Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Nasib Suri Rumah Kumpulan Sokongan Putrajaya: Nak Mengasuh Di Kekang Nak meniaga Di Larang

$
0
0

Assalamualaikum,

“Rakyat di dahulukan Pencapaian di utamakan” … inilah slogan yang sering di laung laungkan walau dimana jua kita berada di Negara ini.  Usah ceritalah dalam media elektronik atau cetak .. malahan setiap kali menteri menteri bercakap, slogan ini tak pernah mereka lupakan. Namun begitu  betulkah slogan ini telah dilaksanakan  atau hanya sekadar penyendal telinga?? Kenapa saya berkata sebegini … 

ini ceritanya …

Pada 18 April minggu lepas iaitu pada hari rabu malam khamis lalu bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9 Putrajaya telah diadakan satu sesi dialog antara Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri (BPH) yg diwakili oleh Setiausaha Bahagian (SUB) En. Norazman Othman dengan para  pengasuh dirumah (qtrs)  dan penjaja kecil (dlm qtrs). 

Sesi dialog yg sejak dari mulanya telah ditetapkan keputusannya  berjalan dengan penuh hangat. Sejak dari awal mukadiman Norazman dengan angkuh menyalahkan penghuni qtrs  dan menekankan kesalahan  pengasuh dirumah kerana melangar surat perjanjian  yg ditandatangani penghuni ketika  mula mula hendak memasuki qtrs. 

Dan antara katanya lagi jika  pengasuh tidak puas hati boleh lah keluar dr qtrs dan tindakah ini terpaksa di lakukan kerana pihak atasan iaitu KSN, TKSUKJPM dan TKSUJPM  mendapat  email aduan dr  ‘seorang penduduk di Presint 9’   yg tidak berpuas hati dengan  prestasi pengasuh anaknya.

Begitu bodohnya orang orang  besar ini hanya dengan satu email yg bersifat dendam sangup menyusahkan pengasuh dan ibu bapa yg menghantar anak mereka kpd pengasuh. Dengan notis yg begitu  singkat iaitu sekitar 2 minggu (berkuat kuasa 1 Mei)  penghuni  yg melanggar arahan akan dihalau keluar dr qtrs.

Spt yg saya tulis dr awal tadi sejak dr mula lagi keputusan telah ditetapkan dan sesi dialog ini hanyalah sebagai syarat  agar BPH tidak dilihat sebagai bersikap kuku besi.   

Tentunya bagi Norazman, KSN, TKSUKJPM dan TKSUJPM tidak akan merasa  akan kepayahan dan kesusahan yg terpaksa dihadapi oleh  pengasuh dan ibu bapa yg terpaksa menghadapi tindakan mengejut ini.  Lagi pelik pengasuh disuruh menghadiri kursus dan mengambil lesen  tetapi  lesen hanya dikeluarkan oleh pihak lain dengan kos  yang mencecah RM400.

Seperti juga mengasuh kanak kanak yang dikatakan ‘menggangu’, bagaimana pula dengan suri rumah yang mengambil upah menjahit baju, apakah sebenarnya kesalahan mereka? Apakah yang dimaksudkan sebagai ‘menggangu’ jiran?  

Sama juga dengan mengasuh kanak kanak, mereka menjahit  di dalam rumah, jauh sekali meletakkan mesin jahit di kaki lima rumah atau mengakibatkan  tersebarnya penyakit berjangkit kerana  ‘bising’ bunyi mesin jahit?   

Atau mungkin pihak pegawai atasan mahu kami yg berpendapatan rendah ini  menghantar baju ke butik yg kosnya 10 kali ganda? Maaf kami tidak mampu, kamu bukan seperti pegawai atasan  yg memakai tali leher berharga ratusan ringit.

Sebagai pegawai yg bertaraf JUSA dan Premier  tentunya  beliau bergaji besar melebihi RM16,000 – RM20,000 sebulan. 

Dan lagi seronok segala bil kerajaan yang jelaskan. Dari bil  letrik, bil air, bil telefon  bimbit, telefon bimbit pun kerajaan beri percuma, elaun selenggara rumah RM3000 – RM5000 setahun sekali, sebuah kereta  Proton Perdana atau Inspira (jika telah digunakan melebihi 3 tahun boleh dibeli oleh pegawai berkenaan dengan harga teramat rendah bila bersara) dengan pemandu malahan  dengan petrol percuma sekitar 600 liter sebulan, hinggakan gaji amah pun kerajaan bayar.

