Banner di atas telahdigantung oleh AJK Bertindak Persatuan Penduduk Taman Sejahtera, Teluk AyerTawar, Butterworth.
Ianya digantung sebagai membantah akan pemberian secara percuma 18 buah rumah yang bernilailebihkurang RM4 Juta kepada 9 keluarga penduduk Kampung Buah Pala yang tidakmahu menerima tawaran dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
Mereka membantah kerana menurut mereka hampir dua belastahun mereka berjuang menuntut agar rumah yang dibeli mereka di situ disiapkansetelah terbengkalai sekian lama tapi kini demi merealisasikan janji-janji MICdengan mudah Kerajaan Pusat memberikan rumah-rumah tersebut kepada pendudukKampung Buah Pala.
Biarpun bantahan demi bantahan telah dibuat, memorandum demimemorandum telah diserahkan kepada Ahli Parlimen kawasan mereka namun ianyadipandang sepi..
Menurut penduduk yang membantah pemberian itu, tanah tapakkawasan Perumahan tersebut adalah tanah wakaf dan projek perumahan yang adadisitu ialah milik MAINPP.
Tujuan perumahan dibangunkan disitu asalnya ialah bagimembantu masyarakat Islam memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan.
Majlis penyerahan kunci rumah tersebut akan dilakukan olehNajib di USM Pulau Pinang hari ini.
Sikap Hipokrit pemimpin UMNO dalam hal tanah wakaf di PulauPinang sekali lagi terserlah di sini.
Kerana jika mereka sendiri memberikan secara percuma tanahwakaf tapak rumah tersebut kepada bukan Islam ianya tidak mengapa..
Tetapi apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjualtanah yang dalamnya pernah dirancangkan untuk dibina Masjid mereka cuba menipurakyat Pulau Pinang dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinangmenjual tanah tapak Masjid dan minta tanah tersebut diwakafkan..
Memang pelarx depa ni!!