang ahli parlimen bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

Persoalan "negara sekular ataupun tidak" telah berada di tengah-tengah perbahasan yang berterusan sama ada hudud boleh dilaksanakan di Malaysia.

Bekas presiden Badan Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan memberitahu theantdaily bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, hanya kerana Islam adalah agama persekutuan.

"Sistem kerajaan di Malaysia adalah berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan. Walaupun Islam adalah agama negara ini, ia tidak bermakna bahawa ia adalah sebuah negara Islam.

"Ia adalah sebuah negara sekular yang mempunyai unsur-unsur Islam sebagai sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan agama persekutuannya adalah Islam," katanya.

Ragunath berkata sebuah negara Islam bermakna semua undang-undang di negara ini adalah berdasarkan Islam.

"Kita telah menjadi ahli OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) selama beberapa tahun tetapi itu tidak bermakna bahawa kita merupakan sebuah negara Islam. Sebuah negara Islam bermakna bahawa semua undang-undang yang mentadbir negara, termasuk sistem keadilan jenayah, adalah berasaskan Islam," katanya.

Jamil Khir dilaporkan berhujah yang Malaysia bukan sebuah negara sekular berdasarkan fakta bahawa negara ini ditubuhkan berdasarkan kerajaan kesultanan Melayu Islam, di mana sultan adalah ketua agama Islam di negeri mereka masing-masing.

"Ini diperkukuhkan lagi oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, walaupun agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana di dalam persekutuan ini," kata Jamil Khir dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen, Oscar Ling (DAP-Sibu) .

Menteri itu membentangkan lima hujah bagi pendirian kerajaan persekutuan yang berdasarkan undang-undang tertinggi di negara ini, termasuk Perkara 11 (4) yang meliputi larangan terhadap penyebaran apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang Islam di bawah undang-undang negeri atau persekutuan.

Turut dipetik oleh beliau adalah fasal 1A Perkara 121 yang tidak memasukkan bidang kuasa mahkamah sivil ke atas mana-mana kuasa di dalam bidang kuasa mahkamah Syariah, dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan undang-undang Syariah yang mentadbir penganut agama Islam.

Jamil Khir juga menamakan Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan yang merangkumi ikrar oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Islam pada setiap masa, dan juga Perkara 12 (2) yang membenarkan kerajaan samada persekutuan atau negeri untuk menubuhkan atau memberi bantuan dana kepada institusi Islam dan pendidikan Islam.

"Oleh itu kedudukan ini berbeza dengan negara-negara sekular yang belum memiliki agama rasmi, tetapi membenarkan rakyat mereka untuk mengamalkan agama mereka sendiri. Agama mereka adalah berasingan dan sulit," katanya.

Kenyataan beliau mendorong Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh untuk mengatakan bahawa Mahkamah Persekutuan hendaklah menjadi pihak berkuasa yang berhak untuk menentukan jika negara ini adalah sekular, dengan mengatakan bahawa Agong mempunyai kuasa untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan pendapatnya mengenai persoalan kesan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Sebagai anggota Parlimen, saya dengan rasa rendah diri menyeru Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan menggunakan kuasa baginda di bawah Perkara 130, untuk merujuk perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan pendapatnya sama ada Malaysia adalah sebuah negara sekular ataupun tidak," Gobind dipetik sebagai berkata.

Tetapi mungkin cara terbaik adalah untuk melihat niat dan tujuan di sebalik pembentukan negara, dan tiada yang lebih baik dari merujuk kepada Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Malaysian Insider telah merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri pertama negara itu di Parlimen pada 1 Mei 1958, di mana beliau berkata: "Saya ingin menjelaskan bahawa negara ini bukan sebuah negara Islam seperti yang difahami secara umumnya; kita hanya menyatakan bahawa Islam hendaklah menjadi agama rasmi negara."

Sebuah artikel berita juga melaporkan ucapan Tunku pada 8 Februari 1983 sewaktu sambutan ulang tahun beliau yang ke-80, di mana beliau berkata: "Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi. "

Bukankah ini sudah cukup jelas?


