Beraninya mereka.. tanpa melindungi wajah mereka dari dikenali mereka menyerbu dan merompak sebuah premis kereta terpakai disiang hari.
Pelanggan lelaki yang turut berada ditempat kejadian mendakwa kumpulan terbabit dari geng ‘Tiga Line’.
Kumpulan yang didakwa melakukan jenayah tersebut telah menggeledah dan merompak peniaga kereta terpakai di Klang pada siang hari pada awal bulan ini,, menyebabkan kerugian beberapa ratus ribu ringgit.
"Mereka memecahkan pintu pejabat untuk memasuki dan menggeledah pejabat saya, mengambil lima kereta, dua komputer riba, dompet dan barang-barang kepunyaan kakitangan, serta hampir RM70, 000 dalam bentuk wang tunai," kata seorang pengarah syarikat yang enggan namanya disiarkan.
Serangan dan rompakan ini telah dirakam oleh kamera CCTV yang dipasang di premis pejabat berkenaan.
Dengan kehadiran wartawan dan jurugambar ditempat kejadian membuatkan aku tertanya-tanya adakah benar ini satu rompakan atau hanya sekadar lakonan?