Tetapi lain pula dengan suami suami pengasuh ini yg hanya bergaji dibawah RM1800 sebulan. Dengan pendapatan sekecil itu, bil letrik, bil air, bil iwk,  belanja dapur, anak anak sekolah rendah, menengah dan di ipt perlu diagih agihkan bagi menampung kehidupan. 

Dengan kos hidup yg semakin tinggi segalanya amat membebankan tanpa mampu menjana pendapatan sampingan. Yang kaya semua dapat free tapi yang miskin  semakin fakir.

Pendapatan tambahan yg dijana oleh para  suri rumah  ini sememangnya membantu melegakan sedikit bebanan  keluarga. Cuba bayangkan sejumlah pendapatan tambahan yang menjadi nadi keluarga hilang hanya kerana alasan alasan yang cuba menghalalkan tindasan tak berperi kemanusian ini? 

Kemana harus kami mengadu? Adakah pegawai pegawai ini dan juga pengadu sudi menghulurkan bantuan? Di manakah kewarasan kalian semua?

Kami berharap pihak BPH dapat menimbang semula bilangan  3 orang kanak kanak dinaikkan kepada  5 orang dengan tambahan  3 orang kanak kanak transit  tanpa memerlukan lesen JKM ini kerana menjoritinya   pengasuh menjaga tidak lebih dari 5 orang kanak kanak.   Jika ada yang menjaga lebih dari 5 orang kanak kanak  ianya hanya kes terpencil.  

Pihak BPH juga seharus memikirkan kesukaran ibu bapa yang terpaksa mencari  pengasuh atau TASKA dalam notis yang begitu singkat. Perkhidmatan pengasuh  juga mengurangkan beban ibu bapa yang terpaksa membayar lebih kepada pihak TASKA. 

Tanyalah kepada ibu bapa seperti mereka ini, dimanakah mereka  lebih suka menghantar anak anak mereka, ke rumah pengasuh yang hanya menjaga 5 orang  atau ke TASKA  yang mempunyai lebih  100 orang kanak kanak? 

Dan jangan sesekali lupa TASKA jugalah tempat merebaknya wabak penyakit kuku dan mulut kira kira dua bulan lalu hinggakan ibu bapa terpaksa mengambil cuti lebih dari seminggu kerana ada TASKA yang terpaksa ditutup sementara akibat menularnya wabak penyakit ini. Tetapi ada kah ibu bapa yang mengadu tentang pengasuh yang membelakangkan factor kebersihan rumah rumah mereka?

Sebelum menyudahi surat ini saya mewakili seluruh pengasuh kanak kanak di Putrajaya mengucapkan jutaan terima kasih kepada  ‘seorang penduduk di Presint 9’  yg telah berjaya membuatkan KSN, TKSUSK JPM,  TKSU dan Norazman Osman  yang bergaji  besar (walau tak ada kerja dan semua serba percuma) terpaksa membuat sedikit kerja dalam cuba menyelesaikan aduan anda yang maha penting itu. 

Selalu selalulah  ingat  bahawa dunia ini dicipta bukan hanya untuk manusia seperti kalian yg hanya mementingkan diri sendiri. Hari ini anda sekat rezeki orang lain  dan tidak mustahil satu hari nanti Allah akan bayar tunai kepada anda. Masanya tetap akan tiba tanpa kalian sedari kerana  diwaktu itu kalian sedang asyik dengan kebanggaan diri. 

Akhir kata, kepada wakil rakyat Putrajaya  yg menyepi diri kelu seribu bahasa dalam hal ini “ …….. bila agaknya nak dapat bersua muka, buatlah kerja sikit, bukan selalu pengundi  minta tolong. Tanpa pengundi kamu tidak punya makna apa apa. 

Pilihan raya ke 13 semakin hampir dan jangan salahkan kami  jika selepas PRU13  nanti Putrajaya akan punya wakil rakyat bukan berlambang dacing.

Pengasuh Kecewa P9
24 April 2012

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417