Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

PENTING!! *Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 3.0 *

$
0
0

TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAANPERLU ...

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

BERSIH 3.0 DUDUKBANTAH

Tuntutan Bersih 2.0 :
1.    BERSIH kan Senarai Undi(Daftar Pemilih)
2.    Reformasikan Undi Pos
3.    Gunakan Dakwat Kekal
4.    Akses Media Yang Bebas &Adil
5.    Tempoh Berkempen Minima 21Hari
6.    Kukuhkan Institusi Awam
7.    Hentikan Rasuah
8.    Hentikan Politik Kotor

Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :
Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan. Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s. 

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul,pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandanganmereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untukmereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihakkami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dankami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalandengan lancar dan aman. 

CONTACT
Setiausaha Bersih3.0
H/P: 0169670921; 

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan*

1.Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2.Duit-maksimum RM100 sahaja.

3.Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknyaada logo Bersih 3.0

4.Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placardyang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagimengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canonatau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gaspemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak InfluenzaH1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11.Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12.Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13.Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalanPolis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14.Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkansuasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kamiselepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Perkara yang tidak dibenarkan*
1.            Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerjaKerajaan dan Swasta.
2.            Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku,tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3.            Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalangpergerakkan.
4.            Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5.            Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutanBersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6.            Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo partidan organisasi.
7.            Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8.            Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9.            Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis,molotov cocktail dan mercun.
10.         Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11.         Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yangmerbahaya.
12.         Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yangberupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13.         Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarangmasalah. 

*Perkara yang perlu anda lakukansebelum perhimpunan*

1.            Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2.            Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3.            Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan pentingkepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
4.            Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
5.            Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphoneanda tidak dapat dihubungi nanti.
6.            Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
7.            Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan –Dataran Merdeka.
8.            Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksaberbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
9.            Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
10.         Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda bolehmeletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka
11.         Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula. 


*Semasa perhimpunan dan perarakan*
1.            Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tungguarahan dari *Field Commander* yang dilantik
2.            Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program.Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3.            Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *FieldCommander*.
4.            Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5.            Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6.            Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasaperhimpunan berlaku.
7.            Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8.            Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dantidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9.            Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orangkurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10.         Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan halkecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11.         Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi*sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12.         Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13.         Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14.         Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam begplastik yang anda bawa.
15.         Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepadakami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16.         Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atautragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada. 

*Selepas perhimpunan*
1.    Pastikan anda bersurai secaraperlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2.    Pastikan sahabat atau saudaradan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkankepada Setiausaha Bersih 3.0.
3.    Jika ada sahabat atau saudaraanda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4.    Jangan tinggalkan apa-apasampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah ataudibawa balik dan dibuang dirumah.
5.    Berikan ucapan terima kasihkepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6.    Jangan lupa sebarkan gambardan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidakhadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di emailSetiausaha Bersih 3.0.

*Apa anda perlu buat jika kumpulanAnti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*
1.    Jangan pedulikan mereka, diamdan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2.    Jangan menyahut provokasimereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka.Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3.    Jangan hampiri mereka.
4.    Jika mereka bertindak agreasifsecara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5.    Jangan lupa buat laporan Polisterhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6.    Buat rakaman wajah-wajahmereka jika perlu. 

*Apa anda perlu buat jika polis buatprovokasi dan serbuan*
1.    Jangan lari atau keluar dariperhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jikakeluar dahulu.
2.    Jangan bersendirian, pastikananda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buatserbuan atau tembakan water canon.
3.    Duduk jika pimpinan arahkan.
4.    Basahkan tuala anda dengansedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka andadengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarnakuning.
5.    Jangan melawan atau cubabertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6.    Ambil gambar mereka jikasempat.
7.    Buat laporan Polis jika andadikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
APABILA DISOAL OLEH POLIS
1.    PengenaIan Anda
2.    Anda cuma perlu berikan nama,kad pengenalan dan alamat sahaja.
3.    Seandainya ditanyasoalan-soaian lain:  Anda boleh bertanya, "Adakah saya ditahan?"

Bilakah andaditahan
4.    Anda ditahan apabila anggotapolis itu
• menjawab "ya" pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempattersebut atau ingin    membawa anda ke balai polis apabila andadigari

5.    Jika anda tidak ditahan andaboleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk kebalai polis atau tempat lain jika diarahkan.

Bilakah andatidak boleh ditahan
6.    Polis tidak boleh menahan andasemata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis inginmengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
1.    Pastikan semua barang-baranganda dikembalikan oleh Polis.
2.    Buat pemeriksaan kesihatanjika ada kecederaan.
3.    Buat laporan Polis jika andadikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4.    Ceritakan  dan rakamkanpada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5.    Jangan lupa catatkan semuayang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya biladibawa ke Mahkamah kelak.
6.    Pastikan anda ingat dan ambilnombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7.    Serahkan pada peguam segalamaklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8.    Jangan lupa solat sunnatsyukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabatseperjuangan.
9.    Jangan menyepi dari perjuanganselepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akanmenyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10.  Teruskan perjuangan bersamasahabat-sahabat lain.
11.  Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebatdan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasaiapa yang anda lalui ketika ditahan. 


*Perhatian!*
1.    Pihak kami tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undangyang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2.    Pihak kami tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukanoleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3.    Pihak kami tidak akanbertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaianatau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4.    Pihak kami tidak akanbertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhanatau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini 

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunanini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan. 

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dankehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dankerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahansistem perundangan dan proces implementasi negara kita. 

Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalahmasa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkanberbadanan institusi dan hentikan korupsi. 

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk andasekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadisebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagiandari sejarah ini.

 

Nalini Elumalai
Executive Director of SUARAM
Tel: 03 77843525
Email: detention@suaram.net/enalini_elumalai@yahoo.com
Twitter:
nalinielumalai
Facebook: Nalini Elumalai
 
"DiMana Sahajakita pergi akan mempunyai sahabat sekiranya kita berada dalam perjuangan yangAgung ini"


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417