Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Skandal Balak di Sabah: Dokumen bukti mula disiarkan...

$
0
0
 Dokumen di atas adalah antara beberapa dokumen yang dibocorkan oleh pihak SPRM dan ICAC Hong Kong, ianya adalah antara beberapa dokumen yang dikaitkan dengan Skandal Balak bernilai RM400Juta di Sabah.

Antara nama-nama yang dikatakan terlibat ialah Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, Pengusaha balak di Sabah Micheal Chia dan juga Gani Patail.

Sepertimana Sharizat yang mendakwa beliau tidak tahu menahu akan aktiviti penyelewengan dana yang dilakukan oleh Suami dan Anak-anaknya dalam NFCorp, begitulah juga jawapan Menteri luar ini..

Menteri luar, Datuk Seri Anifah Aman mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati beliau secara rasuah telah menerima lesen balak daripada abangnya yang juga ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

MP Kimanis itu berkata, dakwaan "terdesak" itu telah diada-adakan oleh pihak berkenaan.

Dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini, beliau berkata beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

Ditanya sekiranya beliau telah disiasat SPRM, Anifah menafikan perkara itu dan itulah kali pertama beliau mendengar mengenai dakwaan seperti itu.

Beliau mengulas laporan laman web Sarawak Report, Khamis lalu yang mendakwa mendapat dokumen bocor SPRM yang mendakwa demikian.

Bagaimanapun bagi membuktikan dakwaan mereka (Sarawak Report) itu adalah benar, pihak Sarawak Report telah mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa dibocorkan oleh pihak SPRM dan  Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC)

 Seterusnya sila lihat di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417