Quantcast
Channel: Anak Sungai Derhaka
Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417

Aishah bersama PAS, Dayangku Intan pula bersama PKR.. (Video Inside)

$
0
0

Penyanyiterkenal tanahair Aishah yang dulunya merupakan seorang yang kuat menyokongUMNO kini dilihat sudah mula tampil dipentas ceramah PAS.

Semalampula heboh diberitakan seorang lagi Artis popular tanah air telah menyertaisebuah parti politik.

Artisyang dimaksudkan itu adalah Dayangku Intan atau nama sebenarnya Dayangku Intan bintiTengku Abdul Hamid yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang”.



Borang permohonanmenyertai bagi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah diterima sendirioleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "SenandungReformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Video wawancara dengan Dayangku Intan..


Berikut adalah laporan dari Jalan Pulang

Dayangku Intan SAH Sertai PKR!

Dicelah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yangberlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu"Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai PartiKeadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.

Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat ituditerima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makanmalam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.

Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernahmenggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadapMenteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.

Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) SdnBhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu keranadefendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api MerdekaAntarabangsa Sedunia.

Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil,Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai 2007, melalui Tetuan KarpalSingh & Co.

Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itukepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerjaasal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 9417