Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

PANAS!! Papagomo dedahkan UMNO sediakan RM300K sebulan untuk Cybertroopers mereka..

$
0
0

Berikut adalah sebahagian artikel yang ditulis dan disiarkan oleh Ikon Fitnah 1Malaysia yang kini sedang hebat bertempur dengan Unit Media Baru UMNO dalam Blog miliknya..

Beliau telah mendedahkan bahawa pihak UMNO telah memperuntukkan sejumlah RM300,000 sebulan bagi membiayai pergerakan Cybertrooper UMNO/BN..

Baginya jumlah tersebut adalah satu pembaziran kerana Cybertrooper yang dihasilkan oleh Unit Media Baru UMNO itu gagal menandingi keupayaan dan keberkesanan Cybertrooper yang memihak kepada Pakatan Rakyat..

Atau dalam lain ayat.. Unit Media Baru hanya mengeluarkan hampas (manusia-manusia bengong) yang memenuhi alam maya ini..

Cybertroopers UMNO Gagal, Syabas Buat Jentera Pembangkang.



Kekuatan Cybertroopes BN sebenarnya patut digalas oleh Unit Media Baru UMNO yang mana merupakan sayap Jenter Pemuda yang disahkan dan di IKTIRAF oleh kepimpinan UMNO. Peruntukkan yang disalurkan buat UMB sepatutnya digunakan untuk menghasilkan cybertroopers dan bukanlah menghasilkan Blogger semata mata seperti yang dilakukan sebelum ini.

Sepertimana yang Gomo nyatakan sebelum ini untuk menjadi Blogger bukan satu pekara yang mudah. Benar kalau setakat create satu nama Blog dan mengisikan Blog itu dengan artikel sudah menjadi seorang Blogger tetapi dimana impak dan kesannya kepada pembaca?

Tidak ada guna jika UMB terus melahirkan Blogger yang tidak mampu memberikan impak kepada Kerajaan Barisan Nasional dan mengadakan kursus dari masa ke semasa jika tidak mampu melahirkan jentera Cybertroopers. Jika begini dilakukan menjelang Pilihanraya kita disebelah BN hanya dilambakkan Blogger sahaja dan hanya berjaya dari segi Kauntiti tetapi bukan kualiti.


Lihat gerakan Blogger Jingga 13 milik pembangkang yang cukup efektif dalam membuat laporan Polis, SPRM dan lain lain lagi. Walaupun pekara yang mereka bawa tidak betul dan satu rekayasa namun mereka berjaya menaikkan imej kumpulan Blogger mereka Jingga 13 dengan cukup efeksyen melebihi keupayaan UMB itu sendiri. Jika UMB kata mereka berwibawa dengan tampil melalui wajah mereka adalah janggal tidak berupaya menandingi kumpulan Jingga 13 milik pembangkang ini.

Gomo bukan nak mendabik dada dengan keupayaan Blog Papa Gomo ataupun blog sahabat lain seperti Gerakan Anti PKR, Parpu Kari, RBF Online, The Unspineer, Dr Novandri, Pisau yang mempunyai impak luar biasa apabila menghasilkan artikel yang dikeluarkan melalui Blog. tetapi itulah realitinya kerana untuk menjadi Blogger yang blog nya dibaca oleh rakyat dengan kunjungan puluhan ribu sehari adalah amat sukar sama sekali.

Jadi untuk apa UMB terus mengadakan kursus mengenali Blogger blogger dan juga menghasilkan Blog baru sedangkan UMB sepatutnya menghasilkan jentera Cybertroopers yang begitu mudah melaksanakan tugas berbanding Blogger yang lebih sukar menghasilkan berita dan mendapat pengaruh dari pembaca?

Tidak ada kesan buat UMNO.
Gomo minta pihak UMNO yang bertanggungjawap keatas Unit Media Baru UMNO terutama Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin yang sebelum ini mengakui UMB sebagai wadah rasmi media baru UMNO untuk memberikan lebih penekanan atas pekara ini. Jika bantuan sebelum ini sebanyak RM 300 Ribu sebulan belum mampu menghasilkan jentera Cybertroopers adalah sewajarnya UMNO memberikan peruntukkan tambahan kepada UMB agar mereka dapat membina kekuatan cybertroopers buat UMNO dan Barisan Nasional.

Hentikan dari terus melahirkan Blog baru dan juga Kursus yang membazir masa dan wang UMNO. UMB perlu melakukan Tranformasi jika benar hendak berjuang dan tidak perlu untuk syok sendiri dengan mengejar rangking Blog dan Paopulariti dengan menyatakan didalam kursus yang mereka lakukan.


Hentikan dari melakukan pembaziran wang UMNO dengan membuat beratus ratus helai baju untuk menujukkan Kuantiti. Mentaliti seperti ini seharusnya sudah tiada didalam UMNO dengan menunjukkan Kuantiti sebaliknya impak kualitinya tiada. Jentera pembangkang tidak bergaya dengan baju Unit Media mereka sebaliknya kewujudan mereka amat dirasai didalam media Baru melalui komen komen yang mereka lakukan.

Papa Gomo, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR Blogger Jalanan yang sudah bermula dari 2008. Bukan mudah untuk dikenali dan mendapat puluhan ribu pembaca sehari tetapi ianya mengambil masa yang begitu panjang untuk diterima pembaca. Malah ada rakan blog yang sama sama berjuang sejak 2008 juga belum mampu dapat menarik pembaca yang ada.

Usah UMB membuang masa sebaliknya hasilkan Cybertroopers lebih baik dari menghasilkan Blogger dan mengadakan Kursus itu dan ini. Kami Blogger jalanan yang lain tidak diiktiraf oleh UMNO jadi peluang yang ada buat UMB yang diiktiraf ini perlulah dilakukan secara efektif dan mengambil peluang ini sebaik mungkin.

Dan nasihat Gomo buat Unit Media Baru UMNO, jangan jadikan Blogger yang dibawah naungan UMB sebagai alat politik pemimpin tertentu. UMB yang diktiraf seharusnya terus menumpukan kepada serangan dan sokongan buat UMNO dan BN. Usah berpolitik didalam UMB dan menjadi alat politik pemimpin tertentu. UMB untuk UMNO dan bukan untuk pemimpin tertentu didalam UMNO.


Papa Gomo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417