Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Skandal NFC: Muhyiddin, Mustapa, Noh Omar pula diheret

$
0
0


SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Noh Omar kini diheret dalam skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).


Ini berikutan laporan badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketiga- tiga menteri tersebut yang bertanggungjawab semasa memegang portfolio Menteri Pertanian.

Muhyiddin memegang portfolio berkenaan pada tahun 2004 sehingga 2008, manakala Mustapa pula hanya setahun iaitu pada 2008 sehingga 2009.

Jingga 13 dalam laporannya memohon SPRM supaya menyiasat sama ada wujud salah guna kuasa ketiga-tiga menteri terbabit berhubung penyaluran wang kedalam satu akaun khas sekitar tahun 2008 hingga 2009 sebelum perjanjian ditandatangani dengan NFC pada tahun 2010.

Ini berdasarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid bulan lalu selepas pihaknya memanggil pegawai NFC untuk mendengar penjelasan.

Bagaimana wang disalurkan?

Azmi dalam laporan akhbar dipetik berkata PAC turut mempersoalkan penyaluran wang tersebut namun gagal mendapat jawapan terperinci.

“Alasan diberi macam-macam, mereka kata ia mengikut sistem. Kita dapati penerangan MOA berhubung kontroversi NFC sebagai kelalaian yang kerap berlaku, selain mampu menjejaskan kepercayaan terhadap perkhidmatan awam,” katanya dipetik.

Sehubungan itu, PAC dijangka akan memanggil semula pengurusan NFC Januari depan untuk mendengar keterangan lanjut.

Laporan itu dikemukakan Ketua Koordinator Janji Jingga Afzainizam Abdul Rahman di pejabat SPRM di sini.

“Kami mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh dikeluarkan sejak tahun 2008 hingga 2009 serta siapa yang terlibat dalam melulus dan membenarkan wang tersebut disalurkan sebelum perjanjian dimeterai,” katanya dalam laporan itu.

“Kami mendesak agar satu siasatan dan tindakan SPRM wajar diambil terhadap menteri berkenaan sekiranya mereka terlibat.

“Heret segera penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal,” katanya dalam laporan itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini turut dibidas kerana membabitkan keluarganya dalam projek RM250 juta ini.

Beliau mendapat kritikan hebat dan digesa supaya berundur oleh pembangkang dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Free Malaysia Today

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417