Sekitar February lalu kerana kesakan lalulintas sepanjangkira-kira lima kilometer yang berlaku akibat sekatan jalanraya oleh pihakPolis, Anwar terpaksa membonceng Motorsikal untuk sampai ketapak ceramah diKampung Mengkasar.
Sekalipun banyak sekatan polis dilakukan hingga menyebabkansebahagian rakyat gagal tiba di lokasi ceramah, kira-kira 3,000 penduduksetempat sempat mengikuti amanat Anwar dan pimpinan lain.
Kampung Mengkasar kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasanParlimen Pekan disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Semalam pula Blog-blog Pro UMNO menyiarkan pula gambar Najibmembonceng Motorsikal untuk kelokasi pelancaran Sahabat BN anjuran PertubuhanWarisan dan Kebajikan Anak Malaysia (Waris Malaya) di Dataran TransformasiMalaya, Jalan Kebun.
Alasan mereka ialah Najib terpaksa membonceng Motorsikalkerana kesesakan lalulintas yang berlaku untuk ke tapak pelancaran tersebut..
Bengong punya alasan…
Setiap pergerakan Najib akan diiringi dan didahului olehbeberapa buah motorsikal Polis trafik yang akan memastikan perjalanan beliaukesesuatu majlis itu lancar.. Anwar tak ada pengiring rasmi.
Siapa yang berani menghalang akan kena saman.. cubalahhalang.
Jika dikatakan Najib terpaksa membonceng motorsikal untukkesesuatu majlis itu adalah satu percubaan untuk memperbodohkan rakyatsebenarnya..
Tulis sajalah Najib meniru aksi Anwar menunggang motorsikaluntuk berjumpa rakyat kan lebih tepat..
Ni sekeping lagi gambar Najib meniru Anwar..
Ini pula sedikit gambar dari Majlis Sahabat BN
“Kita tak tipu, perubahan sebenarnya berlaku. Saya akan membentangkan rang undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Parlimen walaupun sudah berjasa selama ini.
“Angin kencang akan meranapkan sesiapa saja yang menolak perubahan dituntut rakyat Selangor yang ingin kembalikan BN di Selangor. Era reformasi sudah berakhir,” katanya.
![]() |
Presiden Waris Malaya, Sheikh Whessal Sheikh Ahmad. |
![]() |
Dataran Reformasi?? sejak bila wujud dataran ni? |
Najib Razak menyifatkan reformasi anjuran pembangkang yang mengumpulkan orang ramai terutama golongan muda di tepi jalan sudah berakhir dengan kesedaran ia menyusahkan rakyat.
Beliau berkata, reformasi yang dilaung-laungkan pembangkang diibaratkan berakhir dengan ‘baling kerusi’, malah kekecohan berlaku, termasuk dalam perhimpunan siri Bersih 1, 2 dan 3 menyusahkan rakyat.
Najib berkata, tindakan itu berbeza berbanding Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan transformasi untuk membangunkan rakyat Malaysia.
“Reformasi kumpul orang tepi jalan kerana konon nak jadi juara, tetapi sebenarnya menyusahkan rakyat, kalau nak kumpul, kumpul secara aman.
“Negara ini, bumi ini yang bertuah untuk siapa, bukan untuk kami (tapi) untuk anda semua yang muda-muda sebab itu kita bela.
Laporan dari myMetro
Gambar dari Darul Ehsan Today