Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Polis mula melepaskan Gas Pemedih mata..

$
0
0

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.  

Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.

FRU sedang gembira menggunakan Water Cannon mereka..
Peserta BERSIH 3.0 merangkak atas paip utk melintas sungai
Gas Pemedih mata juga ditembak di Jalan Raja Laut

Kelihatan Water Cannon FRU sedang menyembur..
 Sebahagian dari laporan Malaysiakini..

3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.

3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata.

3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.

3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis.

3.01pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka.

2.45pm Pasar Seni - Orang ramai mula bersurai di sekitar ibupejabat Majlis Peguam, yang dianggarkan sekitar 5,000 orang. Satu kumpulan masih berada di hadapan penghalang dan kawat duri yang memisahkan orang ramai dari Dataran Merdeka di seberang sungai.

Sekitar 50 anggota FRU bersiap sedia. Orang ramai menjerit slogan BERSIH serta "hancur Rosmah" dan "Buka Pintu".

2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai.

Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!"

Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor.

Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.
2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

2pm Masjid Jamek - Anggota jawatankuasa MCA bahagian Kelana Datuk Lee Hwa Beng dilihat berhampiran restoran McDonalds.

Katanya, beliau menyertai perhimpunan tersebut atas kapasiti peribadi dan MCA telah menyatakan dengan jelas bahawa ia tidak menghalang ahli daripada menyertainya.

Ditanya mengapa beliau menyertai perhimpunan tersebut, Lee memetik dari buku barunya - PKFZ: A Nation's Trust Betrayed - bahawa berdiam diri bukan lagi satu pilihan.

Sepenuhnya sila baca di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles