Tajuk entry ini sebenarnya tiada kena mengena dengan insiden memalukan iaitu ‘Senaman Punggung’ oleh 15 orang tua yang tak ada akal yang mendakwa mereka dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).
Dan ianya bukanlah permohonan maaf dari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu kepada Ambiga mahupun kepada seluruh bekas tentera kerana melakukan perbuatan yang memalukan kebanyakkan bekas tentera dihadapan rumah Ambiga.
Tetapi ianya adalah satu laporan berita yang telah disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO @ Utusan yang kebelakangan ini menjadi sumber kewangan buat beberapa pemimpin politik (kena samanla..)
Permohonan maaf itu adalah dari Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu kerana telah menggunakan gelaran 'Datuk' yang dibeli..
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom pernah dilaporkan membeli gelaran ‘Datuk’ dengan harga RM250,000 pada tahun 2006..
Baca keratan berita di bawah..
Habis tu.. buat senaman punggung depan rumah Ambiga tu tak mendatangkan kemudaratan sosial kah?
Bagaimana kalau perbuatan kurang ajarnya itu menjadi ikutan generasi sekarang?
Info ni aku dapat dari Semut Malaysia