~ The Ant Daily

PANAS!! Mahasiswi UM diusir keluar dari Dewan Peperiksaan kerana berpurdah..

$
0
0

Semalam, seorang siswi daripada Akademi Pengajian Melayu telah diarahkan keluar daripada dewan peperiksaan ketika peperiksaan berlangsung, untuk menanggalkan purdah yang dipakainya.

Pihak Hewi PMIUM melihat tindakan daripada seksyen Peperiksaan ini telah menafikan hak beliau untuk mengamalkan hak dalam beragama serta telah mengaibkan peribadi siswi tersebut.

Jika pemakaian purdah dilarang dengan alasan undang-undang UM tidak membenarkan, mengapakah larangan berkenaan hal ini tidak pernah dinyatakan secara jelas serta penguatkuasaan berkenaan larangan ini tidak juga dimaklumkan kepada mahasiswa UM sendiri?

Pihak seksyen peperiksaan juga dianggap mengenakan tindakan berbentuk "double-standard", apabila hanya siswi tersebut yang dikenakan tindakan sedemikian (diminta keluar dari dewan peperiksaan untuk membuka purdah), sedangkan rata-rata siswi lain yang juga berpurdah tidak pula dikenakan tindakan yang sama jika ia benar-benar melanggar peraturan universiti.

Lebih menghairankan, lebih ramai mahasiswa yang berpakaian menjolok mata di dalam kampus serta terang-terangan melanggar peraturan pemakaian pelajar tidak pula dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak berwajib.

Pihak Hewi PMIUM menuntut agar pihak pentadbiran UM dapat menjelaskan kepada mahasiswa berkenaan isu pemakaian purdah di dalam kampus.

Jika benar ia dilarang, di mana hitam putihnya dan apakah justifikasi larangannya? Kami juga menuntut agar penguatkuasaan dan tindakan tegas dikenakan kepada mahasiswa yang menyalahi etika berpakaian di dalam kampus seperti yang termaktub di dalam peraturan universiti.

Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Sobiroh Puzi, Pengerusi Hal Ehwal Mahasiswi, Persatuan Mahasisa Islam Universiti Malaya di SINI

Manakala berikut pula adalah kenyataan oleh mangsa sikap double standard UM, Zulaikha Adam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Status 'purdah' saya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun mengaut perhatian besar. Saya sudah lali, bercerita tentang realiti hidup yang saya alami di FB saban hari, dengan tujuan perkongsian. Mana yang elok, ambil. Mana yang tidak elok, tinggal. Tiada niat juga untuk saya meletakkan mereka yang tidak menutup aurat pada status yang rendah, kerana siapa saya untuk menjadi juri. Kalau boleh tidak ingin diperbesarkan, tetapi eloklah menjadi pengajaran.

Malam ini, saya koreksi diri. Bukan saya ingin membuka identiti purdah saya untuk menunjukkan saya ini baik tetapi saya sedang berusaha ke arah itu. Saya memegang purdah sebagai SUNAT dan itu pilihan. Dan tidak setiap masa juga saya mampu mengenakan purdah, lagi pula saya masih baru dalam lindungan fabrik ini.

Tetapi apa yang mengecewakan, apabila saya perhatikan undang-undang manusia yang semakin jauh dari Islam. Berilah 100 rasional, kenapa purdah tidak dibenarkan dalam universiti? Barulah saya akan akur, bahawa purdah ini memudaratkan. Tapi ternyata tidak bukan? Apakah yang dididik dalam Islam itu memudaratkan? Bukankan purdah itu tujuannya untuk melindungi? Terutamanya untuk perempuan.

Lebih terkilan, apabila saya terkenang pelajar-pelajar lain yang berada di sekeliling saya yang masih belum mampu menutup aurat dengan sempurna. Mereka tenang berlegar-legar dalam zon bebas "buka aurat", kenapa mereka tidak dikenakan tindakan? Ada yang berambut merah, ada yang berseluar pendek, mini skirt dan lain-lain. Dalam hal ini, bukan saya mempertikaikan kenapa mereka tidak menutup aurat? Tetapi kenapa mereka tidak dikenakan tindakan undang-undang sedangkan setiap universiti ada kod etika dan pemakaian tersendiri. Kenapa yang memakai purdah sehelai ini yang mati-matian ditegah?

Jujur, yang membuat saya agak marah tadi bukan kerana tidak dibenarkan memakai purdah di dalam dewan peperiksaan, tapi kerana pengawas peperiksaan tadi seolah-olah mencabar hak saya untuk berpakaian apabila saya 'bertegas untuk tidak buka'. Bila berbicara tentang HAK, itu terpulang pada manusia itu sendiri untuk menentukan. Kenapa harus kakak tadi begitu takut dengan ketua pengawas yang cuma manusia itu?

Saya terfikir, dalam tempoh sesingkat tadi untuk melawan terus. Buktikan mana hitam putih purdah tidak dibenarkan, dan alasan musabab purdah tidak dibolehkan? Kalau dengan alasan PENYAMARAN, itu cukup dangkal dan boleh disangkal. Saya sudi menyelak sekejap purdah, tetapi jangan disuruh untuk buka terus. Akhirnya saya tetap akur dan menghormati ratusan pelajar lain yang sedang menjawab peperiksaan. Akur, tetapi kecewa.

PURDAH. Itu tidak melambangkan baik atau tidaknya seseorang. Jangan kerana seseorang wanita itu berpurdah, dia sudah cukup baik. Tidak semestinya! Sebaliknya, purdah digunakan sebagai perlindungan dan pertahanan dari dosa dan maksiat. Sekali lagi, bukan kerana baik atau tidaknya seseorang.

Namun, jika adanya undang-undang manusia yang jahil seperti ini, sampai bila-bila pun lah tiada orang yang berpeluang untuk menjadi baik. Kerana lebih takut. Dengan undang-udang manusia, bukan dengan undang-undang Tuhan.

Wallau'alam.

Sekian.

FaceBook beliau di SINI

Jadi inilah yang dimaksudkan oleh Menteri bahawa Malaysia bukan negara sekular?.. Berpurdah tak boleh tapi berpakaian seksi boleh?

Kampung Chubadak: PERKASA sedih dengan tindakan DBKL..

$
0
0

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan penempatan penduduk Kampung Chubadak Dalam, Sentul Ahad lalu sebagai 'berani sesama bangsa sendiri'.

Ketua Wiranya, Irwan Fahmi Ideris berkata, sikap pengecut DBKL bertindak tidak adil kepada penduduk Melayu di situ, adalah suatu perbuatan yang memalukan sebagai agensi penguatkuasa kerajaan tempatan.

Katanya, beliau tidak mempertikaikan penguatkuasaan DBKL dalam merangka perancangan bandar raya itu, tetapi mereka seharusnya perlu bijaksana menangani kes yang melibatkan penempatan haram atau setinggan.

"Memang penempatan itu dibina secara haram sejak lebih 40 tahun lalu, tetapi pegawai DBKL yang rata-rata berkelulusan tinggi, perlu berhemah menangani masalah ini.

"Mereka boleh ajak penduduk berbincang, cari jalan penyelesaian. Apabila sudah capai kata sepakat, barulah DBKL boleh merobohkan penempatan itu dan penduduk pula mencari tempat tinggal sementara,” katanya.

Tetapi menurut Irwan Fahmi, DBKL langsung tidak menggunakan kebijaksanaan, melainkan penduduk di situ diberi notis supaya mengosongkan rumah masing-masing pada Oktober tahun lalu dengan alasan kawasan itu akan dimajukan.

Kata beliau, walaupun penduduk diberi pampasan, namun jumlahnya dikatakan tidak setimpal untuk mereka membiayai kos menyewa rumah baru.

"Sedangkan syarikat yang mendapat kontrak untuk memajukan kawasan Chubadak Dalam itu dikatakan agak sombong dan angkuh apabila mendabik dada kononnya mereka mempunyai banyak projek besar di luar negara.

"Saya sedih kerana DBKL sanggup mengagungkan syarikat yang sombong ini dan pada masa sama menafikan hak orang Melayu yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya. - MalaysiaGazette
Viewing all 9417 articles
Browse latest View live