Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), KerajaanUMNO/BN telah menghabiskan sekitar RM50Juta setahun untuk memberikan subsidi TepungGandum Kegunaan Am Bungkusan 25kg kepada Pengusaha dan Pengimpot Tepung.
Ini kerana subsidi tepung gandum kegunaan am bungkusan 25kilogram kepada pengguna sudah tidak lagi relavan memandangkan kebanyakkanpengguna kini memilih untuk membeli tepung gandum dalam pek 1 kilogram.
Berikut adalah e-mail dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia tentang perkara ini..
Assalamualaikum WBT & SalamSejahtera
Sebentar tadi, Persatuan PenggunaIslam Malaysia(PPIM) & gabungan NGO-NGO bersekutu telah menyerahkanMemorandum kepada YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri PerdaganganDalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan berhubung Desakan Kepada Kerajaan AgarMenghapuskan Subsidi Bagi Tepung Gandum Kegunaan Am Bungkusan 25kg YangDiberikan Kepada Pengusaha & Pengimpot Tepung.
Perkara ini dituntut sesuai kepadabeberapa asas pertimbangan dan rasional seperti berikut:
1. Pemberian subsidi ini dilihattidak menepati matlamat asalnya untuk meringankan bebanan rakyat sebaliknyamenguntungkan pengusaha & pengimpot tepung terutamanya syarikat seperti FFMBerhad yang menerima lebih dari 50% keseluruhan subsidi yang bernilai RM137,000,000.
2. Subsidi tepung gandum kegunaan ambungkusan 25 kilogram kepada pengguna sudah tidak lagi relavan memandangkankebanyakkan pengguna kini memilih untuk membeli tepung gandum dalam pek 1kilogram. Bermakna, subsidi yang bernilai kira-kira RM 82,000,000 ini dimanipulasioleh pengusaha & pengimpot.
3. Pemberian subsidi sia-siaini membebankan Kerajaan dan menunjukkan tiadanya ketelusan & etikasebahagian pengusaha & pengimpot tepung. Perkara ini telahberlanjutan sejak bertahun lamanya. Kerugian dianggarkan bernilai ratusan jutaringgit bagi pemberian subsidi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.
4. Adanya pengusaha &pengimpot tepung seperti FFM Berhad yang memiliki kilang roti dan bakeri, inimembolehkan pihak FFM Berhad secara mudah memanipulasi subsidi ini danmembolehkan mereka menekan pesaing industri roti & bakeri dengan menawarkanharga yang lebih murah kepada pengguna.
5. Menggesa agar kerajaan melihatserta mengkaji semula subsidi yang disyaki disalahgunakan oleh pengusaha danpengimpot tepung yang telah mengakibatkan kerugian Kerajaan.
Jika desakan ini dilaksanakan,kerajaan akan menjimatkan kira-kira RM 50,000,000 setahun daripada terusdisalahgunakan oleh pengusaha & penimpot yang tidak bertanggungjawab.Penjimatan subsidi ini juga membolehkan jumlah tersebut disalurkan kepadasektor lain untuk manfaat rakyat secara keseluruhannya.
Kami berharap agar perkara ini dapatdisebar serta dikongsikan dengan para pengguna. Turut disertakan kenyataanakhbar, memorandum yang diserahkan serta gambar-gambar sekitar majlis.
Sekian. Terima kasih
"Bersama Kembalikan Hak DanMaruah Dengan Bijaksana"