Semakin hairan aku dengan Kerajaan Malaysia ini, rakyat yang mahu berhimpun dengan duduk di Dataran Merdeka dihalang dari melakukan perkara tersebut dengan berbagai-bagai halangan..
Apa yang ditakutkan sangat entahlah, lainlah kalau BERSIH 3.0 yang akan diadakan ini bertujuan untuk mengorek padang tersebut dan mencetuskan huru hara..
Jika semasa BERSIH 2.0, 91 nama telah diharamkan dari memasuki Ibu Negara, BERSIH 3.0 pula menyaksikan Polis mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang seluruh rakyat Malaysia daripada terlibat dengan perhimpunan ini..
Fahamkan betul-betul apa yang tertulis.. 'Kesemua permukaan tanah.. permukaan tanah dengan permukaan 'tar' tu dua benda yang berbezakan?

******************************************
Polis perolehi perintah mahkamah tutup Dataran Merdeka 4 hari
Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah memperolehi perintah mahkamah dari Majistret semalam, untuk menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka dari 28 April hingga 1 Mei 2012.
Perintah mahkamah ini dikeluarkan majistret bernama Zaki Asyraf bin Zubir, diserahkan kepada Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan pada hari ini.
Ambiga dan penganjur BERSIH dirujuk sebagai "Responden" dalam perintah mahkamah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ini. Berbeza dengan perintah mahkamah untuk berdepan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011, yang menyenaraikan 91 nama orang yang dilarang masuk ke kawasan pusat bandar, perintah mahkamah kali ini menghalang semua orang awam daripada terlibat dalam perhimpunan.
Pada bahagian akhir perintah mahkamah tersebut menulis, "... sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka iaitu kesemua permukaan tanah yang disempadani Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab kecuali kawasan yang diduduki oleh Kelab Diraja Selangor di bawah hak milik tanah No C.T. (R) 4366 seksyen 59, adalah dengan ini dilarang, dan orang awam diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan dari 28 April 2012 hingga 1 Mei 2012."
Semalam, laporan MerdekaReview memetik Wong Chin Huat, Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH bahawa polis telah mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.

Elak gangguan ketenteraman awam
Majistret memberi alasan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tidak diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
"DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa BERSIH 3.0 akan meneruskan Perhimpunan tersebut waïaupun tiada kelulusan dari pihak DBKL atau dimaklurnkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.
DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa adalah perlu bagi suatu tíndakan segera diambil bagi mengelakkan suatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia atau rusuhan atau gaduh gèmparjika Perhimpunan tersebut diadakan.
DAN BAHAWASANYA, ia telah didapati oleh Mahkamah ini bahawa suatu perintah Iarangan adalah amat diperlukan dan dikeluarkan secara Idengan segera atas kesuntukan masa memandangkan Perhimpunan tersebut akan diadakan pada 28.4.2012."

Perhimpunan BERSIH 3.0 tetap akan dijalankan
Dalam satu sidang media tadi, Ambiga Sreenevasan bertegas bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tetap akan dijalankan pada hari esok, bermula dengan nyanyian lagu Negaraku pada jam 2 petang. Ambiga berkata bahawa mereka akan menghampiri Dataran Merdeka, dengan berkumpul di enam lokasi, iaitu Masjid Negara, Jalan Sultan, Pasar Seni, Masjid India, Brickfiled dan KLCC.
Ambiga berkata, pihaknya tidak akan menembusi sekatan, malah tidak akan melanggar order (break the order). Bagaimanapun, BERSIH berharap kerajaan dan DBKL menunjukkan niat baik agar membuka Dataran Merdeka untuk digunakan pihak BERSIH.