Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Terima Kasih Khairy kerana tolong promosi 'Buku Jingga'

$
0
0

Jutaan terima kasih wajar diucapkan kepada YB Khairy Jamaluddin yang telah mempromosikan ‘Buku Jingga’ dalam Debat Sinar KJ-Rafizi’ dengan jayanya.


Dalam ‘Debat Sinar KJ-Rafizi’ yang bertemakan ‘Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ telah berlangsung semalam pada jam 10 malam 22 Mei 2012 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam., Khairy Jamaluddin telah mengambil alih tugas YB-YB Pakatan Rakyat.

Beliau telah mendedahkan dengan membentangkan beberapa agenda yang terdapat dalam ‘Buku Jingga’ dengan baik malah perlu kita akui ianya lebih baik dari pembentangan dari YB-YB Pakatan Rakyat sendiri.

Hingga menyebabkan Rafizi Ramli berkata “Khairy seolah-olah menghafal Buku Jingga. Kalau hendak hafal Buku Jingga, lebih baik masuk Pakatan Rakyat”.


Peluang untuk mempromosikan ‘Buku Jingga’ ini sememangnya tidak akan diperolehi oleh pihak Pakatan Rakyat, meskipun ini adalah agenda yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sendiri.

Tindakannya ini telah membuatkan ramai orang yang tak tahu apa itu ‘Buku Jingga’ tertanya-tanya dan tercari-cari apa itu ‘Buku Jingga’.

****************************************

Hutang PTPTN boleh dihapus jika kerajaan ada kemahuan - Rafizi

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) boleh dihapuskan jika ada kemahuan di pihak kerajaan.

Sehubungan itu katanya, kos yang perlu ditanggung kerajaan untuk menghapuskan PTPTN hanya RM24 bilion berbanding perbelanjaan lain yang  didakwa beliau bukan untuk saluran yang betul.

Menurutnya, jika kerajaan  menghentikan ketirisan belanja yang dianggarkan bernilai RM28 bilion setiap tahun, maka ia boleh menanggung kos membayar hutang PTPTN penuntut di seluruh 21 universiti  yang ada di negara ini.

Menjawap soalan pasangannya dalam Debat Sinar Harian malam ini, Khairy Jamaluddin  mengenai komitmen kerajaan negeri terhadap konsep pendidikan percuma Rafizi berkata, Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu mesti berkongsi pendapatan negara secara adil.

Katanya, ini kerana kerajaan negeri tidak mendapat sepenuhnya pendapatan khususnya di Selangor dan Pulau Pinang  dan itu pastinya tidak  mencukupi untuk melaksanakan konsep pendidikan percuma.

“Seperti yang kita maklum, pendidikan tinggi ini  dibiayai oleh kerajaan persekutuan,  bukan kerajaan negeri.

“Berapa sen sangatlah kami (pembangkang)  dapat daripada pendapatan Selangor dan Pulau Pinang sedangkan kita  bermasalah kerana  mewarisi kolej-kolej dan universiti daripada  Barisan Nasional,” katanya.

Berhubung masalah kos penubuhan IPT,  beliau membidas hujah Khairy dengan berkata,  sebenarnya  kos pembinaan sesebuah IPT  tidaklah tinggi seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda Umno tersebut.

Katanya, sebaliknya kos yang berganda itu adalah perbelanjaan ‘atas angin’ - Sinar Harian


Rafizi yakin Pakatan boleh tawar pendidikan tinggi percuma

SHAH ALAM - Menjawab asakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat menyediakan pendidikan percuma tanpa menaikkan cukai jika menguasai Kerajaan Pusat kelak.

Malah kata Rafizi, jika kerajaan memberi keutamaan kepada pendidikan, bukannya ke atas soal pembangunan fizikal semata-mata, maka adalah tidak mustahil perkara itu dapat dilaksanakan.

"Kadar cukai peratusan peribadi di Finland perlu dibandingkan dengan adil seperti epal dengan epal.

"Siapa yang buat perbandingan dengan negara Skandavia itu sebenarnya tidak semak dengan negara itu sendiri," kata beliau ketika menjawab soalan Khairy ketika muncul dalam Debat Sinar Harian bertemakan Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi di sini sebentar tadi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan penonton tentang nasib Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di bawah kerajaan PR jika memerintah Putrajaya, Rafizi berkata, mereka tidak pernah mendiskriminasi institusi itu.

"Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan tempat untuk mahasiswa. "Cuma kita tidak mahu IPTS yang didirikan di rumah kedai tetapi mengenakan yuran yang tinggi dan tidak mempunyai kualiti," katanya.

Jelas Rafizi, implikasi daripada keadaan itu akan menyebabkan mahasiswa terpaksa menanggung hutang yang banyak malah, sukar mendapat pekerjaan.

Katanya, PR mahukan IPTS yang berkualiti walaupun mengenakan yuran tinggi.

Sehubungan itu katanya, soal kerangka ekonomi adalah lebih penting dan oleh sebab itu, PR meminta agar model pendidikan ditukar segera - Sinar Harian

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417