Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

TAHNIAH!! Najib lantik Melayu? sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru

$
0
0

Sempena dengan lawatannya ke Pulau Pinang hari ini, Najibtelah mengumumkan Pengerusi Barisan Nasional yang baru bagi menggantikan KohTsu Koon..

Perlu kita ketahui secara tradisinya dalam Barisan Nasional,Pengerusi Barisan Nasional akan secara automatik dilantik sebagai Ketua Menterijika UMNO/BN berjaya menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.

Seperti Koh Tsu Koon yang kebanyakkan pencacai UMNO anggapsebagai Melayu kerana mereka melabel Guan Eng sebagai seorang Cina, aku percayaPengerusi BN Pulau Pinang yang baru ini juga dianggap sebagai Melayu olehmereka.

Ini kerana selepas PRU12 yang lalu apabila Kerajaan Negeribertukar tangan ramai pencacai-pencacai UMNO yang sedih berkata “Baguihla..hangpa dah bagi Negeri ni kat Cina..”.

Dari ayat yang aku dengar itu maka bolehlah aku tafsirkankerana bebal Koh Tsu Koon itu telah dianggap sebagai Melayu oleh pencacaiUMNO..


Perlantikan oleh Najib ini juga menjelaskan kepada kitabahawa di Pulau Pinang ini UMNO hanya layak untuk dipimpin bukannya menjadipemimpin.. sesuai dengan kata-kata Tun Mahathir yang mengatakan “hanya yangbodoh menyertai UMNO kini”.. tak percaya baca kat ( SINI )

Oleh itu… Tahniah Najib!! Kerana telah melantik Melayu? SebagaiPengerusi BN Pulau Pinang.. HIDUP MELAYU!!!

Err.. hairan jugak aku bagaimana pemimpin dari Parti yanghidup segan mati tak mahu ini boleh diterima untuk memimpin sebuah parti yangmendakwa mereka kuat di Pulau Pinang?

SU Agung Gerakan Pengerusi BN Pulau Pinang baru

NIBONG TEBAL - Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak  hari ini mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggantikan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata, pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri itu, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar berkuat kuasa hari ini.

 "Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang  baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini.

"Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya.

Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang.

Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13  dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

Sinar Harian



Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Trending Articles