Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Dakwa Najib di Perancis boleh kucar-kacirkan negara?

$
0
0

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

"Dia nak kucar-kacirkan negara. Dia akan keluar macam-macam untuk malukan orang dan nak fitnah.
"Mereka tak ada kerja. Kalau macam kita ini, kerja 24 jam," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau mengulas tindakan Suaram mengemukakan nama Datuk Seri Najib Razak sebagai saksi dalam inkuiri berkenaan.

Suaram bertindak demikian dengan alasan bahawa perdana menteri itu merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut sebelum ini.

Najib bagaimanapun masih berdiam diri dalam isu berkenaan, yang mengundang kritikan pembangkang yang mendakwa tindakan itu membawa kesan buruk kepada kerajaan Malaysia.

Antaranya, MP Puchong Gobind Singh Deo yang menyifatkan tindakan berdiam diri itu memberi kesan buruk kepada perdana menteri yang menjanjikan transformasi politik dan iltizam untuk melawan rasuah.

Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram dalam kes ke atas syarikat pertahanan Perancis, DCNS atas dakwaan membayar komisyen haram ke atas pegawai Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene.

Turut dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malaysiakini

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417